Hah tajuk kontroversi kauu. Malam tadi memang bikin AB bengang yang teramat la sangat dengn bahagian keselamatan UPM. Kenapa? Sebab sampai dua pintu utama keluar dan masuk UPM ni ditutup.
Lepas Maghrib tadi AB nak keluar pi pasar malam kat Seri Serdang. Macam biasa, laluan keluar dari UPM yang paling dekat dengan kolej AB ialah melalui pagar pintu 14 kat sebelah kubur Cina yang direct jugak untuk kenderaan dari Highway PLUS masuk ke UPM. So, tadi AB dah lalu sampai hujung jalan baru tau gate tutup, so kena patah balik ( jauh jugak tau jarak dari kolej serumpun ke pintu 14 ). Bila dah patah balik, AB tengok jammed gila kat roundabout depan kolej serumpun menghala ke pintu keluar kat court tennis. So, AB amik jalan lain iaitu keluar ikut gate kat stadium UPM yang jugak memang direct terus naik Highway Sungai Besi, SILK and BESRAYA. Tak sempat nak tukar gear 3, jalan kat situ pon jammed jugak. Tapi AB terus je and kat tengah jalan sebelum naik bukit dah ada pakguard jaga bagitau gate situ tutup. Terima kasih pak guard sebab jaga sebelum naik bukit, kalau tak laaaaagi jammed.
Makanya, AB pun patah balik and harung la jammed kat roundabout tadi tu sampai ke pintu keluar kat court tennis. Ingatkan keluar kawasan kolej kediaman dah tak jammed, rupanya jammed berterusan sampai depan Masjid UPM. Siapa yang tau kawasan UPM ni mesti paham berapa panjang jammed tu. Nak balik pon macam tu jugak. Kali ni jammed kat luar je. Jmmed dari roundabout depan masjid UPM sampai ke pintu masuk kat padang kawat.
Nak masuk tu pon semua kenderaan kena tahan and check. Even yang jalan kaki and yang naik motor pon kena check jugak. Pak guard tu check IC, kad matrik, lesen, roadtax motor. Ha kauu. hebat tak pak guard UPM. 4 tahun sekali je AB kena macam ni.
Wacana Ilmu ni dianjurkan oleh Pro Mahasiswa UPM. Dan berlangsung kat dewan kolej AB. Mungkinkah ini salah satu sebabnya pintu-pintu UPM ditutup?
Dan, bila dah balik bilik dan bukak FB jugak baru AB tau yang Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM dah pun keluarkan notis yang pintu-pintu tu akan ditutup. Bila notis tu keluar? Bukan semalam, bukan minggu lepas, bukan jugak pagi tadi. TAPI
5 JAM LEPAS !
Sekarang AB taip entry ni pukul 11pm. 5 jam yang lepas tu pukul 6 petang. Memang pada masa pintu tu ditutup. Memang la orang ramai tak tau. Dah on the spot pi tutup baru nak keluarkan notis. Memang jammed la kan. Dengan Pesta Konvo yang dah start hari ni, mesti la ramai orang luar datang.
Takkan sebab Anwar turun Putrajaya kot sampai UPM tutup pintu.
Mungkin jugak tak nak peristiwa ni berulang ?
Wallahualam. dan-dan time ni la jugak semua keluar pekeliling pasal politik dalam kampus. AB malas nak ulas bab ni. Yang AB bengang sebab gate tutup je. Sampai jammed satu UPM, yang pelik, gate masuk fakulti kat Fakulti Ekologi bukak pulak. Pehal tetibe memalam pi bukak gate tu. Haihhh.
Panjang giler entry kali ni. Hahahhaha. Sekian sahaja. Nah troll dari UPM's Gag.
Fhm sgt klu pintu byk tutup kt upm tu mmg jammed ..
ReplyDelete*rindu upm :))