Showing posts with label Photo. Show all posts
Showing posts with label Photo. Show all posts

Be Yourself, Love Yourself









Keep your chin up, girls. Stop feels insecure of yourself. Beauty is subjective. Be beautiful just the way you are.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Dari Engineer Sekarang Jual Ketupat Bawah Pokok


Tengah malam tadi lepas post entry Random Act of Kindness , AB ternampak sorang saudara ni post dalam group Facebook Anak Jati Muar. Berkenaan anak sedaranya yang kin menjalankan perniagaan menjual ketupat dan lauk pauk hari raya. So, AB nak share la kat sini. Siapa yang berminat boleh call no bawah tu ye. Kat bawah ni AB copy and paste kan post saudara Baharuddin Mohamed.





Ini gambar anak saudara saya Ariff. Umurnya 23 tahun, Lepasan pelajar UiTM dan seorang bekas pelajar fakulti kejuruteraan dan seorang engineer. 

Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi seorang engineer tetapi dari belum habis belajar pun dia sudah minat berniaga. Setiap hujung minggu berulang alik ke Muar dari shah alam ikut projek catering, bekerja di dimpian hotel dan dimpian kopitiam. 

Sekarang dari engineer dia jual ketupat. Orang kata kalau dah nak berniaga tak payah belajar pandai. Tapi saya kata nak pandai kena berniaga.

Dia buka kedai kecil-kecil. Dia anyam ketupat sendiri. Sehari buat 50 lakunya 10. Dia tak putus asa. Sekarang setiap hari boleh laku 100 biji. 

Dah mula ada orang buat tempahan untuk majlis kenduri. Sekarang musim buat duit bukan buat bisnes. Fokus kecil-kecil asal berhasil. Inilah impian saya semua keluarga saya berfikir menjadi usahawan. Minda bisnes. 

Di sekolah dan di universiti mengajar anda bagaimana bekerja kuat untuk mendapat duit. Anda perlu belajar bagaimana menjana duit dari duit bekerja untuk anda. 

Sebarang tempahan dan penghantaran boleh dibuat melalui sma atau whatsapp ke +60146445237.

Berjual ditepi jalan di Parit Perupuk, Jalan Abdul Rahman. Sebelahan kedai Martabak Salman. Dari jam 3 hingga jam 7 petang setiap hari.

Saya cakap dengan ariff. Ramai lepasan ijazah mengharapkan bekerja dengan orang lain. Itu juga baik dalam mencari pengalaman. Tetapi alangkan baiknya ramai yang berfikir untuk berkerja untuk diri sendiri dari bekerja untuk orang lain. orang muda perlukan jati diri yang tinggi.

Oang muda perlu lambatkan kegembiraannya untuk kejayaan yang lebih besar. kejayaan adalah progrees bukan tujuaan yang dituju dan dicari. jika kita tiada impian sebenarnya kita mengejar impian orang lain. 

#biarkecilasalberhasil 
#BantuAnakMudaBerniaga






Adesss, lapar pulak AB tengok gambar-gambar ni. Semoga murah rezeki adik Ariff ni ya. Aminn.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Upstairs Cafe di Subang Jaya

Assalamualaikum semua...


Yeahh..macam biasa, AB ni asik le tenggelam timbul dalam dunia blog ni. Harap maaf kat rakan blogger yang AB dah lama gila tak jengah blog korang. Insyallah AB luangkan masa nanti ya.

Ok, AB nak review satu cafe di Subang Jaya Seksyen 16. AB pergi sini baru je petang tadi lepas habis briefing untuk teaching practice. Nama cafe tu Upstairs Cafe. Terletak ditingkat atas satu lagi kedai makan iaitu Bawang Merah*kalau tak silap la*

Menu? Ok kat sini menu bertemakan western. Ada Aglio Olio, Chicken Arabiata, Spaghetti Bolognaise, Spaghetti Carbonara, Red Velvet Cake, Tiramisu Cake, ekspresso, latte, cappucino dan lain-lain. 


Range harga sangat berbaloi. AB and member makan Chicken Arabiata, Aglio Olio, Carbonara. Each menu tu cuma RM10.90. Serving siap ada 2 ketul garlic bread kat pinggan. Pada AB murah dan berbaloi sangat. Portion dia pon walau tak banyak macam Murni, tapi still boleh mengenyangkan. Rasa? OMG sedap gilaaaa!! *carbonara and arabiata are highly recommended*

Chicken Arabiata
RM10.90

Tiramisu & Red Velvet Cake


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Gambar Tak Keluar dalam Entry



AB sedang mengalami kepelikan dan keganjilan yang ganjil dengan blog AB ni. Awat ea, gambar AB tak keluar and dia jadi macam ni? Mostly yang AB tengok, mesti gambar dari entry yang AB post melalui handphone. 

Ala, tak bestnye kalau nak post je, kena bukak laptop. Dah la sekarang ni pon jarang gila AB update blog kan. Mohon siapa yang power bab ni memberi bantuan. Hehehehe. BTW, thankyou kepada yang blogwalk ke blog AB ni. Nanti ada masa, AB balas kunjungan ye.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TESL Dinner 2014 : Great Gatsby Gala

Assalamualaikum semua ! Rasa macam dah lama tak update blog ni. Memang lama pon sebenarnya. Gara-gara balik kampung, event dan jugak takda mood. Tertelan vitamin M banyak sangat ni. Entry kali ni nak share sikit pasal event terbaru hari Sabtu. 

Pada Sabtu lepas 8 November 2014, Bac Edu TESL UPM ada buat dinner night. Tema untuk tahun ini ialah : Great Gatsby Galan. Tujuan dinner ni adalah untuk meraikan senior final yea. AB ler tuu. Setiap tahun, event ni diadakan untuk pelajar tahun akhir dan dikelolakan oleh pelajar tahun dua. Macam course-course lain juga, TESL pon ada bagi nama untuk setiap batch. 

Final year : TITANS
3rd year : SPARTANS
2nd year : VALIANTS
1st year : BABIES

Tapi nama-nama tu batch tu akan pilih sendiri. Tapi untuk 1st year, memang wajib bawak nama BABIES, bila diorang masuk 2nd year barulah boleh tukar nama lain yang diorang pilih sendiri. Senior-senior kitorang pun macam-macam nama ada. Contohnya TESLICIOUS, ROCKERS, TERRORS. Ganas-ganas semua nama. Hahahaha. *rasa macam dah pernah story je pasal nama-nama ni*

So, untuk dinner meraikan TITANS malam tu, batch VALIANTS yang organize. Overall komen about the dinner AWESOME !. AB boleh cakap the most awesome TESL dinner everrrrrr. Million thanks to VALIANTS for the dinner. Memang awesome, superb, touching. Hahahaha.

Ok, bebel panjang sangat. Dinner tu diadakan di Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Start from 8pm-11pm. Dan dinner kali ni jugak menjadi sejarah bilamanTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Soaib Asimiran sendiri menghadirkan diri. Dalam ucapan beliau, beliau juga mengatakan ini kali pertama beliau menghadiri dinner yang dianjurkan oleh TESL. Terharu denn ! 
Dr Soaib tengah bagi speech.

Selain tu, macam biasa penasihat TESL CLUB Madame Juridah pon datang. Dan lagi sorang VIP yang jugak sangat jarang datang majlis macam ni, Dr Arshad Abd Samad, Penasihat Akademik TITANS. Kire bapak kami ler tuuu.

Errr..nak story ape lagi ye. Jom belanja gambar.





Dengan Dr Arshad.

Dengan VIP. Dr Arshad, Dr Soaib, Mdm Juridah.




Ok, dahhhh. Tak dan ler AB nak upload semua gambar kat sini. Hehehehhe. Agak touching sepanjang persembahan dan wishes dari BABIES, VALIANTS dan SPARTANS. Tahun last dapat bersama-sama macam ni. Sem depan pon dah tak dekat UPM lagi. Again, thank you VALIANTS. That night is the most memorable night. Takkan lupa sampai bila-bila. Love you all BABIES, VALIANTS, SPARTANS and of course TITANS.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Anak Che Ta Mirip Shasha Saidin

Kredit : Instagram Ayu Raudhah


Tahniah buat Rozita Che Wan atas kelahiran puteri sulung beliau dengan Zain Saidin. Comel kau anak Che Ta. Sebijik ikut muka Zain. Putih mulus. Che Ta bersalin di Pusat Perubatan Ampang Puteri. Wallahualam la dapat ke tak dia sponsor yang sibuk diperkatakan tak lama sebelum ni.

Buat masa ni nama puteri Che Ta dan Zain Saidin tak diberitahu lagi. Tapi Shasha Saidin panggin baby ni Princess Love. Dan Shasha ada upload gambar baby Che Ta dengan gambar Shasha sendiri masa baby. Memang sebijik sama.

Kredit : Instagram Shasha Saidin


Kannn..sama kan. Putih pulak tu. Maklumlah Che Ta dengan Zain dua-dua pon putih melepak.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Bulu Pelepah Hiasan



Anyeonggg..Tadaaa. Ini dia bulu pelepah hiasan. Untuk apa? Haa..ni another DIY project yang akan AB buat. Nantikann. Insyallah AB akan start work on this project by this week jugak. Sebabnye AB akan pakai the product of this project next week. 

Hehehehhe. By this week jugak AB kena siapkan projek bunga stokin mini. Duluuu AB ade story pasal nak buat tutorial untuk bunga stokin mini ni. Tapi still tak buat lagi. Sebabnya, last touch up tak siap lagi. 



Oleh sebab Ahad ni kawan AB tu nak grad and AB nak bagi buga tu kat dia, so i'll try la siapkan and publish tutorial nak buat bunga tu kat sini nanti ye. Harap-harap dia sukaa.


Jangan lupa join >> GiveAway by Gobokita: Aksara Biru << 

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Selamat Pagi !





Selamat pagi warga blogger. Pejam celik dah hari Khamis. Minggu yang busy semakin berlalu. Tinggal kelas hari ni je, esok AB dah boleh balik kampung!! Yeayyy..cuti seminggu !!!

Peringkat kedua 'Cabaran iphone 5s' pon dah berakhir malam tadi. Sempat la jugak terjah blog Denai Hati dengan komen-komen AB. All the best buat semua yang dah berusaha keras, kira bertawakal je la ye menunggu keputusan dari Denai Hati. Siapakah 70 bloggers bertuah ituuu.

AB dah update beberapa nama dalam Senarai Peserta GiveAway by Gobokita : Aksara Biru . Mana yang tak de tu Insyallah esok atau malam ni AB update ye. Terima kasih semua yang join. Sesiapa yang nak join masih sempat lagi ni. Sila klik banner kat bawah ni ye.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sejarah Taj Mahal, India

Tadi kat kelas, ada lecturer AB cerita pasal Taj Mahal. Dia dah pernah pergi Taj Mahal masa tahun 2012 kalau tak silap bawah rombongan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Masa tu ada la juga beberapa coursemate AB yang join sekali.

Sebenarnya AB pon tak tahu sangat sejarah Taj Mahal ni. Yang AB tahu si Shah Jehan buatkan untuk isteri dia, Mumtaz Mahal. Lecturer AB bagitau la benda-benda best pasal Taj Mahal ni according to pemandu pelancong yang bawa rombongan tu. 

1. Taj Mahal dibina oleh tukang mahir. Bukan dari kalangan hamba. Dibina dengan marble putih yang diukir. Terletak di Agra

2. Keturunan tukang-tukang mahir tersebut masih ada yang bergiat dalam seni kraf marble ni. Boleh carik kedai diorang kat Agra.

3. Taj Mahal dibina sebagai lambang memperingati isteri Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Sebabnya, si Mumtaz ni dulu cerdik dan banyak bagi idea bernas dalam pentadbiran Shah Jehan. Bukan la sebab dia cinta sangat kat Mumtaz ni

4. Mumtaz Mahal merupakan anak menteri di Perancis(kalau tak silap). Bukan warganegara India. Mumtaz juga berpendidikan tinggi. Haruslah lawa, pandai pulak tu. 

5. Mumtaz meninggal dunia ketika melahirkan anak ke-14 dia dengan Shah Jehan.

6. Selepas terbinanya Taj Mahal, Shah Jehan merancang untuk membina sebuah lagi Taj Mahal versi hitam diseberang Sungai Jamuna. Kiranya macam reflection cermin la. Kiri Taj Mahal putih, kanan Taj Mahal hitam. Katanya pengkaji dah ade dijumpai tapak pembinaan Taj Mahal Hitam tu.

7. Tetapi, anak Shah Jahan si Aurangzeb tahu plan gila bapak die. Yela, nak buat Taj Mahal tu dah berapa juta duit terbang bayar gaji craftmen, ni nak buat lagi satu seberang sungai. So, Aurangzeb ni pon kurung bapak dia kat dalam kubu Agra.

8. Sampailah Shah Jehan meninggal, dia dikebumikan disebelah kubur Mumtaz. Sebenarnya dia dikebumikan kat tempat lain, tapi digali semula dan dikuburkan kat sebelah Mumtaz.

9. Kalau perati betul-betul, 4 menara Taj Mahal agak condong keluar. Sebabnya, arkitek yang pelan Taj Mahal dah bajet misal kata akan berlaku gempa bumi, menara-menara tu akan jatuh keluar. Maksudnya, tak hempap kubah Taj Mahal.

10. Makam Mumtaz berada ditengah-tengah, manakala makam Shah Jehan ketepi sikit.


Taj Mahal dari seberang Sungai Yamuna.



Makam Shah Jehan (kiri) dan Mumtaz Mahal.



Haaa...nampak dakk menara tu condong ketepi.


Yang empat segi tengah tu makam  Mumtaz dan Shah Jehan.


Ni semua AB tulis based on apa yang lecturer AB cerita ye. Tak sempat *malas sebenarnya* nak Google fakta-fakta tu. Hahahhaha
*AMboi, lecturer bercerita ingat je, time belajar tak ingat* Warghhhh.. Minggu-minggu test sudah pon bermulaaaa

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Perfect Click Photos


Okay untuk entry kali ini, AB akan tunjukkan beberapa gambar yang diambil oleh jurugambar amatur dan juga profesional. Gambar bukan sebarang gambar tau. Gambar-gambar ini diambil bertemakan alam semulajadi dan haruslah bukan disusun atur oleh jurugambar. Kira gambar spontan la ni ye. Jom tengok !












Sumber : Google


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu