10DPC Day 1 : Facebook Profile Photo + 5 Facts on Photo

Hampir seminggu lepas AB ada story pasal 10 Days Photo Challenge. Konon nak start Isnin haritu. Tapi bila dahs tart kuliah, jadual memang tak sempat nak susun la. Harini barulah AB berkesempatan nak memulakan photo challenge ni.

Okay, hari pertama ni nak cerita sikit pasal profile picture FB AB. Kalau nak tengok AB punye FB, boleh KLIK SINI.




Ni dia gambar profile Facebook AB. Gambar yang sama dok panjat galeri gambar 'About Me' kat belah kanan blog ni. Hehehehhe.

5 fakta mengenai gambar ini :

1- Gambar ni diambil dipagi raya, ditengah jalan kampung, didepan rumah Wak Ngah AB. Setiap tahun, ziarah pagi raya keluarga kitorang akan mulakan dengan ziarah rumah pakcik and makcik sebelah Abah AB. Tak jauh pon rumahnya, sebelah-menyebelah je. Hehehehhe. Dah habis ziarah yang dekat-dekat, baru gerak ke kampung Mak AB pulak, kat Tangkak. Untungkan kampung mak and abah tak jauh. Hehehehhe

2- Dress super duper comfort ni AB beli dari Fyza Plusize Wardrobe. Memang berbaloi-baloi. Terasa diriku bagaikan princess dipagi raya. Cewahhhh.

3- Wideshawl exclusive glitter ni pulak AB beli dengan Gobok Magik kat Uptown Muar. Wideshawl ni best ! Lawa glitter dia and sangat senang nak pakai. 

4- Gambar ni diambil oleh adik AB. AB paksa jugak dia mencangkung amik gambar ni untuk mendapatkan efek kain terbang ditiup angin la kononnye. Disamping kengkonon nak nampak kuruihhhh.

5- Gambar ni diambil menggunakan kamera handphone Samsung S4 akak ipar AB. Almaklumlah, masa tu kan handphone AB hilang, so masa raya tu memang merempat la pinjam handphone akak ipar and abang AB untuk melaram ambil gambar.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment