Kerja Cuti Semester




Memandangkan AB dah start cuti semester bermula 10hb Januari haritu makanya AB jadik penghuni terhormat kat rumah ni. tapiiiii..bosan gila wehhh. 

Cukup seminggu dok rumah tak buat apa2, AB pon cakap dengan mak yang AB nak cari kerja. Bila semua bagi greenlight, maka bermulalah pencarian kerja sementara. Cewahh..pencarian la sangat. First tempat yg AB stop untuk tanya kerja kosong ialah di BH Petrol Parit Jawa. Alhamdulillah..rezeki kat situ. Jadilah kerja untuk sebulan.




Kerja apa? Kerani je. 5 tahun lepas kerja kat petrol station jugak, tapi sebagai pam attendant. Kali ni jadi kerani. Kenalah key in segala resit tu.

Dari segi kerja dan rakan sekerja sangatlah okay! Dalam 6 orang kerani kat office tu, AB sorang je Melayu. Lain cina. Huhuhu. Tapi diorang semua okayyy. Peramah. Selalu backup AB bila kena marah dengan bos.

Tapi AB agak pelik dengan bos. Bos AB perempuan Chinese. Tapi dia sangat racist dengan kaum dia sendiri. Which is, dia selali la marah staff Chinese ni. Kalau staff Melayu buat salah dia tak marah pulak. Dah la marah tahap petala ketujuh. Bingit telinga dengar (ehh..termengata bos pulak).

Okayhlah..tu je nak citer..nanti kita sambung laaaaaaaagi.

5 comments:

  1. wah AB keje bahagian UBS ek? sama la kite.. hahahahaha
    stress.. akaun byk . ptghn taun ni mmg bz nak close akaun.. wuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ubs..tp part simple sikit la..AB kena keyin resit petrol je..yg close akaun bagai tu kerani lain buat..hehehhe

      Delete
  2. Selamat bekerja.. jaga2 klu bos gini.. dia berlakon je tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..tapi fedap gak asik kena dengar dia bebel je..huhu

      Delete
    2. Kannn..tapi fedap gak asik kena dengar dia bebel je..huhu

      Delete