Sejarah Taj Mahal, India

Tadi kat kelas, ada lecturer AB cerita pasal Taj Mahal. Dia dah pernah pergi Taj Mahal masa tahun 2012 kalau tak silap bawah rombongan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Masa tu ada la juga beberapa coursemate AB yang join sekali.

Sebenarnya AB pon tak tahu sangat sejarah Taj Mahal ni. Yang AB tahu si Shah Jehan buatkan untuk isteri dia, Mumtaz Mahal. Lecturer AB bagitau la benda-benda best pasal Taj Mahal ni according to pemandu pelancong yang bawa rombongan tu. 

1. Taj Mahal dibina oleh tukang mahir. Bukan dari kalangan hamba. Dibina dengan marble putih yang diukir. Terletak di Agra

2. Keturunan tukang-tukang mahir tersebut masih ada yang bergiat dalam seni kraf marble ni. Boleh carik kedai diorang kat Agra.

3. Taj Mahal dibina sebagai lambang memperingati isteri Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Sebabnya, si Mumtaz ni dulu cerdik dan banyak bagi idea bernas dalam pentadbiran Shah Jehan. Bukan la sebab dia cinta sangat kat Mumtaz ni

4. Mumtaz Mahal merupakan anak menteri di Perancis(kalau tak silap). Bukan warganegara India. Mumtaz juga berpendidikan tinggi. Haruslah lawa, pandai pulak tu. 

5. Mumtaz meninggal dunia ketika melahirkan anak ke-14 dia dengan Shah Jehan.

6. Selepas terbinanya Taj Mahal, Shah Jehan merancang untuk membina sebuah lagi Taj Mahal versi hitam diseberang Sungai Jamuna. Kiranya macam reflection cermin la. Kiri Taj Mahal putih, kanan Taj Mahal hitam. Katanya pengkaji dah ade dijumpai tapak pembinaan Taj Mahal Hitam tu.

7. Tetapi, anak Shah Jahan si Aurangzeb tahu plan gila bapak die. Yela, nak buat Taj Mahal tu dah berapa juta duit terbang bayar gaji craftmen, ni nak buat lagi satu seberang sungai. So, Aurangzeb ni pon kurung bapak dia kat dalam kubu Agra.

8. Sampailah Shah Jehan meninggal, dia dikebumikan disebelah kubur Mumtaz. Sebenarnya dia dikebumikan kat tempat lain, tapi digali semula dan dikuburkan kat sebelah Mumtaz.

9. Kalau perati betul-betul, 4 menara Taj Mahal agak condong keluar. Sebabnya, arkitek yang pelan Taj Mahal dah bajet misal kata akan berlaku gempa bumi, menara-menara tu akan jatuh keluar. Maksudnya, tak hempap kubah Taj Mahal.

10. Makam Mumtaz berada ditengah-tengah, manakala makam Shah Jehan ketepi sikit.


Taj Mahal dari seberang Sungai Yamuna.



Makam Shah Jehan (kiri) dan Mumtaz Mahal.



Haaa...nampak dakk menara tu condong ketepi.


Yang empat segi tengah tu makam  Mumtaz dan Shah Jehan.


Ni semua AB tulis based on apa yang lecturer AB cerita ye. Tak sempat *malas sebenarnya* nak Google fakta-fakta tu. Hahahhaha
*AMboi, lecturer bercerita ingat je, time belajar tak ingat* Warghhhh.. Minggu-minggu test sudah pon bermulaaaa

No comments:

Post a Comment