Showing posts with label Bangi. Show all posts
Showing posts with label Bangi. Show all posts

TESL Dinner 2014 : Great Gatsby Gala

Assalamualaikum semua ! Rasa macam dah lama tak update blog ni. Memang lama pon sebenarnya. Gara-gara balik kampung, event dan jugak takda mood. Tertelan vitamin M banyak sangat ni. Entry kali ni nak share sikit pasal event terbaru hari Sabtu. 

Pada Sabtu lepas 8 November 2014, Bac Edu TESL UPM ada buat dinner night. Tema untuk tahun ini ialah : Great Gatsby Galan. Tujuan dinner ni adalah untuk meraikan senior final yea. AB ler tuu. Setiap tahun, event ni diadakan untuk pelajar tahun akhir dan dikelolakan oleh pelajar tahun dua. Macam course-course lain juga, TESL pon ada bagi nama untuk setiap batch. 

Final year : TITANS
3rd year : SPARTANS
2nd year : VALIANTS
1st year : BABIES

Tapi nama-nama tu batch tu akan pilih sendiri. Tapi untuk 1st year, memang wajib bawak nama BABIES, bila diorang masuk 2nd year barulah boleh tukar nama lain yang diorang pilih sendiri. Senior-senior kitorang pun macam-macam nama ada. Contohnya TESLICIOUS, ROCKERS, TERRORS. Ganas-ganas semua nama. Hahahaha. *rasa macam dah pernah story je pasal nama-nama ni*

So, untuk dinner meraikan TITANS malam tu, batch VALIANTS yang organize. Overall komen about the dinner AWESOME !. AB boleh cakap the most awesome TESL dinner everrrrrr. Million thanks to VALIANTS for the dinner. Memang awesome, superb, touching. Hahahaha.

Ok, bebel panjang sangat. Dinner tu diadakan di Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Start from 8pm-11pm. Dan dinner kali ni jugak menjadi sejarah bilamanTimbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Soaib Asimiran sendiri menghadirkan diri. Dalam ucapan beliau, beliau juga mengatakan ini kali pertama beliau menghadiri dinner yang dianjurkan oleh TESL. Terharu denn ! 
Dr Soaib tengah bagi speech.

Selain tu, macam biasa penasihat TESL CLUB Madame Juridah pon datang. Dan lagi sorang VIP yang jugak sangat jarang datang majlis macam ni, Dr Arshad Abd Samad, Penasihat Akademik TITANS. Kire bapak kami ler tuuu.

Errr..nak story ape lagi ye. Jom belanja gambar.





Dengan Dr Arshad.

Dengan VIP. Dr Arshad, Dr Soaib, Mdm Juridah.




Ok, dahhhh. Tak dan ler AB nak upload semua gambar kat sini. Hehehehhe. Agak touching sepanjang persembahan dan wishes dari BABIES, VALIANTS dan SPARTANS. Tahun last dapat bersama-sama macam ni. Sem depan pon dah tak dekat UPM lagi. Again, thank you VALIANTS. That night is the most memorable night. Takkan lupa sampai bila-bila. Love you all BABIES, VALIANTS, SPARTANS and of course TITANS.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Test Suara

Selamat pagi korang. Ye, jam dah pukul 3 pagi, AB tengah dok menaip entry ni kat handphone. Sebab dah tak larat nak menghadap laptop. 

Pagi tadi dah story pasal sarapan murtabak di Bangi. Lepas sarapan tadi pon ade story, tapi AB nak simpan dulu story tu. Ni pulak story malam tadi. Beberapa jam yang lepas.


Haaa..buat apa ni? Ni kitorang tengah berlatih koir untuk performance untuk subjek Kokurikulum. 

Subjek tu terbahagi kepada 3 komponen iaitu sukan, seni dan teori. Yang sukan AB amik bola baling. Setiap Khamis malam Jumaat kitorang ada kelas.

Kumpulan koir ni terdiri dari 3 courses iaitu TESL, sains rumah tangga dan sains pertanian. Semua students Fakulti Pengajian Pendidikan. Bakal-bakal cikgu.

Nak taip lagi, tapi dah tak larat. Balik practice tadi pon AB dok usung motor balik kolej. Sebabnye motor pancit tengaj jalan. Haih..dugaan..

Nanti dah perform, AB masukkan kat sini ye video koir tu. Lama lagi, hujung bulan November baru kitorang perform.

Selamat malammm..zzzzzz

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sarapan Murtabak Singapore di Bangi



Harini oleh sebab kelas pagi AB cancel, AB dengan member plan nak brunch kat kedai nasi ayam penyet ibu. Malangya, awal sangat masa tu. Baru pukul 9 lebih, so kitorang pon try la pusing kawasan Bangi untuk carik kedai sarapan.

Entah macam mana kitorang sampai kat kawasan pasar pagi and kedai makan Azura yang femes tu. AB tak sure ni kat syeksen berapa. Rasanya syeksen 15/16 kot.



Ni screenshot peta dari Fourthsquare. Kat kedai ni ada jual nasi lemak, bakso, nasi campur, nasi ayam dan paling femes haruslah murtabak Singapura. 

Nasi lemak die memang sedap. AB makan dengan sambal sotong kering tu. Sedap. Sotong pon dia potong besar-besar. Kawan AB order murtabak Singapore daging 1 layer. Not bad la rasa dia. And daging murtabak tu fresh tau. Dia dok adun rempah kat kedai on the spot.



Tadaaa..bau semerbak wangi. Rupa murtabak yang dah siap tu macam yang kat atas. Rupa nasi lemak takde pulak. Tak sempat snap dah telan. Huhuhu.

Kedai ni berdekatan dengan Maybank dan Sekolah agama ke ape ntah. Tak sure pulak. Ada bangunan kaler hijau. Kedai ni korner lot and kecik je.



 Puas hati la. Harga agak mahal sikit, macam AB makan nasi lemak (including sambal tumis,telur mata,kacang,ikan bilis) add on sambal sotong and air limau ais kena cas around RM9.50.

Kalau nak cuba boleh je, sebab makanan dia memang sedap-sedap. Cuma harga je la mahal sikit. Kalau nak selalu makan kat sini semput jugak la poket. Hehehe

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu