Part I : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Assalamulaikum semua !


Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

Lama tak sempat nak update blog ni. OK, since AB baru je lepas interview untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 atau pon nama lainnye, 'guru' AB nak share sikit pengalaman AB. AB akan share dari start sampailah habis ye. Maaflah, korang kena baca panjang lebar entry kali ni. Hehehe

1. Entrance untuk calon temuduga adalah di Gate 3. Disebelah kanan pintu pagar main entrance Jabatan Perdana Menteri, Entrance yang sama untuk pekerja-pekerja am masuk. Berhadapan dengan kawasan parkir kereta.

2. Sila datang awal sekurang-kurangnya setengah jam awal dah daftar di entrance. Sesi AB pukul 7,30am, AB datang pukul 7.10am pon pakguard kat situ dah bising. Oh ye, pakguard kat situ agak garang tapi don't worry semua baik-baik. Kat entrance kena tinggalkan lesen memandu untuk dapatkan pas masuk.

3. Kalau dah ramai yang sampai, pakguard akan suruh kita jalan dulu. Dia just bagi direction je nak pergi ke SPP tu. Kena jalan sikit la. Tapi tak jauh pon and takde la bersimpang siur kena belok.

4. Masuk je hall tempat berkumpul tu, sila sign attendance anda dimeja urusetia. Tengok sign kat meja tu. Satu meja, satu bilik. Kat slip panggilan temuduga kan dah tertera kita bilik berapa, so refer situ. Masa sign tu sila la check nama panel yang akan menemuduga anda. Kat atas attendance tu ada nama panel. Masa AB, sorang tu Dato' Seri sorang lagi guru cemerlang.

5. Dah sign attendance, sila duduk ditempat yang disediakan. Jangan bising-bising, anda bakal guru. Tunjukkan contoh yang terbaik. Memanglah takde orang nilai masa kat luar tu,tapi attitude beb. Tunggu sehingga urusetia panggil nama anda. Dia panggil sebab nak check dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila refer senarai checklist yang anda print dari website SPP ye. Kalau nak tengok dokumen yang AB bawak, klik >> SINI<<

6. Kalau semua dah complete. Urusetia tu akan bagitahu anda kumpulan berapa. Biasanya 5person per group. Group based on nama kat attendance. Macam AB nama kat no12, tapi dapat masuk group kedua sebab ada 2 orang dari group tu lambat datang.

7. Sementara tunggu tu, baca la nota ke ape. AB pi borak dengan member. Mentang-mentanglah ade geng sama group. Hahaha. AB tak boleh baca last minit macam tu, nanti lagi nervous gila. So, kita tenang-tenangkan jiwa dengan berborak.

8. Nanti bila tiba giliran anda, urusetia akan panggil nama. Beratur ditepi pintu bilik mengikut no giliran. Jangan terus masuk. Tunggu bunyi loceng dari dalam dulu baru boleh masuk. Bila dah bunyi tu, orang 1st sila ketuk pintu dulu, bukak pintu dan bagi salam. Kalau bagi salam sebelum bukak pintu nanti panel kat dalam tak dengar.

9. Masuk dengan tertib. Diri dedepan kerusi masing-masing. Siapa yang bawak lesson plan tu boleh letak buku lesson plan anda diatas meja panel. Jangan duduk selagi panel tak suruh duduk. Maniskan muka tapi jangan tersengeh macam kerang busuk.

Ok kat atas tu pengalaman secara general. AB nak share soalan-soalan yang ditanya pulak.


Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016

 Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.

No comments:

Post a Comment