#FOODTALK : Burger ER6 Muar

Salah satu port untuk makan hidangan western kat Muar ni adalah di Burger ER6. AB dah makan lebih 2 kali kat sini. Menu specialnya ialah Air Buah Naga Special. Tapi menu ni cuma ada pada bulan puasa sahaja. The other 11 months, takde menu ni.



Untuk makan pulak, AB suka Chicken Chop kat sini. Kat sini segala adik beradik chop adalah digrill ya. tak ada yang goreng tu. Tapi sedap ! Gravy blackpeppernya tak pekat sangat, tak cair sangat. Sedang elok je. Selain dari tu, AB pon suka makan Meatball kat sini. Mampat meatballnye. Penuh daging tau! Bukan mampat dengan tepung je.




Lagiii...Chicken Wrap ! Roti tortilla yang bungkus tu sedap. Tak liat and sejuk kebatun je. Ayam yang diwrap tu pon banyak. Takde la kes ayam sikit, sayur je banyak.



Another menu yang famous kat sini ialah Nanchos. Tapi AB tak pernah try lagi. Nanti lain kali kot cuba.

Overall. Kat sini best ! Suasana makan pon best. Ada angin sepoi-sepoi bahasa. Makan kat luar ye. Jauh dari jalan pulak tu. So, takde la korang nak suap ayam, yang masuknya pulak asap kereta. Harga yang dikenakan pon berpatutan. Macam contohnya AB makan semua menu kat atas ni (Chicken Chop,Meatball,Chicken Wrap dan Air) total tak sampai RM40 pon ! Serious ni !!! Portion pon banyak. Dalam one plate Chicken Chop tu ada side fries, coleslaw,salad. Confirm kenyang.

Dekat mana Burger ER6 ni? Bertempat di Kampung Dato Bentara Luar. Ada satu lorong kecil sebelah carwash. Kalau dari Bandar Muar menghala Parit Jawa, lorongnya sebelah kiri. Selepas TNB, sebelum traffic light Parit Kadhi. Tak boleh imagine? Ok, tengok peta !

Yang merah tu lokasinye ye. Kat tepi simpang Jalan Temenggong Ahmad tu ada banner 'Burger ER6'



Pssttt...jangan lupa klik-klik Tabung PTPTN AB tu yeeeee

3 comments:

  1. tak tau pulak buah naga boleh buat jus. nampak sedap *lap air liu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..boleh..sedap pulak tu..letak susu sekali..nyummm

      Delete
  2. air purple tu nampak menarik jerr

    ReplyDelete