Korang tau tak ayam pandan tu apa? Kalau tak tau, meh sepp sikit. Hahahhaha. AB pon baru je dengar pasal ayam pandan dan tengok rupenye. Ceritanya masa weekend haritu, AB lepak rumah akak AB. So, tolonglah dia masak sekali dan dia suruh AB goreng ayam pandan. AB ingat ayam tu dan diperap dengan pandan ke ape ke. Agak silap tanggapan itu. Rupenye daging ayam yang diperap dan disumbat (kot) dengan rempah,lepas tu dibalut dengan daun ape ntah ni. Daun pandan la kot. Hahahahha
Ni akak AB beli kat mana pon tak tau ler. Berpeket gak la dalam fridge dia. Dan oleh kerana baru keluar fridge, dan ais-ais tu dah terkondensasi menjadi air, memang masa goreng tu AB mengaplikasikan gaya gorengan 'campak dan lari'. Hahahahha. Meletop-letop dia dalam kuali tu. BTW, ayam ni kena goreng deep fried ye. Dan kejap je goreng dia. Dalam kurang dari 3 minit. Oleh sebab AB goreng sengsorang ayam ni dan tak pasti masa tu ayam tu dah masak ke belum, AB pon bukak la 1st batch gorengan tu untuk tengok. Tadaaaaaa
Lepas tengok tu, memang la wajib ditelan. Hahahha..sedappp..ayam tu lembut je..juicy, dengan rasa pedas-pedas rempah tu. Ahaiiii. Oleh sebab ni batch pertama, rupa dan warna ayam ni masih berseri. Bila dah masuk batch kedua dan seterusnya, alahai jadi ayam kicap. Sebabnya minyak tu memang bertukar totally dari jernih ke hitam legam. So, effect jugakla kat ayam tu.
Sejarah asal usul ayam pandan ni, wallaualam AB tak tau. AB tau makan je. Hehehehhe
No comments:
Post a Comment