Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Atok Dah Tak Ada


Tengah malam Rabu lepas, AB terima berita pemergian atok ayah AB. Dugaan kedua buat keluarga kami selepas pemergian pakcik AB, Rahman dua bulan yang lepas. Kurang lebih 93 tahun atuk AB menumpang diatas bumi ALLAH ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Pemergian beliau adalah atas faktor usia dan kesihatan. Minggu lepas atok jatuh dari basikal sewaktu dia nak pergi mengeteh. terus admitted kat Hospital Tangkak sebab tulang punggung patah.

Janji ALLAH. Kun fa ya kun. Yang hidup akan mati tanpa lewat sesaat atau cepat sedetik pun dari janjiNya.

Walaupun tak sempat jumpa sebelum pengebumian, tapi Alhamdulillah sangat AB masih diberi peluang untuk merasai pengalaman ada atok. Sebab mbah lanang sebelah abah, AB tak sempat jumpa. 

Agak tertekan jugak emosi sebab AB memang tengah bergelumang denga Final Year Project dan Isnin ni pulak ada presentation untuk projek tu. May ALLAH ease everything. Mintak-mintak la panel in a good mood dan tak tanya banyak.

jumpa lagi nanti. Al Fatihah untuk atok dan Pak Man.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Kali Pertama Makan Ayam Pandan




Korang tau tak ayam pandan tu apa? Kalau tak tau, meh sepp sikit. Hahahhaha. AB pon baru je dengar pasal ayam pandan dan tengok rupenye. Ceritanya masa weekend haritu, AB lepak rumah akak AB. So, tolonglah dia masak sekali dan dia suruh AB goreng ayam pandan. AB ingat ayam tu dan diperap dengan pandan ke ape ke. Agak silap tanggapan itu. Rupenye daging ayam yang diperap dan disumbat (kot) dengan rempah,lepas tu dibalut dengan daun ape ntah ni. Daun pandan la kot. Hahahahha



Ni akak AB beli kat mana pon tak tau ler. Berpeket gak la dalam fridge dia. Dan oleh kerana baru keluar fridge, dan ais-ais tu dah terkondensasi menjadi air, memang masa goreng tu AB mengaplikasikan gaya gorengan 'campak dan lari'. Hahahahha. Meletop-letop dia dalam kuali tu. BTW, ayam ni kena goreng deep fried ye. Dan kejap je goreng dia. Dalam kurang dari 3 minit. Oleh sebab AB goreng sengsorang ayam ni dan tak pasti masa tu ayam tu dah masak ke belum, AB pon bukak la 1st batch gorengan tu untuk tengok. Tadaaaaaa



Lepas tengok tu, memang la wajib ditelan. Hahahha..sedappp..ayam tu lembut je..juicy, dengan rasa pedas-pedas rempah tu. Ahaiiii. Oleh sebab ni batch pertama, rupa dan warna ayam ni masih berseri. Bila dah masuk batch kedua dan seterusnya, alahai jadi ayam kicap. Sebabnya minyak tu memang bertukar totally dari jernih ke hitam legam. So, effect jugakla kat ayam tu.



Sejarah asal usul ayam pandan ni, wallaualam AB tak tau. AB tau makan je. Hehehehhe

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

I'm Back !


Wefie keluarga Hjh Dayang walau tak cukup semua orang.


Assalamualaikun chuolls. Hehehehhe..I'm back !! Tadaaaa..Alhamdulillah dah sihat semula, cuma batuk je tak baik lagi. Terima kasih atas doa kalian. Sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecil. Wallahualam. Ada orang rindu AB takkkkkkk ????

Jumaat lepas AB ada balik kampung kejap. Balik dari KL terus singgah Tangkak dulu. Ada kenduri Tahlil 40 hari untuk arwah Pakman AB. Alfatihah untuk beliau. Lepas Tahlil tu bersambung pulak dengan kenduri doa selamat untuk anak arwah yang dah mencapai umur 20 tahun pada hari Jumaat tu jugak dan untuk birthday Mokteh AB + celebration free from cancer, seperti yang diberitahu oleh doktor.

Anak sedara dan makciknya.


Adik beradik perempuan + mak + atok + moklong


Chocolate Indulgence ! 


On Saturday pulak settlekan hal family. Alhamdulillah everything went well. Tadi pagi pulak AB baru habis test. Hahahahha. Ye, UPM memang suke buat test/exam time weekend ni.Grrrrrrr. Makanya, pagi-pagi tadi pukul 4 pagi AB gerak dari Muar dengan my sister. Sampai UPM around 7am. Sempat singgah Subuh kat R&R Seremban. Sampai UPM baru sempat selak slides. Pukul 8.30am dah nak masuk dewan. Hahahhaha. Kerja gila. Naseb la test MCQ je and subject Kenegaraan. So, mostly yang belajar tu AB dah belajar masa STPM. So, kire ada la ingat sikit-sikit dulu.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Lewat Update : I'm Sorry

Ampun maaf dipinta untuk peserta GiveAway by Gobokita : Aksara Biru sebab AB terlewat update senarai nama terbaru. Huhuhuhu. Maaf sesangat ya. Kekangan masa + assignment + kuiz menyebabkan AB terlewat update beberapa hari. Jangan marah naaaa..


Petang tadi AB dah selamat tiba dikampung halaman, Muar Johor. Hujan lebat sepanjang jalan dari Terminal Bandar Tasik Selatan sampai lah ke Pedas Linggi. Tiba Muar, hujan tak sampai lagi. Cuma mendung je. Finally ! Home sweet home !! No other places better than home. Siapa setuju angkat tangan !!


Tapi sampai rumah je, mak AB takde rupanya. Balik kampung AB kat belah Tangkak *dekat je*. Abah pon tak cakap apa-apa masa dalam kereta. Huaaaa.. Yang best, mak AB masakkan sambal tumis sotong kembang. Feveret sepanjang zaman tuuu. Wuuuuuuuu..Happy balik. Hahahhaha..makan je fikir..haihhh..


Ok la..kat kampung ni susah dapat line wifi. Maklumlerr..wifi pon tumpang pakcik AB sebelah rumah punye. Kalau ade tempias wifi tu dapatlah online and update blog. Kalau tidok, layan Running Man je laa.

Ok la, selamat malammmmm...jangan lupa check senarai nama korang kat Senarai Nama Peserta GiveAway by Gobokita : Aksara Biru.

Kalau nak join boleh klik banner bawah ni yeeeeeeeeeeeee
Anyeongggg
Spaseebaaaa





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Takziah di AidilAdha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan blogger. Jumaat lepas, pakcik AB baru sahaja meninggal dunia. 



Setelah lebih setahun berulang alik ke hospital kerana menghidap penyakit hepatitis, akhirnya beliau pergi menghadap Ilahi pada hari Jumaat yang penuh barakah. Hari yang sama jemaah haji mengerjakan ibadah wukuf di Arafah.

Semoga roh beliau dicucuri rahmatnya. Aidiladha kali ni agak berbeza. 



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu