Alhamdulillah, nama AB tersenarai lagi dalam peserta cabaran terakhir iPhone 5s anjuran Denai Hati. Kali ni semua top 70 peserta perlu membuat entry bertajuk 'Blogger Buat Duit Online'. Pengalaman AB dalam dunia blogger ni walaupun sejak dari sekolah menengah, tapi tak terlalu aktif masa tu. Nak buat duit melalui blog pon tak reti lagi. Tak tahupon kewujudan Nuffnang, Innity tu semua. So, melalui entry kali ni AB akan ceritakan sikit pengalaman AB berniaga secara online.
Zaman IT macam sekarang ni, semuanya dah dihujung jari. Nak baca berita, nak dengar lagu, nak tengok movie, nak beli baju, semua klik kat hujung jari je. Tak payah nak pergi kedai, beli surat khabar, pergi pawagam tengok movie, pergi butik beli baju. Sejajar dengan perkembangan IT ni jugaklah ramai blogger mula bergiat dalam perniagaan online.
Bersesuaian dengan tajuk untuk cabaran terakhir Iphone 5s ni, iaitu 'Blogger Buat Duit Online'. Jangan silap faham ye, buat duit tak semestinya berniaga sahaja. Lagi-lagi dalam dunia blogging ni yang mana cabang buat duit sangat banyak. Guna medium pengiklanan pon boleh jana pendapatan. Sebagai contoh melalui Nuffnang, ChurpChurp, Innity, Heartbeat dan sebagainya. Banyak lagi yang AB tak tau pasal medium pengiklanan ni.
Tapi melalui entry kali ni AB akan ceritakan pengalaman AB sendiri buat duit secara online. Tapi cerita pasal berniaga la ye. Macam yang semua dah tahu, AB sendiri ada online bisnes yang menjual aksesori dan pakaian wanita. Kalau nak cari wideshawls, blouse, hijab pin, Marsjar dan skirt boleh lah ke GOBOKITA. Bisnes ni adalah usahasama antara AB dengan MrA. Partnership la kiranya.
Pada awal bisnes which is bulan Oktober 2013, kami mula berniaga dengan modal RM600. Masa tu ambil stok secara atas talian jugak dengan peniaga online yang lain. Alhamdulillah, first batch masa tu boleh rolling modal dan kami ambil stok yang seterusnya. Tapi masa tu kami start ambil dengan agent lain. Modal yang digunakan pon dalam sekitar RM300 sahaja.
Sasaran pelanggan masa tu adalah melalui BLOG, FACEBOOK, INSTAGRAM dan kawan-kawan. Maklumlah masa tu memang wideshawl tengah popular. Dalam kelas pon ramai yang pakai wideshawl. Tapi akaun blog Gobokita masa tu kurang mendapat sambutan, so AB banyak promote melalui blog lama AB sahaja. Unfortunately, akaun blog tu AB dah delete. Makanya, sekarang ni AB promote melalui blog Aksara Biruu jugaklah.
Dalam berniaga online ni banyak pasang surutnya. Pesaing pon banyak. Nak tarik minat pembeli pon bukannya senang, tak semua orang suka apa yang kita suka. Oleh sebab tu kami cuba untuk dapatkan pasaran yang lebih luas, kami jugak adakan pertandingan, giveaway. Giveaway pertama oleh Gobokita adalah di Instagram. 3 pemenang telah dipilih berdasarkan cabutan bertuah menggunakan random.org. Giveway kali kedua adalah melalui blog Aksara Biru sendiri yang telahpon tamat pada 1 November lalu. Sekali lagi, 3 pemenang dipilih melalui random.org.
Berdasarkan pengalaman AB, berniaga melalui blog lebih berjaya. Sebabnya, kata kunci yang digunakan oleh blogger tu sendiri dalam setiap entry untuk pasarkan produk dia. Contohnya macam AB sendiri, masa dulu-dulu AB nak beli wideshawl ni AB akan Google keyword 'wideshawl murah', 'wideshawl Malaysia', 'wideshawl KL'. Dan secara langsung Google akan terus listkan blog-blog yang ada keyword ni dalam entry diorang. Jarang sekali jumpa Facebook atau Instagram dalam top10 senarai yang dicadangkan oleh Google.
Alhamdulillah, sehingga kini setelah setahun Gobokita berada dipasaran online dengan bantuan promosi di Blog, Facebook, Instagram dan yang terbaru Carousell pulangan yang AB dapat agak memuaskan.
Selain dari berniaga secara online, ada juga blogger lain yang menumpukan sepenuhnya dengan pengiklanan diblog untuk menjana pendapatan. Ada juga blogger lain yang menceburkan diri dengan perniagaan ebook online, dan sudah pastilah yang paling popular ialah affiliate. Tuan Denai Hati sendiri turut menceburkan diri dalam affiliate ini.
Tapi, kalau dibicarakan soal blogger buat duit online, AB akan jadikan Vivy Yusof sebagai idola. Memang latar belakang kami jauh berbeza. Ayah beliau adalah seorang Dato', ayah AB cuma datuk 15 cucu je. Tapi bila tengok macam mana beliau berkembang dari seorang blogger biasa yang akhirnya mempunyai FashionValet sebagai platform berniaga beliau, AB sangat kagum. Dibawah FashionValet itu sendiri banyak jenama-jenama lain yang dipromosikan olehnya sebagai contoh MimpiKita, CalaQisya, Madeena dan tak lupa Nora Danish for FashionValet. Kolobrasi pertama FV dengan artis Malaysia menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lepas.
Sekian sahaja entry kali ini. Harap-harapnya menepati segala syarat untuk cabaran terakhir ini. Terima kasih buat tuan Denai Hati dan barisan penaja. All the best buat semua peserta.
Berikut adalah senarai penaja untuk cabaran iPhone 5S kali ini.
Penaja Utama
Penaja Individu
- http://www.ombakcreatives.com
- http://ejamothman.com
- http://www.eridy.com
- http://www.hilalazmi.com
- http://www.eizil.com
- http://www.asamboi.my
- http://www.diarymama.com
- http://pendekarberkuda.org
- http://www.saji.my
- http://abangensem.com
- http://www.enveeus.com
- http://www.pakarniaga.com
- http://anarm.net
- http://www.daddydee.net
- http://www.sunshinekelly.com
- http://sweetkurma.com
- http://awn.my
- http://mawarmerah2008.com
- http://www.blogieta.com
- http://www.broframestone.com
- http://www.akmaomar.com
- http://khairilmazri.com
- http://wowberita.org/
- Japan Budget Trip
good luck semoga berjaya menambat hati penganjur
ReplyDeletebillion terima kasih sudi meneruskan cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.
ReplyDeleteGudluck AB.
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Good luck yer AB :)
ReplyDeleteGood luck :)
ReplyDeleteRamainye penaja.