Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Wing Zone Greentown Ipoh

Assalamualaikum



Lama dah tak update kan. Kali ni AB nak update pasal satu port makan kat Ipoh. Sekarang ni AB tengah bercuti-cuti Malaysia kat Ipoh. So bolehlah cari port makan best kat sini.

Malam tadi AB baru je dinner kat Wing Zone. Untuk makluman, restoran ni adalah berkonsepkan kepak ayam ataupon buffalo wings. Ehem, bukan kepak kerbau ye. Kerbau takde kepak. Hehehehe



First of all, korang kena order kat kaunter. Ala, macam kat KFC, McDonald's tu. Buku menu ada disediakan kat kaunter tu. Kalau tak nak diri lama2 kat kaunter boleh je duduk dulu and request for buku menu kat waiter. Tapi order still kene kat kaunter. 

Dah order, boleh lah duduk lepas amik air. Order akan dihantar ke meja anda. Takes time la sikit sebab order dimasak on the spot. So bukan la macam makanan segera.

Psss,air free flow tau. Korang topup la bebanyak air tu. Hehehe

Ape yang best kat sini? Of course buffalo wings. Ada macam2 level of spiciness tau. Yang dalam gambar AB ambil Sweet & Spicy Smokey Q. Manis-manis pedas gitu rasa die. Sumpah sedap gilerr. 

Yang dalam plate lagi satu tu chicken tenders. Ayam goreng takde tulang. Dengan sos Thai Chilli. Tak pedas sangat. Tapi takde la rasa macam sos cili Thai KFC ye.

Nak tengok menu lagi details boleh pi website diorang >> Wing Zone Malaysia<<


P/S: korang kalaunada port makan best kat Ipoh ni meh la share dengan AB. 


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Cara Bayar PTPTN guna JomPAY Maybank

Assalamualaikum.

Meh harini AB nak share cara bayar PTPTN guna JomPAY. Untuk makluman, mulai 1 Mei 2017, pembayaran semula pinjaman PTPTN secara tunai di kaunter PTPTN dah ditamatkan. So peminjam perlu membayar semula pinjaman melalui kad debit di kaunter atau pon secara online.

Oleh sebab sekarang ni semua teknologi dihujung jari, so AB pon nak share cara bayar PTPTN guna JomPay di Maybank2U. JomPAY ni percuma ye. Tak ada cas tambahan yang 50sen atau RM1.60 tu. 

1. Pastikan korang ada akaun Maybank dan dah bukak akaun Maybank2u.

2. Search portal PTPTN, atau pon klik je  << SINI >>

3. Cari logo JomPAY kat portal tu. Boleh tengok kat gambar bawah ni. Yang AB petakkan gune petak biru tu la. Click logo tu.

4. Next page akan keluar page dia suruh log in. Masukkan no IC anda. dan tekan CARI.

5. Tadaa. Ok, Keluar page baru yang tertera No ic, jenis pinjaman anda dan juga yang kita perlukan ialah nombor biller dan ref. yang kat kotak kanan tu. Ref 2 tu biasanya yang tengah2 tu adalah no IC anda. Ok, copy dan simpankan Biller Code dan juga Ref 1 di tempat yang selamat.

6. Sekarang pi bukak Maybank2u. Atau meh klik << SINI >> .Login macam biasa. Lepas tu klik Account&Banking. Yang 1st sekali tu.

7. Pastikan baki anda mencukupi untuk bayar hutang. Lepas tu klik Bill Payment kat kiri tu.

8. Next page akan keluar macam kat gambar bawah ni. Cari JomPAY dan klik.

9. Klik Make a One-Off Payment. Jangan tanya ape beza dengan yang sebelah tu ye. AB tak tauuu. AB bayar bil gune yang one-off je.

10. Ok, Final step, masukkan jumlah yang korang nak bayar kat amaunt. Biller Code tu masukkan yang kita dapat kat step no 5. Ref pon sama. Ref 2 tu tulis je nombor talifon korang. Lepas tu tick petak comel bawah tu dan continue. Ha, yang lepas tu macam biasa, kene request for TAC number yang dia akan send ke telefon anda sebagai SMS. Masukkan no TAC yang dibagi dan tekan continue lagi. Dan selesaiii ! Jangan lupa simpan resit ye.


Ha, settle dah kan? Nak tau bank-bank lain yang ada khidmat JomPAY ni? Tengok bawah. Tapi mungkin step untuk setiap bank adalah berbeza. Ok, sekian sahaja. Korang dah baca ni, jangan lupa share info ni dengang kengkawan ye. Benda baik, kenalah disebarkan, ye dak??






Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Bayar PTPTN Tapi Nama Kena CCRIS

Assalamualaikum



Buat yang dah habis belajar, korang dah start bayar PTPTN? Ramai junior AB confused berkenaan pembayaran semula PTPTN ni. Untuk makluman, pembayaran semuala PTPTN adalah selepas 5 bulan anda bergraduasi/konvo. Contoh, AB konvo November 2015, so bulan Mac 2016 dah wajib mula bayar balik PTPTN. Apa jadi kalau tak bayar? Kadar pinjaman anda akan meningkat sebab charhe perkhidmatan yang tiap-tia bulan dah tertunggak. So, dah rugi kat situ sebab nak bayar charge perkhidmatan yang banyak.

Anda bayar, tapi nama tiba-tiba kena blacklist?  Ok, ni jadi kat AB jugak. Perkara ni terjadi sebab anda bayar tidak mencukupi kadar yang ditetapkan. Contoh macam AB, dah ditetapkan bayaran balik bulanan adalah sebanyak RM160.61. AB ada la 3/4 kali bayar jugak TAPI AB setiap kali bayar tu, AB bayar RM100 sahaja. Kurang RM60.61. Bila macam tu, kat dalam sistem PTPTN akan detect AB *tak bayar*. Sebab tak cukup ikut jumlah yang die dah bagi. Maka, naiklah nama AB ni kat CCRIS. Efek? Nak buat loan beli kereta, beli rumah memanglah tak lepas.

Oleh sebab tunggakan AB dikira bermula dari MAC 2016 hingga lah December 2016, jumlah yang AB kena bayar untuk clearkan nama dari CCRIS ialah RM1461.10. Masa ni AB memang takde cash sebanyak tu and AB memang nak clearkan nama dari CCRIS. Pegawai PTPTN tu bagi 2 cadangan, samada buat penggubahan semula atau potong KWSP. 

Penggubahan semula PTPTN ni AB tak sure sangat macam mana. Yang AB difahamkan ialah, die macam reset semula pembayaran balik PTPTN tu, kira takde tunggakan. TAPI, akan efek bila nak buat loan dengan bank. Agak susah bank nak luluskan loan bila dia tengok ada penggubahan semula PTPTN. Sebab apa? Sebab, pihak bank akan anggap 'PTPTN pon tak boleh bayar, boleh ke nak bayar balik loan bank'. Haa..macam tu. Pegawai PTPTN tu memang tak galakkan AB buat penggubahan semula memandangkan usia AB pon kira muda lagi, jauh lagi pejalanan hidup. In case masa akan datang nak buat loan beli rumah ke kereta ke, memang pihak bank susah nak luluskan.

Potong KWSP untuk tujuan pembayaran PTPTN adalah dibenarkan. Tapi cuma boleh potong dari akaun 2 sahaja. Hasil kerja partime sebelum sambung degree, masa degree dan lepas habis degree sebelum posting, Alhamdulillah ada la sikit simpanan dalam akaun 2 AB. So I've decided to cut half of the amount to pay my PTPTN debt. Eh, terspeaking pulak. Hehehehe. Untuk akaun 2, takde had maksimum pemotongan. Boleh potong sampai habis pon takpe. Tapi prosedur agak melecehkan dan memakan masa yang lama.

Nanti AB update prosedur pemotongan pembayaran tunggakan PTPTN melalui KWSP pulak ye.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Kertas Sejarah SPM 2016 Bocor?

Assalamualaikum

Hari ni balik sekolah je, AB tengok kat Twitter ramai dah heboh berkenaan paper Sejarah Kertas 1 dan Kertas 2 dah bocor sebelum mula peperiksaan lagi. Eh, musykil jugak ye, sebab kat sekolah cikgu-cikgu sejarah takde cakap apa-apa berkenaan hal ni.

Tak lama kemudian, update dari para guru mengatakan bahawa berita kebocoran paper sejarah tu cumalah satu hoax sahaja. Siapalah yang pandai-pandai viralkan kenyataan palsu dari KPM dan juga menteri pendidikan tu. Bertuah punya orang. Kesian students2 dah cuak kena repeat paper tu semula.
Terganggu jugak emosi diorang nak ambil paper esok.

Untuk adik-adik Batch 1999, good luck untuk paper seterusnya. Fokus untuk peperiksaan. Abaikan berita-berita viral yang tak disahkan.





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Penantian Suatu Penyiksaan

Ceh, tajuk kemaen lagi kan. Menanti apa ye? Haa..Oleh sebab AB sekarang ni sangat jarang bukak blog dan update blog, AB baru perasan ada Anon tanya kat post Part IV : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016 berkenaan berapa lama AB kene tunggu untuk tahu keputusan interview kita. Layak ke tak. Lulus ke tak.

So, wahai adik-adik yang tengah menunggu keputusan interview SPP untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 meh akak nak cerita sikit pengalaman hakak. Ok, setiap orang pengalamannya berbeza ye. Sini AB nak bagi list detail punya tempoh menunggu dari sejak habis semester akhir sampailah selamat posting. Untuk yang berkenaan bolehlah rancang timeline hidup korang betul-betul lepas baca pengalaman menanti AB ni. Penantian itu memang suatu penyiksaaaannn

  • Jun 2015 : Tamat semester akhir di UPM Serdang
  • 1 November 2015 : Majlis Konvokesyen UPM Serdang (Alhamdulillah, berjaya akhirnya bergelar graduan BAC EDU TESL)
  • 12 April 2016 : Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di Putrajaya
  • 26 Jun 2016 : Keputusan temuduga SPP keluar (baru tahu keputusan interview SAHAJA. Belum confirm posting)
  • Julai : Keputusan SPP baru tahu dapat negeri mana ( Mula buat medical checkup di hospital dan cop segala salinan sijil yang dinyatakan dalam surat tawaran penempatan)
  • 14 Ogos : Keputusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 keluar ( Masa ni baru tahu dapat daerah mana, nama sekolah belum tahu)
  • 15 Ogos 2016 : Taklimat di PPD Muar dan tahu dapat sekolah mana.
  • 16 Ogos 2016 : Lapor diri disekolah dan bermulalah perjalanan hidup sebagai pendidik
Penantian itu memang menyiksakan, tapi sesungguhnya ada kemanisan disetiap hujung penantian itu. Ceewahhh. Untuk Anon tu, diharap AB menjawab la persoalan anda ye. Dia tanya pon bulan 8 haritu, AB ni dah la tengah ada kekangan laptop. Tunggu la next week iolss beli laptop baru, ha siap la tiap-tiap hari kang AB up entry. Jemu pulak korang kang..huhuhuhu

Diantara time frame dari habis semester last sampai ke posting, AB buat macam-macam kerja. Yela, kalau takde duit, macam mana nak hidup ye dak? Ab jadi fasi program motivasi, kerja kat kedai alatulis, kerja kerani kat stesen minyak, kerja kat bakeri melayu. Alhamdulillah, macam-macam pengalaman dapat.

Ok, jika ada persoalan lain yang memerlukan AB jawab dengan sepantas Streamyx yang tak berapa pantas tu, boleh email ye. Insyallah laju AB jawab.

Email ke aksarabiru14@gmail.com

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Maksud Singkatan Perkataan Yang Sering Digunakan

Koranv tau tak virus tu ape? Penyakit? Kalau nak tau, virus tu merupakan singkatan perkataan. Haaaa..meh jom tengok apa maksud singkatan perkataan yang selalu kita guna.











Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Mural Potret Terbesar diMalaysia berada di Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim.

"THE LOVING SISTERS" (ADIKKU SAYANG)

Mural berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter yang tertera di dinding ini telah dilukis oleh Julia Volchkova, 28, seorang pelukis mural dari Rusia. Terletak di Jalan Arab, Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor, lukisan mural ini telah disiapkan dalam tempoh 10 hari pada 17 Julai 2016.

"The Loving Sisters" atau "Adikku Sayang" dalam versi Melayu, diilhamkan dari wajah-wajah Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Julia yang terserempak dengan dua beradik ini di Tanjung Emas di sini telah sempat merakamkan potret gadis-gadis cilik tersebut dan diabadikan dalam mural ini dengan ekspresi raut wajah yang menarik terutamanya pada sepasang mata yang memukau.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini, yang dizahirkan dengan cara dan gaya yang unik dan tersendiri : "Orang Muo, Gaya Muo".

Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam "Malaysia Book Of Records" sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.

Projek ini telah diterajui Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman, merupakan satu-satunya projek seumpama ini di Negeri Johor Darul Ta'zim. Beliau telah menggalakkan kolaborasi bestari dalam kalangan warga Muar untuk berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha menyemarakkan budaya tempatan dan memperkasakan perpaduan kaum melalui seni.

Volchkova (tengah) sewaktu penganugerahan Malaysian Book of Records dihadapan mural potret lukisannya.

Wajah sebenar adik beradik The Loving Sisters
 Nur Najwa Aliesya (7 tahun) dan adiknya Nur Najiyah Amani (3 tahun)

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TopTen : 10 Bangunan Paling Pelik Di Dunia


Kali ni AB nak share TopTen bangunan paling pelik didunia. AB rujuk dari sini >> Your Amazing Places . 


No 1. Stone House, Portugal
Rumah yang diinspirasikan daripada siri TV popular, Flintstone ini dibina diantara dua batu besar. Oleh keranya ianya amat popular, rumah ini telah diserang beberapa kali dan pemiliknya mengambil keputusan untuk memasang pintu besi dan tingkap kalis peluru. Hebat baq hang. Rumah batu pon orang serang.


No 2. Dancing Building, Czech Republic
The Dancing House atau "Fred dan Ginger" terletak di Prague, Republik Czech. Ini adalah satu karya yang mempunyai seni bina yang menakjubkan dan daya tarikan romantis tersendiri. Kalau korang perasan, bangunan kiri tu umpama 'Ginger' memeluk 'Fred' (bangunan kanan) dalam situasi sedang menari. Ha kau, siap gaun kembang lagi gituuu! Ia telah direka oleh Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry.


No 3. The Niteroi Contemporary Art Museum, Brazil
Merupakan mercu tanda bandar Brazil, bangunan ini menyerupai sesuatu yang dibina diplanet lain. Ia dibina pada tahun 1996,direka oleh Oscar Niemey dan dicipta dengan bantuan Bruno Contarini. Bangunan ini adalah 16 meter tinggi dan diameter kubah adalah 50 meter. Cuba korang tengok, agak-agaknye macam apa ek?


No 4. La Pedrera, Spain.
La Pedrera atau juga dikenali sebagai Casa Mila di Barcelona, Sepanyol. Ia direka oleh Antoni Gaudi dan dibina untuk pasangan suami isteri. Ianya merupakan sebuah bangunan yang luar biasa dan bergaya tetapi dianggap sangat tidak konvensional. Sebab apa? Sebab tidak ada walau satu baris lurus pun sepanjang binaan ni! Pelawat boleh pergi ke tingkat atas, loteng dan bumbung untuk melihat lebih dekat karya ini! Nak masuk dan naik atas banggunan ni pon kena beli tiket tau. Tapi view kat atas ni memang lawa.


No 5.The Crooked House, Poland.
Rumah bengkok di Sopot, Poland mempunyai struktur yang luar biasa dan menakjubkan. Ia dibina pada tahun 2003 dengan reka bentuk berdasarkan gambar-gambar Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg. Ia kelihatan seolah-olah diambil dari filem kartun. Walaupun ianya bengkok, tetapi keadaannya sangat simitrikal.


No 6. Habitat 67, Montreal, Canada
Habitat 67 di Kanada adalah sebuah kompleks yang menyerupai susunan kiub mainan yang sangat menarik. Arkitek Moshe Safdie menciptanya sebagai tarikan utama Ekspo 67.


No 7. Forest Spiral – Hundertwasser Building, Germany
Forest Spiral ini telah disiapkan pada tahun 2000 dan ia adalah sebuah bangunan benar-benar menakjubkan dengan bumbung hijau dan menyerupai lingkaran. Warna-warna, pergerakan lingkaran reka bentuk keseluruhan bangunan adalah sangat bergaya dan membuatkan seluruh bangunan kelihatan cantik dan selesa untuk diduduki. Perekanya Friedensreich Hundertwasser, merupakan seorang artis dan ini menjelaskan sebab bangunan ini kelihatan seperti sebuah karya seni. Reka bentuk yang diimaginasikan beliau telah sempurna dilaksanakan menjadi banggunan oleh arkitek Heinz Springmann.


No 8. Cubic House, Rotterdam, Netherland
Cubic House di Rotterdam dan Helmond, Belanda telah direka oleh Piet Blom. Ianya berbentuk kiub, terletak di sudut yang berbeza ke atas heksagon terbentuk pilon. Reka bentuk ini menghasilkan bentuk pokok dan dalam jumlah yang banyak, ianya menyerupai sebuah hutan. Terdapat 38 kiub kecil, dan ianya melekat antara satu sama lain.


No 9. Cathedral of Brasilia, Brazil
Katedral Brasilia adalah sebuah bangunan yang direka untuk menjadi kediaman Archdiocese of Brasilia. Perekanya Oscar Niemeyer membuat struktur ini cantik dengan menggunakan 16 tiang konkrit, setiap satu darinya adalah seberat 90 tan.


No 10. c
National Centre for the Performing Arts, China (NCPA) bukanlah bangunan terbaru di China. Pembinaanya mengambil masa hampir 6 tahun. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 2001 dengan projek Paul Andreu dan ia telah selesai pada tahun 2007. Bangunan yang menyerupai sebiji telur besar  apabila direfleks oleh air ditengah tasik buatan ini diperbuat daripada titanium dan kaca. Ianya juga digelar The Giant Egg. Mengandungi 3 buah dewan besar, Dewan Muzik, Dewan Teater dan Dewan Opera.








Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TopTen : 10 Pekerjaan Yang Boleh Membantu Menyelamatkan Bumi

Mengikut kajian sebuah laman web Amerika Syarikat, terdapat 10 jenis pekerjaan yang boleh membantu menyelamatkan bumi. Takkan kite nak panggil Ultraman pulak ye? Eh, Entah-entah, Ultraman pon masuk list ni. Haaa, jom tengok.


No 1 : Jurutera Solar 
Hampir semua tenaga yang kita gunakan adalah berasal dari tenaga solar. Dengan zaman sekarang yang mana tenaga dari sumber minyak dan gas asli yang bakal mengalami kepupusan, tenaga solar menjadi satu inisiatif baru.
Kajian pada tahun 2012 menunjukkan purata gaji bulanan jurutera solar di US boleh mencecah sehingga USD 96k


No 2: Nelayan Lestari
Nelayan lestari mementingkan kelangsungan sesuatu hidupan laut. Bukan semua jenis ikan / hidupan laut atau sungai yang sangkut kat jaring pi angkut je. Kalau dapat ikan kecil, dilepaskan untuk ianya teruskan hidup dan membiak. Tangkap ikan yang betul besar dan sesuai untuk dimakan je. Itulah nelayan lestari. Ikan bilis tu memang kecil ye, jangan kata nelayan yang tangkap ikan bilis tak lestari pulak. Huhuhu


No 3 : Pakar Virus
Virus merupakan benda yang paling mudah hidup,  boleh dikatakan ianya hidup di semua tempat yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Menurut Biro Statistik Buruh (BLS), negeri yang mempunyai kepekatan tertinggi ketiga pekerjaan mikrobiologi adalah Delaware, US.


No 4 : Pekerja Sosial
Nampak macam senang, sedangkan ianya antara pekerjaan yang tak semua orang boleh buat. Silap langkah boleh menghancurkan institusi kekeluargaan, mahupun sosial.


No 5 : Pegawai Bank Benih
Sekarang ni banyak tumbuhan mengalami kepupusan. Kerana apa? Kerana sikap tamak manusia yang meneroka hasil bumi sehingga mencemarkan sistem biodiversiti. Pekerjaan pegawai bank benih terlibat dalam penerokaan dan penyimpanan benih-benih tumbuhan yang hampir menemui kepupusan. Bank benih yang paling impressive ialah Svalbard Global Seed Vault di Norway. Dimana hampir satu juta jenis tumbuhan disimpan di bawah sebuah gunung di sebuah pulau di Artik, diluar bandar paling utara didunia. Macam misteri pulak. Nanti AB tulis pasal Svalbard ni.


No 6 : Pengesan Asteroid
Haa, untuk para peminat angkasa, this is your call ! Pengesan asteroid bertanggungjawab mengesan mana-mana asteroid atau batuan angkasa yang sedang menghala ke bumi. So, diorang boleh inform pegawai berkenaan yang dijangka bakal menjadi sasaran asteroid tu tadi. So, pegawai yang terlibat bolehlah mengawal kedaan, seperti memindahkan penduduk ke kawasan yang selamat, memberi amaran kepada penduduk dan sebagainya.


No 7 : Ahli Seismologi
Ahli seismologi membantu mengurangkan kadar kematian dan kerugian harta benda ekoran daripada kejadian bencana alam seperti tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi. Mereka mengkaji pergerakan plat bumi dan perubahan-perubahan bentuk muka bumi yang boleh mennyebabkan bencana alam. Jika sesuatu tanda bencana tersebut mula timbul, mereka akan menkaji dan memberi amaran kepada pihak-pihak yang terlibat, termasuk orang awam agar langkah keselamat dapat diambil dan dipertingkatkan.


No 8 : Renjer Taman
Ni bukan taman permainan mahupun taman bunga yee. Renjer taman bertanggungjawab menjaga taman negara atau pun hutan disesebuah negara atau negeri. Mereka perlu menjaga hutan tersebut dari dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Mereka juga bertanggungjawab membawa kumpulan pelancong/pelawat yang ingin melawat bahagian-bahagian di hutan tersebut.


No 9 : Pakar Pemakanan
Makanan adalah sumber penyakit, dan makanan jugak adalah ubatnya. So, pakar pemakanan ni akan membantu anda dengan diet makanan yang sesuai untuk sesuatu tubuh manusia demi mendapatkan kadar nutrient yang seimbang.


No 10 : Agent Pengawalan Senjata Nuklear
Ini adalah hasil dari The Manhattan Project yang masih tidak mampu diuruskan oleh manusia sejagat dengan bertanggungjawab. Penggunaan senjata nuklear bakal memberi kesan yang teruk kepasa seluruh sistem. Oleh itu, agent yang terlibat bertindak untuk pengawal penggunaan senjata nuklear tersebut. 



Nampaknye, takde ye Ultraman dalam list ni. Hehehehe. Apamacam? Ade kerja korang tak dalam TopTen ni? Atau mungkin cita-cita korang suatu ketika dahulu.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Apa Itu 'Flying Tent' ?




Semalam AB bukak Facebook, nampak ada kawan AB post berkenaan Flying Tent. Khemah Terbang? Eh, bukann..yang ni tak terbang. Hehehe.

Siapa yang dah tengok post tu mesti tertanya-tanya :

Berapa Harga Flying Tent ni?
Dimana nak dapatkan Flying Tent ?
Siapa penjual Flying Tent?
Free postage tak sis? Eh,,hahahaha..silap dialog pulak.

Flying Tent ni merupakan khemah 4 in 1 pertama didunia yang telah dikeluarkan oleh Startraveller Equipment GmbH. Haaa..panjang ya amat namanya kan. SEG ni syarikat yang telah ditubuhkan pada 2015 di Carinthia, Austria. Sebuah syarikat yang mengeluarkan peralatan-peralatan untuk outdoor.

Flying Tent merupakan semua khemah yang boleh berfungsi sebagai hammock, bivy tent(khemah atas tanah), flying tent (hammock yang dijadikan khemah) dan baju hujan. 

  
 
Haa..punyalah versatile khemah ni. Berat khemah ni hanyalah 1,2kg dan dilengkapi dengan kelambu nyamuk. Katanya cuma ambil masa 7 saat untuk dipasang. Wow. 7 saat. Sebab tulah tagline die, 7 seconds to the stars. Perghhh..punye laju. Untuk mereka yang suka outdoor, mesti teruja dengan khemah ni. Harga khemah ni AB tak tahu. Jualan secara online akan bermula pada bulan Julai ini. So, yang agak-agak nak beli Flying Tent ni, sila la pergi jengah website die. Wah, AB macam dah jadi marketing manager pulak kan. Hahahaha

>> FLYING TENT <<





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu