UPM : Anugerah Akademik Negara 2013

Dalam Anugerah Akademik Negara 2013 yang baru diadakan pada 2 September lepas, Universiti Putra Malaysia telah pon menerima 4 daripada 8 anugerah. 

Empat anugerah itu ialah :

Anugerah Tokoh Akademik Negara
Naib Canselor pertama Universiti Pertanian Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Rashdan Baba

Anugerah Pengajaran (Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)
Prof. Dr. Jayakaran Mukundan dari Fakulti Pengajian Pendidikan

 Anugerah Seni dan Kreativiti (kategori Seni Visual/Seni Bina/Seni Kraf)
Prof. Dr.Hajah Rahinah Ibrahim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina

Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Prof Dr. Azni Idris dari Fakulti Kejuruteraan


soaibasimiran

Kasi bold sikit kat Prof Jaya. Ni lecturer AB jugak ni. Kalau mana yang tak kenal dia, mesti tak sangka dia ni lecturer sebab sempoi gila. Kalau kat fakulti tu dia siap pakai topi pakcik kebun tu. Dalam kelas/meeting baru dia bukak. Mula-mula dulu pon AB ingat dia tukang kebun je *sorry prof*. Tapi Prof Jaya ni agak strict la, and dia akan bagi banyak kerja dalam kelas. TAPI, kalau korang buat kerja-kerja tu, A dan ada dalam tangan la. Kerja senang je, assignment senang, soalan test/exam pon senang.

Prof Jaya telah menulis lebih daripada 80 artikel jurnal, 23 bab dalam buku dan 30 buah buku. Sumbangan dan kegigihannya membuatkan beliau menerima pelbagai anugerah di peringkat Universiti serta berjaya memenangi lima pingat antarabangsa, tiga pingat tempatan dan dua puluh sembilan pingat Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi, UPM dan berjaya memperoleh hak cipta bagi empat perisian.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment