Char Kue Teow 696


Assalamualaikum semua. 

Yeahhh..kebusyan lagi sampai tak sempat nak mengupdate blog. Meh sini nak story sikit. Last Friday AB datang KL sebab rumah akak AB ade buat open house. So, kene la tolong apa yang patot ye dak. Alang-alang tu, semalam AB keluar dengan BF. Jenjalan, tengok movie (yang ni kejap lagi AB story), makan and lepak kat taman Alam Impian.

Tapi yang AB nak story ni pasal char kue teow. Oleh sebab kitorang selalu lepak kat area UPM je, so AB tanya la BF, apa makanan yang best kat sini. Dia kata nak bawak AB try char kue teow 696 kat Syeksen 19, Shah Alam. Sebabnya kedai ni masuk paper Sinar Harian haritu. 


TADAAAA... Char kue teow udang galah. Udang tu memang besar. Mangkuk mee pon besar. And, of course la kuantiti dia pon banyak. Dalam ni ada sotong jugak. Yang ni AB order Cher Kue Teow Udang Galah+Sotong (RM12). Dia ada banyak menu lain jugak. Ada nasi goreng, mee goreng, and char kue teow. Korang boleh pilih nak yang sotong ke, udang galah ke, or special. Siap ade kerang gn telur tau.

Berbaloii..kalau korang nak tau details lagi boleh tengok FB Sham Char Kuey Teow. Ni owner dia punya FB. Kedai ni bukak dalam pukul 4.30pm. Kat kedai ni pon ada kiosk satay. Tapi bukak ambat sikit. masa AB sampai, kiosk satay tu tak bukak lagi. So, korang yang nk cuba boleh la kemari ya.

Kedai ni kat Syeksen 19, Shah Alam. Jalan Nelayan. Sederet dengan Wisma Kak Ton. Ala, yang 'comel tak Kak Ton?' tu. Haaaa..Asal nampak muka Kak Ton kat banner besar depn kedai tu, sila la pandang kiri kanan sikit. Nanti ternampak la kedai Char Kuey Teow 696 ni. Satu lagi, kalau nak senang cam, kat korner lot bangunan yang sama, ada Tat Nasi Ayam. Nak tunjuk gambar, AB tak de amik pulak. Huhhuhuhuu

Ok, penutupnya....




2 comments:

  1. Uish,... mewahnya char keo teow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mewah gilerrr..sotong and udang pon besar-besar dan fresh !

      Delete