10DC Day 8 : 8 Fear

Sebelum-sebelum ni asik dok cerita pasal benda yang AB suka je kan. Haa..kali ni, cerita sikit pasal 8 beda yag AB takut. Setiap orang takutnya lain-lain. And, AB pernah baca satu artikel pasal ketakutan seseorang terhadap rama-rama. Pelik kan ?



1. Binatang berbisa
Yang ni, semua binatang berbisa BA takut dan tak suka. Even kalau National Geographic or rancangan TV lain buat dokumentari pasal binatang-binatang ni pon AB tak tengok. Takutt..huhuhuhuuh



2. Tempat tinggi
AB ni mudah gayat. Kalau naik jambatan gantung yang tak berapa tinggi pon dah ketar kaki. Kalau naik flight, memang AB tak tengok luar tingkap masa plane tengah nak naik. Tapi kalau dah kat atas tu, AB jengah-jengah jugak bawah kadang-kadang.




3.Tempat gelap
Siapa tak takut gelap kan. Bila dah gelap tu mula la dalam kepala terbayang semua scene cerita hantu. Hahahahah. Tapi kadang-kadang kena jugak buat berani sebab AB pernah kerja kat uptown Muar masa puasa. So, memang balik rumah pukul 2 3 pagi la. Redah je la jalan gelap kat kampung ni.



4. Petir
Petir ni kalau dikombokan sekali dengan kilat, memang la menakutkan. Rasa macam bergegar tanah. Tapi dulu AB pernah terbaca kat mana ntah, katanya petir tu terjadi sebab malaikat tengah libas syaitan. Wallahualam. AB pon tak de pulak buat research lagi pasal ni. Kalau korang tau, boleh share-share gn AB at sini.




5. Laut
AB pon suka laut jugak, suka pantai. Yang buat AB takut, bila dah kat tegah laut tu. Macam-macam benda main kat dalam kepala ni. Kalau mandi pantai pon AB tak ke tengah sangat. Takut weih, dah la kaki pendek, tak pandai berenang plak tu. Huhuhuhu




6. Exam
Sebagai mahasiswa universiti, AB memang takut nak hadap exam. Even masa tu dah study gegila. kompem akut jugak. Lagi-lagi lecturer yang jenis garang and jimat markah ni.



7. Kenderaan laju
Part ni biasanya bila dalam kereta yang abah AB bawak. Dari Muar ke Tangkak dia punya rempit tu memang melayang la nyawa kejap. Semua kereta dia nak potong, lagi pulak sekarang ni dah ada 2 lane punya jalan. Lagi la laju. Macam nak terbang kereta tu.



8.Masa
Last but not least, AB takut dengan masa. rasa macam sentiasa tak cukup masa. Lagi-lagi bila time nak hantar assignment, dengan program keliling pinggang nak settle. Latst sem AB tak tidur 3 hari 3 malam siapkan assignments. Huhuhu. Kena la pandai uruskan masa ye tak.

No comments:

Post a Comment