Test Suara

Selamat pagi korang. Ye, jam dah pukul 3 pagi, AB tengah dok menaip entry ni kat handphone. Sebab dah tak larat nak menghadap laptop. 

Pagi tadi dah story pasal sarapan murtabak di Bangi. Lepas sarapan tadi pon ade story, tapi AB nak simpan dulu story tu. Ni pulak story malam tadi. Beberapa jam yang lepas.


Haaa..buat apa ni? Ni kitorang tengah berlatih koir untuk performance untuk subjek Kokurikulum. 

Subjek tu terbahagi kepada 3 komponen iaitu sukan, seni dan teori. Yang sukan AB amik bola baling. Setiap Khamis malam Jumaat kitorang ada kelas.

Kumpulan koir ni terdiri dari 3 courses iaitu TESL, sains rumah tangga dan sains pertanian. Semua students Fakulti Pengajian Pendidikan. Bakal-bakal cikgu.

Nak taip lagi, tapi dah tak larat. Balik practice tadi pon AB dok usung motor balik kolej. Sebabnye motor pancit tengaj jalan. Haih..dugaan..

Nanti dah perform, AB masukkan kat sini ye video koir tu. Lama lagi, hujung bulan November baru kitorang perform.

Selamat malammm..zzzzzz

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. bestnyaaa.. rindu aktiviti aktiviti zaman kat universiti..

    ReplyDelete