Puasa Enam : Sunat di Bulan Syawal


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]



Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ



Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]


Dalam isu puasa enam ini, kita selalu terkeliru bolehkah puasa enam digabungkan dengan puasa ganti. Banyak percanggahan pendapat dalam isu ini. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Pusat Islam UniMAP adalah lebih baik jika tidak menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti.

Diringkaskan, adalah lebih afdhal jika berpuasa ganti dahulu, selepas itu barulah berpuasa sunat enam. Hal ini diibaratkan seperti bersedekah dan bayar hutang. Bayar hutang adalah wajib, manakala bersedekah adalah sunat. Puasa ganti adalah wajib, manakala puasa enam adalah sunat.

Tetapi, sekiranya seseorang itu yakin, dia boleh menggantikan puasa gantinya sebelum Ramadhan yang akan datang, maka dia bolehlah berpuasa sunat enam terlebih dahulu.


sumber : Laman Web Rasmi Pusat Islam UniMAP dan iluvislam

2 comments: