Showing posts with label UPM. Show all posts
Showing posts with label UPM. Show all posts

New Literature Component for Secondary School.




Nak story ni. Semalam AB  tido pukul 4 pagi tau sebab nak buat nota untuk students tuisen. AB plan nak ajar literature minggu ni. So semalam dok la Google literature component yang terbaru. Dulu masa zaman belajar kat UPM, kitorang ade jugak revise literature components bebudak sekolah ni untuk seluruh Malaysia. Dan kitorang difahamkan, novels, poems dan short stories yang kitorang revise tu adalah yang paling latest ( baru tukar kalau tak silap). Masa tu dalam tahun 2013/2014.

La ni AB nak buat notes, tetibe perasan semua cerita lain dengan apa yang kitorang revise dulu. Aduhaiii. Sakit jiwa. Asal tukar menteri je, semua benda die nak tukar. Dia tak fikir ke yang kat bawah ni nak catch-up bukan senang. Nak kene ajar students lagi, kalau salah ajar, kena marah, kena complaint.

Ok la. Nak citer tu je. hahahahha. Nanti AB share ye notes yang AB dah buat. Kita manfaatkan sama-sama. Geram tak habis lagi ni.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TITANS Dinner at Murni Discovery Bukit Jalil

Team Yong Tau Foo Production
Establish since 2011

Assalamualaikum korang. Fuhh, kembali sudah vitamin M untuk update blog ni. Hahahha. Lagi-lagi pulak tengah final exam ni. AB tinggal satu paper je lagi hari Jumaat ni sebelum bebas. Barang pon tak packing lagi, bilik tak kemas lagi. Sabtu ni dah nak balik Muar pulak. 

Oleh kerana semester ni merupakan semester terakhir kitorang dapat together-gether sebelum memasing bawak diri pi praktikal. So, kitorang pon plan nak pi dinner bersama-sama. Alhamdulillah dari 32 orang classmates, 31 dapat join. yang sorang lagi tu tak dapat join sebab atuk dia sakit. So, kena balik Melaka.

Kalau masa 1st year kitorang pilih Chop 7 Steak Restaurant kat Seri Kembangan as tempat dinner together-gether, kali ni kitorang pilih kat Murni Discovery Bukit Jalil pulak. Havoc habis malam tu. Oh ya, kitorang pergi hari Selasa malam Rabu. Nasib baik meja reserved untuk kitorang ditempatkan kat luar, so tak rasa bersalah sangat nak buat bising. Hahahahaha

Murni ni sebenarnya mamak jugak. Tapi agak famous kat area Selangor/KL la. Branch die pon banyak. Menu paling famous rasanya mee raja kot. Air die pon ada identity tersendiri. Nama pelik-pelik yaaaa amat. I Love You, I miss You, Kiss Me Baby, Don't Love Me. Dari segi harga, paling mahal makanan ada RM30. Sebab ada crab rasanya. Tak ingat nama menu. Hehehehhe. Tapi AB paling suka Nasi Goreng Buttermilk Ayam. Portion dah la besar, Memang kenyang habis lepas makan tu.

Lepas habis makan-makan tu some of us pergi pulak Putrajaya. Saje lepak-lepak, amik gambar. Agak kurang ramai malam tu kat Dataran Putrajaya. Maybe sebab malam hari bekerja. So, parents tak sempat nak bawak anak-anak lepak situ.

Ok, macam biasa, AB memang suka letak gamabr kat hujung-hujung post ni. Hahahahha. Jom layan.






This is TITANS !


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Test Suara : Last Part

Tadi AB tengok blog punya overview. Dan ada orang view pasal entry >> TEST SUARA <<. Dalam entry ni AB story pasal practice koir goup kitorang. Alhamdulillah, dah habis dah pun perform haritu. Tapi AB lupa nak share videonya.

Ok, nah nak share sikit. Setelah praktice seminggu sekali selama lebih sebulan, dapatlah kitorang perform koir yang tak seberapa ni. Performance ni start dirakam masa koirnya baru start, sebelum tu ada short drama musikal kitorang buat.


Kitorang nyanyi lagu Ketipang Payung dan jugak Kurik Kundi.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Final Year Project : VIVA Done !


 With our panel, Dr Husniah Sahamid

Alhamdulillah..Isnin lepas kami, student Bachelor of Education UPM dah selamat menghadapi VIVA. Even AB buat slides last minute. Esok nak VIVA, malam tu baru buat slides. Cari isi pon merewang-rewang. Tapi Alhamdulillah. Akhirnya selamat present. Panel, Dr Husniah pon tanya soalan yang AB boleh jawab. Komen dan teguran dari beliau pon sangat membina.

AB kena sesi pertama. Pukul 8.30am dah start present. Tapi oleh kerana AB giliran terakhir untuk sesi tu, so AB present dalam pukul 10am. Sebelum tu dapatlah tengok 4 kawan lain present dulu. Semua buat yang terbaik. Lepas ni tinggal edit mana yang patut diperbetulkan. Lepas tu hantar kedai untuk jilid dan BEBASSSS !!

Excited benarnye..Akhirnya, 3 tahun lebih belajar bakal berakhir 3 minggu lagi. Lepas ni takde lagi kuliah, takde lagi tuorial, takde lagi assignments, takde lagi presentation. Tapi, sebelum tu kena jugak menghadap final exam yang terakhir lepas Krismas ni. Wish me luck !


Maafkan saya yang terlebih excited disitu. Happy weh VIVA dah lepas !


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Liga dan Majlis Farewell Handball


Berakhir sudah kelas kokurikulum bola baling. Bola baling ni merupakan antara cabang dalam subjek Kokurikulum FCE 3000 yang AB kena ambil. Dalam FCE 3000 ada 3 cabang ; kuliah teori, sukan dan kesenian. Yang kuliah teori tu macam biasa, dok dalam kelas, belajar pasal teori je sampai tersengguk-sengguk tido. Hahahha

Yang sukan ni kami diberi 3 pilihan iaitu bola baling, bola tampar dan bola keranjang. Oleh kerana dua yang lain tu memang AB tak tahu dan takda keyakinan nak join, so AB pilih untuk join bola baling. Dan, kebetulan pulak AB sorang je budak TESL sesat dalam group bola baling. Yang lain semua junior dari Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. 

Yang kesenian pulak, macam yang AB dah post dulu kat >> SINI << Dan, kami dah pon present koir tu Rabu lepas. Alhamdulillah, dapat markah tinggi jugaklah. Tak sia-sia berlatih. Nanti AB dah upload, AB share kat sini ya.

Malam Jumaat minggu lepas, merupakan malam terakhir kelas bola baling kami. Rasa macam sayu je, even tak rapat sangat dengan adik-adik tu, tapi kira boleh 'masuk' la kepala masing-masing. Cikgu Razak pon sempoi je mengajar. Sempena malam last, kitorang buat liga. Ok, team AB kalah. Hahahha.

Lepas habis liga, ada buat makan-makan sikit. Kitorang buat potluck. Setiap batch bawak juadah sendiri. Oleh sebab AB sorang je TESL, makanya AB volunteer untuk bawak pinggan, cawan, sudu, garfu je. Maklumlah, sorang je kann.



Banyak yang AB belajar dalam kelas ni. Macam mana nak mengadili perlawanan. Peraturan dan teknik lontaran. Benda yang dah belajar masa sekolah, tapi dah lupa. Huhuhu.

Thankyou to Cikgu Razak, adik-adik Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Ada masa, jumpa lagi. Goodluck menempuh 3 tahun lagi dalam UPM ni. Hakak cabut dulu. Hehehehhe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Final Year Project : Road To VIVA




Alhamdulilah, selesai sudah analisis data guna SPSS. Dah tunjuk kat supervisor tadi. Alhamdulillah jugak la takde masalah dengan result analisis data. Plus, she's in a good mood. Siap boleh gelak lagi tadi. Rasa macam nak sujud syukur kat situ. Maklumlah, AB punya supervisor ni unpredictable. Kejap ribut taufan, kejap mendung, kejap cerah je.

So, lepas ni boleh proceed siapkan Chapter 4 dan Chapter 5. After that, kene revise balik Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3. Betulkan mana yang dah ditegur semester lepas. Siap je draft, kena VIVA pulak. Warghhhh. Rintangan terakhir sebelum bebas dari Final Year Project ni. May ALLAH ease everything. Cuak tak hengat. Jangan comfused ye, VIVA ni bukan kereta tau, ni kira presentation. AB kene present hasil kajian FYP ni kat beberapa pensyarah yang dipilih sebagai panel. Presentation dalam kelas depan kengkawan pon dah cuak, inikan pula VIVA. 

Ok, enough pasal VIVA, la ni tengah selak-selak nota bola baling. Malam ni ada test. Dok la hafal undang-udang permainan, saiz bola, ukuran gelanggang ni. Mintak-mintak boleh jawab malam ni. Esok pulak, balik Muar !!! Yeayyyy. Balik kampungggg




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

DIY : Brooch Headgear Great Gatsby

Ingat tak haritu AB ada post bulu pelepah. Tak ingat ? Boleh baca kat >> SINI << Kan AB ada story nak buat DIY kan. Okeh, meh kite tengok hasilnya.


Mesti korang tertanya-tanya kan. Ape bende ni ?? Haaa.. ni brooch untuk headgear. AB pakai benda ni masa TESL Dinner : Great Gatsby Gala. Oleh sebab tema malam tu Great Gatsby, and GG ni banyak guna bulu-bulu, lace, drapes and sequin. So oleh sebab outfit AB tak de la semua benda tu, so AB buat la benda ni.



Senang je buatnya. Bahan-bahan pon AB guna bahan yang dah sedia ada je. Kecuali bulu pelepah tu je la. Yang bunga purple tu AB guna perca kain satin. Yang biru pulak guna reben organza. Bila guna organza, dia punya fluffy tu lagi gebu.Cara nak jadikan bunga tu macam tu, AB cari tutorial kat Youtube je. Boleh guna keywords Tutorial Peonies Flower.

Mintak maaf la ye, AB takde buat tutorial untuk DIY ni. Tak sempat amik gambar masa tengah buat ni. Hehehehe. Nah le setepek gambar yang tengah pakai. 




Ni contoh AB pakai. Yang besar kat kepala, yang kecik kat bahu. Sebenarnya nak buat dua-dua kat kepala, tapi member AB kata yang kecil tu lagi elok letak kat bahu.

Kalau buat kecik-kecik sikit boleh je pakai untuk brooch biasa. Tapi AB tak rajin lagi la nak buat benda tu. Hehehehe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TESL Dinner 2014 : Great Gatsby Gala

Assalamualaikum semua ! Rasa macam dah lama tak update blog ni. Memang lama pon sebenarnya. Gara-gara balik kampung, event dan jugak takda mood. Tertelan vitamin M banyak sangat ni. Entry kali ni nak share sikit pasal event terbaru hari Sabtu. 

Pada Sabtu lepas 8 November 2014, Bac Edu TESL UPM ada buat dinner night. Tema untuk tahun ini ialah : Great Gatsby Galan. Tujuan dinner ni adalah untuk meraikan senior final yea. AB ler tuu. Setiap tahun, event ni diadakan untuk pelajar tahun akhir dan dikelolakan oleh pelajar tahun dua. Macam course-course lain juga, TESL pon ada bagi nama untuk setiap batch. 

Final year : TITANS
3rd year : SPARTANS
2nd year : VALIANTS
1st year : BABIES

Tapi nama-nama tu batch tu akan pilih sendiri. Tapi untuk 1st year, memang wajib bawak nama BABIES, bila diorang masuk 2nd year barulah boleh tukar nama lain yang diorang pilih sendiri. Senior-senior kitorang pun macam-macam nama ada. Contohnya TESLICIOUS, ROCKERS, TERRORS. Ganas-ganas semua nama. Hahahaha. *rasa macam dah pernah story je pasal nama-nama ni*

So, untuk dinner meraikan TITANS malam tu, batch VALIANTS yang organize. Overall komen about the dinner AWESOME !. AB boleh cakap the most awesome TESL dinner everrrrrr. Million thanks to VALIANTS for the dinner. Memang awesome, superb, touching. Hahahaha.

Ok, bebel panjang sangat. Dinner tu diadakan di Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Start from 8pm-11pm. Dan dinner kali ni jugak menjadi sejarah bilamanTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Soaib Asimiran sendiri menghadirkan diri. Dalam ucapan beliau, beliau juga mengatakan ini kali pertama beliau menghadiri dinner yang dianjurkan oleh TESL. Terharu denn ! 
Dr Soaib tengah bagi speech.

Selain tu, macam biasa penasihat TESL CLUB Madame Juridah pon datang. Dan lagi sorang VIP yang jugak sangat jarang datang majlis macam ni, Dr Arshad Abd Samad, Penasihat Akademik TITANS. Kire bapak kami ler tuuu.

Errr..nak story ape lagi ye. Jom belanja gambar.





Dengan Dr Arshad.

Dengan VIP. Dr Arshad, Dr Soaib, Mdm Juridah.




Ok, dahhhh. Tak dan ler AB nak upload semua gambar kat sini. Hehehehhe. Agak touching sepanjang persembahan dan wishes dari BABIES, VALIANTS dan SPARTANS. Tahun last dapat bersama-sama macam ni. Sem depan pon dah tak dekat UPM lagi. Again, thank you VALIANTS. That night is the most memorable night. Takkan lupa sampai bila-bila. Love you all BABIES, VALIANTS, SPARTANS and of course TITANS.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Forum Universiti @Penjara : UPM Tutup Pintu Lagi

Tarikh     :- 06 Nov 2014
Masa        :- Jam 2030 hingga Selesai
Tempat :- Restoran Maulana,Taman Sri Serdang 
Majlis     :-  Forum Universiti @Penjara
Anjuran : Gerakan Mahasiswa Maju UPM
Hadirin  : L/kurang 100 orang.
panel      : Chan Ying
                  Qian
                  Tan Ka Heng
                   Ooi Shi Qing 
                   Lai Kang Hui


Laluan yang trlibat utk tapisan seperti berikut.

Pintu 14 IBS  ditutup

pintu  15 padang kawad laluan masuk.

Pintu 17 tenis court laluan keluar

Pintu 13 stadium laluan keluar

Pintu fakulti Bahasa Moden ditutup keseluruhan kecuali pintu utama dikawal rapi.

Pintu kecil di Kompleks Mahasiswa dikawal dengan diletakkan anggota.

Tapisan bermula jam 7.00 mlm.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

UPM Tutup Pintu Sebab Anwar ?

Hah tajuk kontroversi kauu. Malam tadi memang bikin AB bengang yang teramat la sangat dengn bahagian keselamatan UPM. Kenapa? Sebab sampai dua pintu utama keluar dan masuk UPM ni ditutup. 

Lepas Maghrib tadi AB nak keluar pi pasar malam kat Seri Serdang. Macam biasa, laluan keluar dari UPM yang paling dekat dengan kolej AB ialah melalui pagar pintu 14 kat sebelah kubur Cina yang direct jugak untuk kenderaan dari Highway PLUS masuk ke UPM. So, tadi AB dah lalu sampai hujung jalan baru tau gate tutup, so kena patah balik ( jauh jugak tau jarak dari kolej serumpun ke pintu 14 ). Bila dah patah balik, AB tengok jammed gila kat roundabout depan kolej serumpun menghala ke pintu keluar kat court tennis. So, AB amik jalan lain iaitu keluar ikut gate kat stadium UPM yang jugak memang direct terus naik Highway Sungai Besi, SILK and BESRAYA. Tak sempat nak tukar gear 3, jalan kat situ pon jammed jugak. Tapi AB terus je and kat tengah jalan sebelum naik bukit dah ada pakguard jaga bagitau gate situ tutup. Terima kasih pak guard sebab jaga sebelum naik bukit, kalau tak laaaaagi jammed.

Makanya, AB pun patah balik and harung la jammed kat roundabout tadi tu sampai ke pintu keluar kat court tennis. Ingatkan keluar kawasan kolej kediaman dah tak jammed, rupanya jammed berterusan sampai depan Masjid UPM. Siapa yang tau kawasan UPM ni mesti paham berapa panjang jammed tu. Nak balik pon macam tu jugak. Kali ni jammed kat luar je. Jmmed dari roundabout depan masjid UPM sampai ke pintu masuk kat padang kawat.

Nak masuk tu pon semua kenderaan kena tahan and check. Even yang jalan kaki and yang naik motor pon kena check jugak. Pak guard tu check IC, kad matrik, lesen, roadtax motor. Ha kauu. hebat tak pak guard UPM. 4 tahun sekali je AB kena macam ni.


Wacana Ilmu ni dianjurkan oleh Pro Mahasiswa UPM. Dan berlangsung kat dewan kolej AB. Mungkinkah ini salah satu sebabnya pintu-pintu UPM ditutup?

Dan, bila dah balik bilik dan bukak FB jugak baru AB tau yang Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dah pun keluarkan notis yang pintu-pintu tu akan ditutup. Bila notis tu keluar? Bukan semalam, bukan minggu lepas, bukan jugak pagi tadi. TAPI

5 JAM LEPAS ! 

Sekarang AB taip entry ni pukul 11pm. 5 jam yang lepas tu pukul 6 petang. Memang pada masa pintu tu ditutup. Memang la orang ramai tak tau. Dah on the spot pi tutup baru nak keluarkan notis. Memang jammed la kan. Dengan Pesta Konvo yang dah start hari ni, mesti la ramai orang luar datang.

Takkan sebab Anwar turun Putrajaya kot sampai UPM tutup pintu.


Mungkin jugak tak nak peristiwa ni berulang ?


Wallahualam. dan-dan time ni la jugak semua keluar pekeliling pasal politik dalam kampus. AB malas nak ulas bab ni. Yang AB bengang sebab gate tutup je. Sampai jammed satu UPM, yang pelik, gate masuk fakulti kat Fakulti Ekologi bukak pulak. Pehal tetibe memalam pi bukak gate tu. Haihhh.

Panjang giler entry kali ni. Hahahhaha. Sekian sahaja. Nah troll dari UPM's Gag.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Test Suara

Selamat pagi korang. Ye, jam dah pukul 3 pagi, AB tengah dok menaip entry ni kat handphone. Sebab dah tak larat nak menghadap laptop. 

Pagi tadi dah story pasal sarapan murtabak di Bangi. Lepas sarapan tadi pon ade story, tapi AB nak simpan dulu story tu. Ni pulak story malam tadi. Beberapa jam yang lepas.


Haaa..buat apa ni? Ni kitorang tengah berlatih koir untuk performance untuk subjek Kokurikulum. 

Subjek tu terbahagi kepada 3 komponen iaitu sukan, seni dan teori. Yang sukan AB amik bola baling. Setiap Khamis malam Jumaat kitorang ada kelas.

Kumpulan koir ni terdiri dari 3 courses iaitu TESL, sains rumah tangga dan sains pertanian. Semua students Fakulti Pengajian Pendidikan. Bakal-bakal cikgu.

Nak taip lagi, tapi dah tak larat. Balik practice tadi pon AB dok usung motor balik kolej. Sebabnye motor pancit tengaj jalan. Haih..dugaan..

Nanti dah perform, AB masukkan kat sini ye video koir tu. Lama lagi, hujung bulan November baru kitorang perform.

Selamat malammm..zzzzzz

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Road to Internship

Alhamdulillah, haritu kami satu kelas dah settle daftar untuk sesi praktikal secara online. Kat UPM ni kalau daftar praktikal bawah Fakulti Pangajian Pendidikan memang secara online. Fakulti lain, wallahualam.  


Kami ditawarkan dua negeri iaitu Selangor dan Melaka untuk dipilih sebagai tempat praktikal, taaaaaapi lecturer kitorang lagi happy kalau kitorang pilih Melaka. So, untuk mengelakkan sebarang rasa tak best lecturer tersebut keatas batch kitorang, kami semua pilih Melaka sebagai destinasi melancong praktikal. 

AB lagi suka pilih Melaka sebab sangatt dekat dengan Muar. Taip-tiap minggu boleh rempit balik kampung. Muahahahhaha. Iye la sangat tiap-tiap minggu nak balik. Memang tidak ler, lagi-lagi cikgu praktikal.

Sekarang ni kami cuma redha je la dapat sekolah mana. Harap-harap dapat la sekolah yang membolehkan AB mengharungi 3 bulan praktikal tanpa sebarang masalah yang teruk. Oh lagi satu, AB start praktikal tahun depan, lepas cuti Raya Cina. Fuhh..cuak niii.

Nanti habis je semester ni awal Januari depan, dah kena start cari bilik sewa kat area sekolah. Harap-harap jumpa la. 


Jangan lupa join >> GiveAway by Gobokita : Aksara Biru <<

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Test, test, dan test




Perasan tak minggu ni AB jarang sangat up entry. Kenapa? Sebabnya minggu ni minggu test. Buat masa ni AB dah selamat menjawab 1 test. Pukul 10 pagi ni ada lagi satu test. Another 2 tests lecturer AB bagi take-home-testvand online test.

Bertabahlah duhai hati. Semester last je ni. Lepas ni boleh duduk rumah carik kerja pulak.

Yang penting next week dah Mid-Sem Break !!!!!!!! Wuhuuuu..

K nak study sikit. Ceeewahhhhhh

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Tragedi di Kuantan

Perghh...tajuk tak boleh blah ye. Tragedi la sangat. Masa AB kat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan tu, ada la kejadian yang tidak diingini berlaku keatas AB. 

Malam kitorang sampai kat sekolah tu, lepas makan dan meeting ringkas dengan Guru Bidang dan juga guru Bahasa Inggeris kitorang berkumpul kat dewan makan. Untuk siapkan segala preparation untuk program esok harinya.

Lepas dah settle tolong packing goodies bag, AB pi la kacau orang lain. Heheheh. Takde keje dah masa tu. Masa dok jalan dalam dewan makan tu entah macam mana AB tersepak tiang batu ni. Perghhhhhh..sakit jugak la. Tapi AB tak expect akan jadi teruk. Kawan-kawan yang lain dah sibuk kerumun tengok kaki. Diorang cakap berdarah. Okayh. 'Darah je pon. Tak de bende ni' dalam hati la dh cakap macam tu.

Lepas tu diorang suruh AB naik bilik terus. Tak payah tolong apa-apa lagi. Dah naik bilik baru la AB boleh tengok kesan perlanggaran kaki dengan tiang tu.


Huarghh..baru sampai dah dapat hadiah. Masa tu baru rasa pedih gilerr dengan berdenyut-denyut masa nak tidur. Dua hari dapat bertahan tanpa apa-apa ubat mahupun minyak. Hari last sempat terjah laut. Masa tu tak fikir sakit dah. Fikir seronok je. Hahaha

Balik UPM je, Isnin haritu AB pergi Pusat Kesihatan Universiti. Hajatnya nak mintak antiseptik ke ubat sapu ke. Tapi doktor terus bawak pi unit rawatan untuk cabut kuku. Ngehhhhh


Nah, hulur je la kaki tu. Lepas sembur entah angin sejuk ape and bisu dah tak rasa apa-apa dah. Tak sampai 5 minit dah siap cabut kukunye.


Selamat tinggal lah ye wahai kuku. Ku tunggu kuku baru pulak.


Ps: jangan lupa join GiveAway AB ye >>> KLIK SINI <<<



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Bercanda di Pantai Teluk Cempedak

Haritu 4 entry berturut AB story pasal school service dekat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan. Selepas tamat program tu kitorang sempat la berjalan ke Pantai Teluk Cempedak sekejap sebelum bergerak balik ke UPM.

First impression masa turun dari bas, memang excited tengok laut yang cantik dari jauh. Lepas tu jalan-jalan kat tepi kedai-kedai. Kat area tepi pantai tu ada kedai runcit, kedai makan, kedai jual cenderamata. Banyak la cenderamata korang boleh beli kat situ. 

Dari tepi kedai tu AB dah nampak 3-4 orang budak TITANS dah start redah air laut kat gigi pantai. Mana boleh tengok je kan, makanya kami pon menjoin kan diri. 




Ya ALLAH, cantik gila laut dia !!! Air biru, jernih. Memang berbeza la dari Blue Lagoon Port Dickson yang AB pergi 2 minggu lepas. Pantai Teluk Cempedak ni bersih. Takde sampah pon. Cuma keadaan pantai dia yang agak curam je la agak merbahaya untuk anak-anak kecil.

Kitorang memang tak mandi laut sebab tak de baju extra dan masing-masing dah kepenatan. So, masing-masing menggila amik gambar je la.






Best gila pantai ni. Dah jatuh hati, jatuh cinta, jatuh sayang dah. Insyallah kalau ade rezeki nak pergi sini lagi. Harap-harap masa tu pantai ni still cantik lagi.

BTW, jangan lupa ye join GiveAway AB >>> KLIK SINI <<<



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 4 : End

Day two morning session !

Hari kedua, hari terakhir jugak ! BTW, malam hari pertama tu, kami sempat la keluar jalan-jalan ke East Coast Mall. Cuci mata and rasa suasa malam di Kuantan je. 

Hari kedua ni kami cuma ada satu aktiviti sahaja iaitu Dinner Dash. Okay, AB tak tau apa student buat dalam aktiviti ni. Hahahhaha. Sebabnya, pagi hari kedua ni, AB dan beberapa fasi diberi pengecualian untuk join Dinner Dash. Sebabnya, AB sebagai AJK Multimedia kena buat montaj untuk majlis penutup. Ada beberapa fasi yang lain telibat untuk MC majlis, teknikal majlis dan penyediaan hadiah. So, gigihla buat montaj dalam masa tak sampai 2 jam tu.

Around 10.45am montaj dah siap dan pukul 11.00am majlis penutup pon bermula. Semuanya berjalan lancar tak sampai 5 minit. Lepas tu, seluruh sekolah blackout. So, montaj tak dapat ditayangkan. Agak terasa kecewa disitu. Tapi takpelah. Lepas habis semua pembahagian hadiah, ada sesi bergambar dan sesi amik autograf fasi. Terasalah fofularnya disitu bila students dok kerumun mintak autograf. Hahahha. Ada jugak yang mintak number phone tapi AB cakap elok-elok yang AB tak boleh bagi no phone kat diorang. 



Ni gambar fasilitators dan jugak cikgu-cikgu.

Dengan one of student yang speaking and listening disable. Tapi, dia boleh cakap jugak tau sikit-sikit. 


Sekian sahaja untuk school service kali ini. Memang berbeza dari school service yang dulu. Pengalaman yang kitorang dapat sepanjang program memang tak dapat kami lupakan walaupun cuma 2 hari je dapat bersama dengan pelajar disini. SMPKVK, ada rezeki kita jumpa lagi.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 3

Day One Evening Session !

Dua entry sebelum ni AB dah story pasal School Service Part One and Two. Kali ni cerita untuk Part Three tapi masih lagi pada hari yang sama ( Sabtu). Petang tu kami sambung dua lagi aktiviti iaitu Superstore dan Mini Sport. Untuk game Superstore, students bergerak dalam kumpulan yang lebih kecil dan mereka dikehendaki pergi ke setiap gerai untuk selesaikan task dan dapatkan kepingan picture puzzle untuk diorang combine diakhir game. 

Ni gambar kat gerai Match-It. Student kena matchkan ayat dengan gambar. BTW, student yang dalam gambar ni tengah bagi instruction sign language untuk students yang listening and speaking disable.

Yang ni gerai Dance Along. Senang je, cuma menari chicken dance je.

Yang ni gerai Blow It Away. Student kena tiup satu belon and pecahkan, Lepastu buat action yang dah ditulis dalam kertas dalam belon tu. Some students kami asingkan dari aktiviti ni sebab dia takut dengar bunyi belon pecah.


Selain dari ni, ada lagi 2 gerai lain iaitu Spell It Right dan Ohsemm. Untuk Spell It Right, student kena mengeja berdasarkan gambar yang diberi. Tapi kalau tak dapat eja, fasi akan bagi ejaan, student ikut. Untuk Ohsemm pulak, student cuma perlu main Scissors, Paper, Rock je dengan fasi. Tapi kena menang 3 kali la. Dan untuk gerai ni, kami dah sediakan picture sign. So, student just tunjuk picture sign tu je, tak payah la main sorok tangan tu.

Macam ini. 


Okayh, habis game Superstore ni, kami rehat sekejap dan sambung dengan Mini Sport. Dalam Mini Sport, setiap group perlu berlumba untuk transfer belon berisi air. Group paling cepat siap dan semua belon ada dikira pemenang. Tapi dalam game ni ada empat round. Dan kesemua round dimenangi oleh kumpulan pelajar yang listening and speaking disable. Kira gempak gak la. Group diorang ni menang 3 aktiviti dalam 2 hari program. Cayalah. 




Dah habis game, fasinya la pulak main baling-baling belon. Hahahahha





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu