10DC Day 7 : 7 Most Wanted Wishlist




7 Most Wanted. Hehehehe. Apa bende 7 bende yang AB nak sangat ?


1. Menunaikan Haji
Insyallah nanti ade rezeki dan cukup simpanan, nak menunaikan rukun Islam ke5.



2. Backpacking satu dunia
Yang ni kalau la ade duit lebih, ada masa and ada orang nak temankan. ceewahhh. Tak nak melancong biasa-biasa tu, nak backpack. Mencabar gituw.





3. Duit banyak
Hahahahhaha. Okay, siapa yang tak nak duitkan. Memang duit tak boleh beli kebahagiaan. Tapi duit boleh beli benda yang buat kita / orang sekeliling kita bahagia. Siapa tak bahagia kalau orang bagi pakej Haji. Tapi kene ade duit dulu la untuk beli. Hehehhehe




4. Belajar masak
Yup, AB kurang pandai memasak. Lagi-lagi lauk-pauk ni. Haihh. Malu chek. Cemana nak kahwin ni, masak pon tak reti. Huhuhuhu.





5. Kurus
Saya nak KURUS !!! Awal tahun haritu AB ade jugak diet. Diet Atkins. Tak makan karbohidrat, gula, buah. Kira benda yang bertepung, bergula, dan makanan yang diproses memang AB reject habis la. AB clean carbo dalam 1 minggu, turun lebih 5kg !!! Tapi lepas tu diet hancur, naik balik laaaaa.
*takdak gambar nak bagi*
Hahahahahhaha




6. Bebas hutang
Belajar belum habis, hutang dah menimbun. Buat adik-adik yang baru masuk ipt ni, sila belajar rajin-rajin. Dapatkan 1st class CGPA, so nanti tak payah bayar loan PTPTN. Hehehehhehe





7. Menang Cabaran iPhone 5s Denai Hati
Macam yang korang dah tau, AB layak ke pusingan seterusnya dalam Cabaran iPhone 5s kelolaan Denai Hati. Alhamdulillah. Harap-harapnya terus layak hingga ke peringkat akhir dannnn menang iPhone 5s tu. Hehehehehhe


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments: