MH17 : Hari Berkabung Malaysia (22 Ogos 2014)

22 Ogos ini merupakan Hari Berkabung Kebangsaan serentak dengan ketibaan jenazah mangsa MH17 dari Amsterdam ke Malaysia. Hari berkabung  ini adalah bagi bertujuan untuk menzahirkan perasaan dukacita rakyat Malaysia atas insiden yang menimpa MH17.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telahpun memberi garis panduan untuk hari tersebut. 


  • Jalur Gemilang perlu dikibarkan separuh tiang
  • Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan
  • Turut ditetapkan tata cara pakaian berwarna suram, terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan
  • Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok, tanpa lilitan warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan dan ia diganti dengan bacaan al-quran dan program berunsur keagamaan.
Sumber : Google

2 comments:

  1. kitorang msia dekat sini berkongsi kehibaan...walaupon kitorang jauh dari msia, terasa dalam hati... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, AB kat sini pon tengok lintas langsung tak sampai 5 minit. sebak sangat.

      Delete