TopTen : 10 Bangunan Paling Pelik Di Dunia


Kali ni AB nak share TopTen bangunan paling pelik didunia. AB rujuk dari sini >> Your Amazing Places 


No 1. Stone House, Portugal
Rumah yang diinspirasikan daripada siri TV popular, Flintstone ini dibina diantara dua batu besar. Oleh keranya ianya amat popular, rumah ini telah diserang beberapa kali dan pemiliknya mengambil keputusan untuk memasang pintu besi dan tingkap kalis peluru. Hebat baq hang. Rumah batu pon orang serang.


No 2. Dancing Building, Czech Republic
The Dancing House atau "Fred dan Ginger" terletak di Prague, Republik Czech. Ini adalah satu karya yang mempunyai seni bina yang menakjubkan dan daya tarikan romantis tersendiri. Kalau korang perasan, bangunan kiri tu umpama 'Ginger' memeluk 'Fred' (bangunan kanan) dalam situasi sedang menari. Ha kau, siap gaun kembang lagi gituuu! Ia telah direka oleh Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry.


No 3. The Niteroi Contemporary Art Museum, Brazil
Merupakan mercu tanda bandar Brazil, bangunan ini menyerupai sesuatu yang dibina diplanet lain. Ia dibina pada tahun 1996,direka oleh Oscar Niemey dan dicipta dengan bantuan Bruno Contarini. Bangunan ini adalah 16 meter tinggi dan diameter kubah adalah 50 meter. Cuba korang tengok, agak-agaknye macam apa ek?


No 4. La Pedrera, Spain.
La Pedrera atau juga dikenali sebagai Casa Mila di Barcelona, Sepanyol. Ia direka oleh Antoni Gaudi dan dibina untuk pasangan suami isteri. Ianya merupakan sebuah bangunan yang luar biasa dan bergaya tetapi dianggap sangat tidak konvensional. Sebab apa? Sebab tidak ada walau satu baris lurus pun sepanjang binaan ni! Pelawat boleh pergi ke tingkat atas, loteng dan bumbung untuk melihat lebih dekat karya ini! Nak masuk dan naik atas banggunan ni pon kena beli tiket tau. Tapi view kat atas ni memang lawa.


No 5.The Crooked House, Poland.
Rumah bengkok di Sopot, Poland mempunyai struktur yang luar biasa dan menakjubkan. Ia dibina pada tahun 2003 dengan reka bentuk berdasarkan gambar-gambar Jan Marcin Szancer dan Per Dahlberg. Ia kelihatan seolah-olah diambil dari filem kartun. Walaupun ianya bengkok, tetapi keadaannya sangat simitrikal.


No 6. Habitat 67, Montreal, Canada
Habitat 67 di Kanada adalah sebuah kompleks yang menyerupai susunan kiub mainan yang sangat menarik. Arkitek Moshe Safdie menciptanya sebagai tarikan utama Ekspo 67.


No 7. Forest Spiral – Hundertwasser Building, Germany
Forest Spiral ini telah disiapkan pada tahun 2000 dan ia adalah sebuah bangunan benar-benar menakjubkan dengan bumbung hijau dan menyerupai lingkaran. Warna-warna, pergerakan lingkaran reka bentuk keseluruhan bangunan adalah sangat bergaya dan membuatkan seluruh bangunan kelihatan cantik dan selesa untuk diduduki. Perekanya Friedensreich Hundertwasser, merupakan seorang artis dan ini menjelaskan sebab bangunan ini kelihatan seperti sebuah karya seni. Reka bentuk yang diimaginasikan beliau telah sempurna dilaksanakan menjadi banggunan oleh arkitek Heinz Springmann.


No 8. Cubic House, Rotterdam, Netherland
Cubic House di Rotterdam dan Helmond, Belanda telah direka oleh Piet Blom. Ianya berbentuk kiub, terletak di sudut yang berbeza ke atas heksagon terbentuk pilon. Reka bentuk ini menghasilkan bentuk pokok dan dalam jumlah yang banyak, ianya menyerupai sebuah hutan. Terdapat 38 kiub kecil, dan ianya melekat antara satu sama lain.


No 9. Cathedral of Brasilia, Brazil
Katedral Brasilia adalah sebuah bangunan yang direka untuk menjadi kediaman Archdiocese of Brasilia. Perekanya Oscar Niemeyer membuat struktur ini cantik dengan menggunakan 16 tiang konkrit, setiap satu darinya adalah seberat 90 tan.


No 10. c
National Centre for the Performing Arts, China (NCPA) bukanlah bangunan terbaru di China. Pembinaanya mengambil masa hampir 6 tahun. Pembinaannya telah dimulakan pada tahun 2001 dengan projek Paul Andreu dan ia telah selesai pada tahun 2007. Bangunan yang menyerupai sebiji telur besar  apabila direfleks oleh air ditengah tasik buatan ini diperbuat daripada titanium dan kaca. Ianya juga digelar The Giant Egg. Mengandungi 3 buah dewan besar, Dewan Muzik, Dewan Teater dan Dewan Opera.








Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment