Hari kedua, hari terakhir jugak ! BTW, malam hari pertama tu, kami sempat la keluar jalan-jalan ke East Coast Mall. Cuci mata and rasa suasa malam di Kuantan je.
Hari kedua ni kami cuma ada satu aktiviti sahaja iaitu Dinner Dash. Okay, AB tak tau apa student buat dalam aktiviti ni. Hahahhaha. Sebabnya, pagi hari kedua ni, AB dan beberapa fasi diberi pengecualian untuk join Dinner Dash. Sebabnya, AB sebagai AJK Multimedia kena buat montaj untuk majlis penutup. Ada beberapa fasi yang lain telibat untuk MC majlis, teknikal majlis dan penyediaan hadiah. So, gigihla buat montaj dalam masa tak sampai 2 jam tu.
Around 10.45am montaj dah siap dan pukul 11.00am majlis penutup pon bermula. Semuanya berjalan lancar tak sampai 5 minit. Lepas tu, seluruh sekolah blackout. So, montaj tak dapat ditayangkan. Agak terasa kecewa disitu. Tapi takpelah. Lepas habis semua pembahagian hadiah, ada sesi bergambar dan sesi amik autograf fasi. Terasalah fofularnya disitu bila students dok kerumun mintak autograf. Hahahha. Ada jugak yang mintak number phone tapi AB cakap elok-elok yang AB tak boleh bagi no phone kat diorang.
Ni gambar fasilitators dan jugak cikgu-cikgu.
Dengan one of student yang speaking and listening disable. Tapi, dia boleh cakap jugak tau sikit-sikit.
Sekian sahaja untuk school service kali ini. Memang berbeza dari school service yang dulu. Pengalaman yang kitorang dapat sepanjang program memang tak dapat kami lupakan walaupun cuma 2 hari je dapat bersama dengan pelajar disini. SMPKVK, ada rezeki kita jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment