Menjelang Cuti Akhir Tahun

Assalamualaikum..



Kurang dari 20 hari, insyallah bakal berakhir sesi persekolahan untuk tahun 2016 ni. Dan sekarang ni, kebanyakan sekolah-sekolah baru sahaja selesai peperiksaan akhir tahun. Bila dah habis periksa ni, yang tak cukup tangan ialah cikgu-cikgunye la. Nak menanda kertas periksa dan kejar deadline untuk masukkan markah dalam sistem. 

Selamat menandalah ye untuk para guru sekalian. AB baru je selesai tanda paper PT3 dan paper peperiksaan akhir tahun untuk Tingkatan 4. Masih ada yg belum tanda tuu. Minggu depan nak tanda untuk 2 kelas Tingkatan 1. 

Kadang-kadang terhibur jugak menanda kertas periksa ni. Tapi lebih selalunya stress la. Hahahaha..Benda yang kita baruuu je ajar pon dia tak boleh jawab. Adeh..tepuk dahi teacher. Tapi, when it comes to that situation,  kadang-kadang tertanya jugak

'betul ke cara aku mengajar?'
'budak ni tak faham ke masa aku mengajar? Tapi bila ditanya semua jawab faham je'
'salah ke teknik yang aku guna?'
'apa lagi yang aku kena buat untuk bagi budak2 faham'

Yela, cikgu mana nak tengok anak muridnya gagal. TAKDE. Sungguhpon orang kata kerja cikgu senang, masuk pagi balik tengahari, cuti banyak, budak cuti cikgu ikut cuti. Tak dinafikan itu jugaklah yang AB fikirkan dulu, tapi bila dah masuk dalam profesion ni (walaupon baru 3bulan lebih) barulah rasa lelahnya jadi cikgu. Apa yang kita lalui masa praktikal dulu cuma 1% je dari apa yang sebenarnya ada dalam dunia perguruan ni. 

Dah nak dekat cuti ni, banyak la pulak yang kena diuruskan. Nasib baik jugak AB takde pegang apa-apa jawatan lagi dalam sekolah. Baru guru mengajar. Hehehehe. Tapi pening nak menanda laaaa. Isnin ni pon SPM dah start. Good Luck kepada semua calon-calon SPM. Buat yang terbaik. Ni merupakan peperiksaan terakhir yang bakal awak ambil dialam persekolahan.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

2 comments:

  1. kadang-kadang lawak bila baca komen budak-budak yang tak boleh jawab exam ni haha

    ReplyDelete