Kemenangan Milik Gaza !

ALLAHUAKBAR !

Peperangan selama lebih 50 hari di Gaza ditamatkan pada hari Selasa lepas, selepas Israel dan Palestin setuju berdamai selepas berunding bersama kerajaan Mesir. Gaza bergema dengan bunyi tembakan kemenangan dan pengumuman dilakukan melalui pembesar suara di masjid-masjid. Penduduk Gaza meraikan kemenangan dengan berkumpul dijalan.

Antara persetujuan yang dipersetujui Israel-Hamas ialah :

  • Israel akan membuka sempadan bagi memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan dibawa masuk ke Gaza 
  • Israel akan memperluaskan kawasan perikanan Gaza hingga 6 batu dari pesisir Gaza.
  • Pintu sempadan Rafah akan dibuka.

Isu yang lebih berat mungkin akan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak. Pihak Hamas meminta Israel menyediakan pelabuhan laut, lapangan kapal terbang dan melepaskan orang-orang Palestin yang ditangkap. Manakala pihak Israel mendesak pelucutan senjata pihak militan dan meminta Hamas mengembalikan dua askar terakhir yang terbunuh beberapa ketika sebelum pengunduran Zionis berlaku.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Qatar dan Setiausaha US, John Kerry atas usaha mereka dalam memastikan gencatan senjata dijalankan.

Manakala, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata bahawa Hamas bersyukur dengan penduduk Gaza yang sanggup mengorbankan kediaman, anak-anak dan duit selama peperangan terjadi. Dan Hamas mengumumkan kemenangan dipihak Gaza. 
Beliau menambah : " Perdana Menteri Israel telah gagal untuk memaksa Gaza untuk berundur. Kami berjaya mengalahkan mereka dengan pertahanan kami. Kami akan berdiri dengan orang kami dan kami tidak akan meninggalkan mereka "


Selepas berada didalam konflik selama 50 hari, lebih daripada 2100 orang terbunuh yang kebanyakkannya adalah rakyat biasa termasuk 500 orang kanak-kanak.


Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama orang yang benar. Dan kebenaran itu milik kita. ALLAHUAKBAR !

Sumber : The Guardian 

2 comments:

  1. Ek eleh Zionis..
    Setakat berapa je tentera dia yang terkorban.
    Jauh beza dengan berapa ribu orang awam yang x berdosa yang mereka bunuh dengan KEJAM!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..moga ALLAH balas apa yang diorang dah buat.

      Delete