10DPC Day 6 : A Photo What is Inside Your Bag/Backpack




Ni lah hasilnya lepas segala harta karun diselongkar. Beg ni la yang AB bawak pi kelas tiap-tiap hari. Isi kandungannye pon sama. Ada botol air, pencil case, testpad dan nota yang dah berlipat, powerbank dan purse. Tapi masa ni purse takde sebab dah keluarkan awal-awal dari beg. Kenapa air ada dua ? Sebab kalau bawak sebotol je tak cukup. Lagi-lagi tengah musim jerebu ni. Panas bahang je rasa. 

Jangan pelik ye dalam beg AB takde lipstick, lipgloss, lipbalm, sunblock cream, moisturizer, tisu, minyak wangi mahupun bedak. Huhuhu. Paling jarang pon biasa AB bawak tisu je la. Kalau bedak kompak tu biasa AB bawak time pergi kenduri atau apa-apa majlis *tapi biasanya tak bawak pon*. 

Yang adik beradik sekeluarga lipgloss bagai tu memang AB tak ada. Tak pernah beli pon. Huhuhu. Normally, kalau keluar bilik memang AB dah siap sedia dulu sembur minyak wangi, sebab tu malas nak bawak lagi. Lagipon takut tumpah kang dalam beg.


4 comments: