Bercanda di Pantai Teluk Cempedak

Haritu 4 entry berturut AB story pasal school service dekat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Selepas tamat program tu kitorang sempat la berjalan ke Pantai Teluk Cempedak sekejap sebelum bergerak balik ke UPM.

First impression masa turun dari bas, memang excited tengok laut yang cantik dari jauh. Lepas tu jalan-jalan kat tepi kedai-kedai. Kat area tepi pantai tu ada kedai runcit, kedai makan, kedai jual cenderamata. Banyak la cenderamata korang boleh beli kat situ. 

Dari tepi kedai tu AB dah nampak 3-4 orang budak TITANS dah start redah air laut kat gigi pantai. Mana boleh tengok je kan, makanya kami pon menjoin kan diri. 




Ya ALLAH, cantik gila laut dia !!! Air biru, jernih. Memang berbeza la dari Blue Lagoon Port Dickson yang AB pergi 2 minggu lepas. Pantai Teluk Cempedak ni bersih. Takde sampah pon. Cuma keadaan pantai dia yang agak curam je la agak merbahaya untuk anak-anak kecil.

Kitorang memang tak mandi laut sebab tak de baju extra dan masing-masing dah kepenatan. So, masing-masing menggila amik gambar je la.






Best gila pantai ni. Dah jatuh hati, jatuh cinta, jatuh sayang dah. Insyallah kalau ade rezeki nak pergi sini lagi. Harap-harap masa tu pantai ni still cantik lagi.

BTW, jangan lupa ye join GiveAway AB >>> KLIK SINI <<<


No comments:

Post a Comment