Sekarang ni AB tengah menduduki peperiksaan akhir. Alhamdulillah dah settle jawab 2 paper untuk Isnin dan Selasa. Next paper Isnin depan. So, oleh kerana gap tu panjang sangat, AB pon ambil keputusan untuk balik Muar.
Dan kali ni ada kelainan sikit. Cewahhh. Sem ni merupakan semester terakhir AB kat UPM ni. So, kenalah hantar motor balik Muar kannn. Lagi pulak next two weeks memang AB terus balik Muar dengan MrA. Oleh kerana bajet tak cukup untuk AB pos motor balik Muar, so AB bertekad la jugak untuk bawak balik motor tu sendiri. Tunggang dari UPM ke Muar. Habis paper pagi Selasa pukul 10.30am. Lepas kemas-kemas AB gerak around 12.30am dari UPM.
Lepas banyak kali berhenti (sakit pinggang woooo) akhirnya selamat sampai kat rumah pukul 3.30pm. 3 jam tu atas motor. Sampai rumah je kena membebel dengan mak and abah sebab berani-berani bawak motor sendiri dari UPM. Hahahhaha..Tak pe la..pengalaman tuuu.
Untuk pengetahuan korang semua, AB pernah tulis dalam wishlist kat blog lama AB (sekarang dah tutup) yang AB nak balik Muar bawak motor. Tercapai jugak akhirnya. Wishlist yang bawah sekali tu je tak tercapai lagi.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan takda apa-apa kejadian yang tak elok terjadi. Motor ok, orangnya pon ok. Hehehehehe. Kena beranikan diri je la. Kegembiraan tak terkata tu bila selamat keluar tol Tangkak. Hahahaha. Ok la..semua dah selamat..nak tidooo
No comments:
Post a Comment