Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Mural Potret Terbesar diMalaysia berada di Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim.

"THE LOVING SISTERS" (ADIKKU SAYANG)

Mural berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter yang tertera di dinding ini telah dilukis oleh Julia Volchkova, 28, seorang pelukis mural dari Rusia. Terletak di Jalan Arab, Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor, lukisan mural ini telah disiapkan dalam tempoh 10 hari pada 17 Julai 2016.

"The Loving Sisters" atau "Adikku Sayang" dalam versi Melayu, diilhamkan dari wajah-wajah Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Julia yang terserempak dengan dua beradik ini di Tanjung Emas di sini telah sempat merakamkan potret gadis-gadis cilik tersebut dan diabadikan dalam mural ini dengan ekspresi raut wajah yang menarik terutamanya pada sepasang mata yang memukau.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini, yang dizahirkan dengan cara dan gaya yang unik dan tersendiri : "Orang Muo, Gaya Muo".

Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam "Malaysia Book Of Records" sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.

Projek ini telah diterajui Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman, merupakan satu-satunya projek seumpama ini di Negeri Johor Darul Ta'zim. Beliau telah menggalakkan kolaborasi bestari dalam kalangan warga Muar untuk berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha menyemarakkan budaya tempatan dan memperkasakan perpaduan kaum melalui seni.

Volchkova (tengah) sewaktu penganugerahan Malaysian Book of Records dihadapan mural potret lukisannya.

Wajah sebenar adik beradik The Loving Sisters
 Nur Najwa Aliesya (7 tahun) dan adiknya Nur Najiyah Amani (3 tahun)

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Pemenang Giveaway Abam Kie

Assalamualaikum

First of all tahniah buat semua pemenang yang berjaya memenangi Giveway Abam Kie yang berakhir pada 20 April tempohari. Haaaa, lambatkan AB update entry. Maaflah ye, biase la nak bukak blog pon kena ada mood, apatah lagi nak update entry. Hihihi

Okayh, dalam ramai-ramai pemenang tu, Abam Kie bagitahu AB, pemenang yang bertuah untuk dapat hadiah tajaan dari AB ialahhhh *insert music* jeng jeng jeng



Diminta Miss Kepeng contact AB ye di whatsapp/telegram 0137953243 untuk redeem hadiah anda. 

Tahniah juga untuk pemenang-pemenang lain. Ramai jugak ye yang berjaya tersenarai sebagai pemenang.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Terbaik Dari Langit : Memang Terbaik !


Bila airmata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat
Terima kenyataan
Tak usah terus berduka 
Dan menangis macam bayi


Tengahari semalam sempat la tengok Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Director yang sama untuk filem KIL yang banyak gilaaa menang anaugerah kat Festival Filem Malaysia 26 last year. What to say about this film ? Macam filem-filem indie lain, cerita ni jugak kena tengok dari hati. Deeeeeeeeeeepp. Terbaik Dari Langit jugak tercalon dalam Festival Filem Antarabangsa Tokyo, tapi tak memenangi anugerah. 

Kalau korang expect nak tengok cerita straight to the point, korang silap beli tiket. But, seriously cerita ni best ! Meh nak bagi sinopsis pendek. Pendek je la ye. 

Cerita ni berkisarkan kisah 4 orang sahabat yang nak shooting cerita pasal UFO. So, diorang pon follow la idea sorang member ni yang konon-konon dah siap calculate tarikh UFO tu akan keluar based on pengalaman dia masa sekolah dulu. Sepanjang shooting tu macam-macam la perkara terjadi. 

Barisan pelakon utama :  Iedil Putra, Bront Palarae, Nadia Nissa, Megat Sharizal Mohamed Yusoff, Sharifah Amani and Amerul Affendi.
Turut mewarnai cerita Terbaik Dari Langit adalah pelakon yang muncul secara cameoAnne James, Mamat Khalid ,Dain Iskandar Said, Allahyarham Aziz Satar, Zahiril Adzim, Aidil Rusli dan Nam Ron.

First rule tengok cerita ni : Jangan assume sesuatu dengan cepat. Tengok, tengok dan tengok sampai habis. Jangan baru 2 scene dah pepandai assume jalan cerita macam mana, ending macam mana.

Second rule tengok cerita ni : Jangan sempitkan fikiran. Buka minda, buka hati.

Third rule tengok cerita ni : Jangan expect storyline dan ending macam cerita mainstream.

Forth rule tengok Terbaik Dari Langit : Enjoy !




“Sesuatu yang dibuat mesti dengan jujur dan ikhlas. Teruskan.”


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Hari Pengeposan



Done packing ! Maaf lambat update mengenai hadiah untuk pemenang Giveaway by Gobokita : Aksara Biru. Jangan risau yee, AB dah siap packing hadiah anda semua. Insyallah lepas kelas ni AB akan singgah pejabat pos.

Terima kasih again kepada semua peserta dan tahniah kepada pemenang. Terimalah hadiah yang tak seberapa ni. Hehehe. Hopefully korang suka.

Ps : nanti bila pakai atau masa makan Marsjar tu jangan lupa tag @gobokita yeee.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Salam kemenangan buat pasukan dan penyokong Pahang. Tahniah sebab menang Piala Malaysia 2014. Tahniah juga untuk Johor Darul Takzim sebab main sampai final ni. Tahniah buat Safiq Rahim sebab jadi best player game hari ni. Tahniah buat Diaz sebab pamerkan rentak permainan yang bagus. Tahniah buat Matyo.

Haihh..bengang beul AB dengan Matyo ni. Nak bebel banyak-anyak malas pulak. Tapi memang bengang. Alahai Matyo oh Matyo.

Pahang menang dengan sepakan penalti. Pahang 5. JDT 3. Terima kasih Matyo. Sebelum tu Pahang and JDT seri dengan masing-masing dua gol pada masa peuh dan masa tambahan.

Masa penuh
Gol Pahang :
Nwakaeme (min 14)
Nwakaeme (min 70)

Gol Johor :
Jorge Pereyra (min 30)
Luciano Figueroa (min 33)

Tahnaih Pahang muncul juara walaupun dengan 10 pemain sahaja. Buat Johor, kalah menang kami tetap bersamamu.

Ayuh Johoor !! Ayuh Johoor !!
Luaskan Kuasamu Johor
Kami ada ! Kami ada ! 
Setia bersama mu Johor
Ale ale.. ale ale..ale ale 




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Liebster Award


AB ditag dalam Liebster Award ni oleh Azra . Thank You adik manisss. Ni first time ni AB kene tag. Horey horeyy. Hahahahha..

Ni semua adalah soalan-soalan yang ditag untuk AB jawab ye.

1.Ayat mak hampa yang selalu dia guna?? Macam mak aku "Kalau aku pi cari jumpa satg siap hang"
'Cuba la dengar cakap aku ni'. Maklum le anak degil..huhuhu

2. Kalau orang tanya "lah pasai apa hang gemuk @ kurus sangat". agak2 jawapan apa patut bagi?
Kalau ikutkan hati nak je jawab 'aku gemuk bukan ko yang tanggung makan aku'..gituuu..tapi biasa senyum je. Hahahaha

3.Nazim Othman hansem tak? kalau tak pasai apa?
Tak. Beto Khusyairy lagi handsome. Hahahahha

4. Adik aku nie asyik tengok Running man gelak-gelak dari pagi sampai malam, dah lama dah keadaan nie, lebih setaun, ada penawar terbaik?
OMG ! Tengok Running Man memang wajib gelak. Yang ni memang takde penawar. Huhuhuu

5. Kalau hampa dapat kawan yang 24 jam asyik nak diet padahai dah tahap tinggai tulang sumsum dah, hampa suka ka atau rasa nak sepuk dia?
Rasa nak sepak sampai patah 18 tulang sum sum dia, pastu tulang tu buat sup tulang. Huhuhu

6.Sebenaqnya aku dah krem otak nak buat soalan , 1+1 dalam mathematics form 4 @ 5 berapa jawapan nya.
Jawapannya still 2. Tapi kot la tetibe Kementerian rombak balik buku teks tu, mungkin boleh dapat jawapan 1+1 = 98. Hehehehe

7.Kerja rumah yang paling hampa tak suka buat?
Sapu rumah & kemas rumah. NO ! AB rela dok kat dapur tu potong bawang sebakul and memasak *walaupon tak sedap* dari megemas rumah. Sorry bakal husband. Hahahahha

8. Kalau tetiba orang mai blog hampa lepas tuh sound kat cbox, hampa nak pendam ka hampa nak maki?
Kengkadang kena pendam je. Malas nak layan orang dok maki kat cbox. Biasa guna ID fake je tu. 

9. Kalau nak maki apa makian terbaik kena bagi kat orang bajet2 bagus nie.
Hai awak yg bajet bagus tu, kalau rasa diri dah bagus sangat, pi pindah planet lain dok sengsorang. Yela, orang lain tak sebagus awak kan. Hehehehhe

10.Adoyaiiiii susah betui nak buat soalan,, awak kat mana???
Saya kat sini !! Kat hati awak *Ehhh* AB tengah duduk diatas kerusi meja study, sambil menaip jawapan-jawapan ni didalam bilik ab di Kolej Empat Belas, Universiti Putra Malaysia. Wahhhh. Fulll kau jawab. Huhuhu

11. Teka namaa penuh aku boleh tak??? Hihi
Nur Sara Liyana? Ni main teka je nooo..


Okayh. Dah jawab semua soalan. Hehehe. So giliran AB pulak bagi soalan kat korang ye. Bersedia siapa yang kena tag tu.

1. Suka pakai perfume apa? Dan kenapa?
2. Pandai tak masak siput sedut masak lemak batang keladi *sebenarnya AB tengah mengidam ni*
3. Pelakon perempuan kesukaan. Fasha Sandha ke, Erra Fazira ke, Ellie Suriati ke or sesape je la.
4. Ada tempayan tak kat rumah?
5. Memori zaman sekolah paling tak boleh lupa?
6. Korang selalu update blog kat komputer/laptop/handphone? Kenapa?
7. Korang rasa betul ke Aiman tak kisah ? Ermmmm
8. Movie yang korang baru tengok? 
9. Korang ni sambil jenjalan blog AB ni, korang tekan tak iklan Nuffnang tu ? *Hamboii soalann* hehehehhe
10. Ok tak blog AB? Ada yang terkurang ke, terlebih ke? Cer bagitau sikitt.
11. J.P Rodger ni Residen negeri mana?


Dan, blogger yang AB nak tag ialahhhh : 


Selamat menjawab ye uolls. ^_^ 


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

UPM : Anugerah Akademik Negara 2013

Dalam Anugerah Akademik Negara 2013 yang baru diadakan pada 2 September lepas, Universiti Putra Malaysia telah pon menerima 4 daripada 8 anugerah. 

Empat anugerah itu ialah :

Anugerah Tokoh Akademik Negara
Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)
Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dari Fakulti Pengajian Pendidikan

 Anugerah Seni dan Kreativiti (kategori Seni Visual/Seni Bina/Seni Kraf)
Prof. Dr.Hajah Rahinah Ibrahim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Prof Dr. Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan


soaibasimiran

Kasi bold sikit kat Prof Jaya. Ni lecturer AB jugak ni. Kalau mana yang tak kenal dia, mesti tak sangka dia ni lecturer sebab sempoi gila. Kalau kat fakulti tu dia siap pakai topi pakcik kebun tu. Dalam kelas/meeting baru dia bukak. Mula-mula dulu pon AB ingat dia tukang kebun je *sorry prof*. Tapi Prof Jaya ni agak strict la, and dia akan bagi banyak kerja dalam kelas. TAPI, kalau korang buat kerja-kerja tu, A dan ada dalam tangan la. Kerja senang je, assignment senang, soalan test/exam pon senang.

Prof Jaya telah menulis lebih daripada 80 artikel jurnal, 23 bab dalam buku dan 30 buah buku. Sumbangan dan kegigihannya membuatkan beliau menerima pelbagai anugerah di peringkat Universiti serta berjaya memenangi lima pingat antarabangsa, tiga pingat tempatan dan dua puluh sembilan pingat Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi, UPM dan berjaya memperoleh hak cipta bagi empat perisian.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Bachelor Pendidikan UPM Terima Akreditasi TEACH, USA

Sambungan dari SINI


Satu lagi pencapaian UPM khususnya Fakulti Pengajian Pendidikan. Bachelor Pendidikan UPM merupakan  program dari universiti di Asia yang pertama menerima Akreditasi oleh Majlis Akreditasi Pendidikan Guru ( TEACH) dari USA.

Apa lebihnya dapat anugerah ni ? Dengan anugerah ni, semua pelajar bachelor / ijazah dari Fakulti Pengajian Pendidikan boleh diterima untuk menjadi tenaga pengajar diluar negara. Kira kredit lebih la sebab FPP ni dapat anugerah memang dari TEACH.  Sebagai salah seorang pelajar bachelor di FPP, AB tumpang bangga la kejap. Hehehehhe

Sumber : Utusan Malaysia

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

UPM Antara 400 Universiti Terbaik Dunia 2014


Sebagai seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia, dengan bangganya *cewahhhh* AB mengupdate entry ini. Hehehehhe. Ni keratan akhbar Harian Metro. UPM berjaya memperbaiki pencapaian dalam Kedudukan Universiti Dunia QS 2014. Untuk pengetahuan, UPM berada pada kedudukan 376 pada tahun 2014 berbanding kedudukan 411 pada tahun sebelumnya. 

Selain dari kejayaan ini, UPM jugak telah berjaya menerima satu lagi anugerah. Anugerah ni khasnya adalah untuk Fakulti Pengajian Pendidikan *fakulti AB tu weyh !!!! Bangga lagi* . Anugerah yang diterima ialah *KLIK SINI*

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu