Wing Zone Greentown Ipoh

Assalamualaikum



Lama dah tak update kan. Kali ni AB nak update pasal satu port makan kat Ipoh. Sekarang ni AB tengah bercuti-cuti Malaysia kat Ipoh. So bolehlah cari port makan best kat sini.

Malam tadi AB baru je dinner kat Wing Zone. Untuk makluman, restoran ni adalah berkonsepkan kepak ayam ataupon buffalo wings. Ehem, bukan kepak kerbau ye. Kerbau takde kepak. Hehehehe



First of all, korang kena order kat kaunter. Ala, macam kat KFC, McDonald's tu. Buku menu ada disediakan kat kaunter tu. Kalau tak nak diri lama2 kat kaunter boleh je duduk dulu and request for buku menu kat waiter. Tapi order still kene kat kaunter. 

Dah order, boleh lah duduk lepas amik air. Order akan dihantar ke meja anda. Takes time la sikit sebab order dimasak on the spot. So bukan la macam makanan segera.

Psss,air free flow tau. Korang topup la bebanyak air tu. Hehehe

Ape yang best kat sini? Of course buffalo wings. Ada macam2 level of spiciness tau. Yang dalam gambar AB ambil Sweet & Spicy Smokey Q. Manis-manis pedas gitu rasa die. Sumpah sedap gilerr. 

Yang dalam plate lagi satu tu chicken tenders. Ayam goreng takde tulang. Dengan sos Thai Chilli. Tak pedas sangat. Tapi takde la rasa macam sos cili Thai KFC ye.

Nak tengok menu lagi details boleh pi website diorang >> Wing Zone Malaysia<<


P/S: korang kalaunada port makan best kat Ipoh ni meh la share dengan AB. 


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

5 comments:

  1. Sedapnya. Tertengok waktu tengah malam pulak. Haishh. Btw fatin follow dekat sini. Salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hi, singgah dtg dr group tele ash. Tak sangka blogger juge hehe. Btw, kepak2 ni memang sedap!

    ReplyDelete