#BloggerTalk : Apa tu ?

Mesti semua visitors AB dah perasan kelainan blog ni kan. AB sempat touch up sikit blog ni. Hehehhe..Ala, setakat tukar background pon nak kecoh kan. Watlek watpis.



Nampak tak banner black and white kat atas ni ? Banner apa tu ? Nak tau, boleh klik banner tu. Tapi Ab nak jugak terangkan secara ringkasnya.

#BloggerTalk ni merupakan satu idea yang diketengahkan oleh blogger Amal Espraza dalam group Sahabat Blogger di Facebook. sesiapa je boleh join #Blogger Talk ni. Tapi kena lah menepati syarat-syarat penyertaan (seperti yang tertera didalam blog Amal Espraza) :
  1. Mempunyai blog
  2. Update mengikut tajuk/tema yang diberikan
  3. Update sebelum tamat tempoh yang di berikan
  4. Tajuk tidak boleh mengenai bab politik, agama, perkauman dan hiburan
  5. Tempoh submission setakat ini adalah diberi selama 3 hari.
  6. Tajuk entri mestilah disertakan dengan hashtag #BloggerTalk
  7. Semua peserta diwajibkan mengunjungi blog peserta lain dan meninggalkan komen di entri yang dibincangkan
  8. Entri yang dibuat mestilah mengandungi unsur unsur perbincangan. Entri yang tidak serius tidak wajib di kunjungi dan tidak perlu untuk komen di entri tersebut.
  9. Semoga segmen ini akan terus berjalan setiap minggu. (target seminggu sehari jer dulu).

Macam biasalah, selain dari merapatkan silaturrahim antara bloggers, #BloggerTalk ni jugak membantu kita mencari idea untuk tulis entry. Biasalah, selalu  tak tau nak tulis apa kan. Time ada benda yang nak ditulis, masa pulak tak de. 

Okayhlah, maka dengan ini, marilah kita bersama-sama join #BloggerTalk ye.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment