Menjelang Cuti Akhir Tahun
Penantian Suatu Penyiksaan
- Jun 2015 : Tamat semester akhir di UPM Serdang
- 1 November 2015 : Majlis Konvokesyen UPM Serdang (Alhamdulillah, berjaya akhirnya bergelar graduan BAC EDU TESL)
- 12 April 2016 : Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di Putrajaya
- 26 Jun 2016 : Keputusan temuduga SPP keluar (baru tahu keputusan interview SAHAJA. Belum confirm posting)
- Julai : Keputusan SPP baru tahu dapat negeri mana ( Mula buat medical checkup di hospital dan cop segala salinan sijil yang dinyatakan dalam surat tawaran penempatan)
- 14 Ogos : Keputusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 keluar ( Masa ni baru tahu dapat daerah mana, nama sekolah belum tahu)
- 15 Ogos 2016 : Taklimat di PPD Muar dan tahu dapat sekolah mana.
- 16 Ogos 2016 : Lapor diri disekolah dan bermulalah perjalanan hidup sebagai pendidik
My New Life!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebulan kan blog ni menyepi tanpa entry terbaru. Maaf ye, laptop tuan tanah rosak,takmau hidup dah. Handphone pon rosak. Haihh..dugaan. Semua nak rosak.
Sepanjang sebulan tanpa entry ni, adà macam-macam perkara dah berlaku. Yang happy, yang tak happy. Semua ada.
Yang tak happy, laptop rosak, handphone pon rosak. Memang takler berupdate blog ni. Nak update kat handphone,kurang rajin. Tak puas tengok skrin. Tapi ni AB gagahkan jugak taip kat phone. Handphone AB yang Honor3c tu pon dah arwah dah. La ni guna handphone murah je, ExMobiles. Bolehla untuk call,whatsapp tu.
Yang happy, Alhamdulillah sekarang ni AB dah posting!!! Yeayyyy..lebih setahun menunggu lepas habis semester akhir. I'm officially a teacher now! Tapi masih belum sah jawatan la. Huhuhuhu. Tapi xpe. At least dah bekerja tetap. Alhamdulillah jugak posting sekolah yang agak dekat dengan rumah. So, berulang je. Jimat duit sewa rumah. Dah ler kena tunggak gaji. Lepas 3 bulan baru dapat gaji. Huhuhuhu
Sekarang ni agak terhad nk blogwalking. Nanti AB dapat gaji, beli laptop baru, AB blogwalk ye kt blog korang semua. Harap-harap Pakcik Nuffnang tak kedekut la bagi CPUV lagi.
Okkk..see ya all soon!
Checklist Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
Assalamualaikum..
Oleh itu, AB nak share sikit la tips-tips yang dishare oleh kawan-kawan AB yang lain.
CHECKLIST SPP
DOWNLOAD DOKUMEN
✅List dri Spp
✅Result Exam
✅Slip Panggilan IV
✅Pengiktirafan Jpa
✅Surat Tamat Latihan Program pismp
Sahkan SEMUA dokumen
Recheck Rancangan Pengajaran Harian
PAKAIAN
✅Blazer ikut standard
✅Nametag
✅Kasut hitam kulit bertutup:
✅Skema baju utk L & P
FAIL
✅Clear holder hitam
✅ Buat Partition
✅Susunan Dokumen
- IC
- Sijil Lahir
- Sijil Spm
- Sijil berhenti sek men
- Sijil Pengiktirafan JPA
- Surat Tawaran PISMP
- Surat Tamat Pengajian
- Slip exam sem 1- 8
- Sijil Pencapaian Tinggi & Kokurikulum
SAMPUL PUTIH
- IC
- Sijil Lahir
- Sijil Spm
- Slip Panggilan Temuduga
- Surat Tawaran PP/PISMP
- Slip exam sem 1- 8
- Surat Tamat Sekolah
- 3 Sijil Pencapaian Tinggi
Random Act of Kindness
New Literature Component for Secondary School.
Nak story ni. Semalam AB tido pukul 4 pagi tau sebab nak buat nota untuk students tuisen. AB plan nak ajar literature minggu ni. So semalam dok la Google literature component yang terbaru. Dulu masa zaman belajar kat UPM, kitorang ade jugak revise literature components bebudak sekolah ni untuk seluruh Malaysia. Dan kitorang difahamkan, novels, poems dan short stories yang kitorang revise tu adalah yang paling latest ( baru tukar kalau tak silap). Masa tu dalam tahun 2013/2014.
La ni AB nak buat notes, tetibe perasan semua cerita lain dengan apa yang kitorang revise dulu. Aduhaiii. Sakit jiwa. Asal tukar menteri je, semua benda die nak tukar. Dia tak fikir ke yang kat bawah ni nak catch-up bukan senang. Nak kene ajar students lagi, kalau salah ajar, kena marah, kena complaint.
Ok la. Nak citer tu je. hahahahha. Nanti AB share ye notes yang AB dah buat. Kita manfaatkan sama-sama. Geram tak habis lagi ni.
LADAP : Tournament Bowling di MITC
Untuk pegetahuan semua, sekarang ni setiap sekolah diwajibkan buat LADAP. Dan semua guru dan juga staff diwajibkan join. Apa itu LADAP? LADAP ni bermaksud, Latihan Dalam Perkhidmatan. Banyak benda boleh dibuat untuk habiskan slot LADAP ni. Tapi dengan syarat kena ada input dan output yang berguna untuk cikgu dan staff la.
Kalau before this, diorang buat lawatan penanda aras kat sekolah wawasan, kali ni punya LADAP, kitorang buat main bowling. Hahahahha. Kat MITC lerr..tu je yang dekat. First time jugak AB pi main bowling kat situ. International Bowling Centre katanyaaa.
Oleh sebab dah lama tak main bowling, memang AB penyumbang tegar la. Sumbang apa? Sumbang bola ke longkang. Hahahahha. Aduhhh..dah la satu team dengan Tuan Pengetua. Pengetua pulak asik ler strike. Maluu denn..
Overall ok la kott. Dapat gak la merasa main bowling kat International Bowling Centre tu. Biasa main kat The Mines, tak pon Alamanda je. Huhuhu. Ok daaaa..
Internship : Once Upon A Time
Gila lama tak menulis. Haritu kengkonon post pasal #BloggerTalk sebab nak merajinkan diri tulis blog. Tapi apakan daya kekangan masa membuatkan AB terus hanyut. LOL. Over sangat.
Alhamdulillah dah genap sebulan AB berinternship di SMK Jasin. Well, everythings seems to be on the right trail. If don't, i hope it will be. Sooner or later. Huahuahua.
Lecturer AB dan guru pembimbing pon dah datang observed pengajaran AB. Huaaaaaaa. Markah tidak ler A. But, yeahh..biasala kot 1st observation dapat rendah. So, nanti masa 2nd observation boleh dapat lagi tinggi. Konon-konon ada improvement la. Konon-konon je.
Esok sekolah *menangis*. Bukan students je yang Monday Blues tau, cikgu pon sama. Haihh..2 days are not enough for weekend.
Zaman students dulu bolehla ponteng-ponteng kelas. Siap bajet lagi kuota untuk ponteng ada berapa hari *perangai tak senonoh*. Sekarang ni, takde maknanya semua ituuuuuuu.
BTW, ni entry pertama AB tulis guna Blogger apps. Baru je install dari Playstore. Kat mana yek nak justify tulisan ni?