Takziah diucapkan buat warga Pantai Timur, Kelantan, Terengganu dan Pahang atas kejadian bah besar yang sedang melanda negeri-negeri tersebut. Keadaan semakin teruk dengan khabarnya bantuan yang masih belum sampai. Semalam pulak, berlaku tanah runtuh di jalan masuk ke Kelantan menyebabkan Kelantan terputus hubungan melalui jalan darat.
Dalam keadaan darurat sebegini, diharapkan bantuan dari pelbagai pihak dapat disalurkan secepat mungkin. Lebih dari 24jam dah ni. Ketepikan pegangan politik dulu, yang penting nyawa rakyat. Mungkin masa ni boleh guna kot kapal selam yang beli memahal tu..#eh
Sesungguhnya ini adalah ujian dari ALLAH. Mungkin juga salah satu petanda kiamat sudah dekat. Wallahualam. 10 tahun lepas kita diuji dengan tsunami di Acheh, Pantai Barat Semenanjung turut terkena tempiasnya. Mungkin ini peringatan. Agar kita tidak leka dan lalai. Leka dengan hiburan dunia. Konsert Tahun Baru, Jom Heboh, Ambang 2015 dan macam-macam lagi. Toksah pulak tobat ikut musim naaa..time kena musibah jaa ingat nak tobat, habis musibah hangpa pon terkinja kinja ataih pentas.
Sekian. Semoga bah di Pantai Timur tak naik lagi dan keadaan beransur pulih. Semoga pihak-pihak yang bertanggungjawab dapat menjalankan tugas dengan baik. Semoga bantuan-bantuan dapat disalurkan. Semoga bantuan tu ikhlas naa..toksah la pampang muka sebesar lori angkut bantuan tu..Semoga mangsa tabah menghadapi ujian dari ALLAH ini.
allahuakhbar dgr kata perlis,perak n kedah pun dh senasib jom kita berdoa sama2
ReplyDelete