Upstairs Cafe di Subang Jaya

Assalamualaikum semua...


Yeahh..macam biasa, AB ni asik le tenggelam timbul dalam dunia blog ni. Harap maaf kat rakan blogger yang AB dah lama gila tak jengah blog korang. Insyallah AB luangkan masa nanti ya.

Ok, AB nak review satu cafe di Subang Jaya Seksyen 16. AB pergi sini baru je petang tadi lepas habis briefing untuk teaching practice. Nama cafe tu Upstairs Cafe. Terletak ditingkat atas satu lagi kedai makan iaitu Bawang Merah*kalau tak silap la*

Menu? Ok kat sini menu bertemakan western. Ada Aglio Olio, Chicken Arabiata, Spaghetti Bolognaise, Spaghetti Carbonara, Red Velvet Cake, Tiramisu Cake, ekspresso, latte, cappucino dan lain-lain. 


Range harga sangat berbaloi. AB and member makan Chicken Arabiata, Aglio Olio, Carbonara. Each menu tu cuma RM10.90. Serving siap ada 2 ketul garlic bread kat pinggan. Pada AB murah dan berbaloi sangat. Portion dia pon walau tak banyak macam Murni, tapi still boleh mengenyangkan. Rasa? OMG sedap gilaaaa!! *carbonara and arabiata are highly recommended*

Chicken Arabiata
RM10.90

Tiramisu & Red Velvet Cake


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment