Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Mural Potret Terbesar diMalaysia berada di Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim.

"THE LOVING SISTERS" (ADIKKU SAYANG)

Mural berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter yang tertera di dinding ini telah dilukis oleh Julia Volchkova, 28, seorang pelukis mural dari Rusia. Terletak di Jalan Arab, Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor, lukisan mural ini telah disiapkan dalam tempoh 10 hari pada 17 Julai 2016.

"The Loving Sisters" atau "Adikku Sayang" dalam versi Melayu, diilhamkan dari wajah-wajah Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Julia yang terserempak dengan dua beradik ini di Tanjung Emas di sini telah sempat merakamkan potret gadis-gadis cilik tersebut dan diabadikan dalam mural ini dengan ekspresi raut wajah yang menarik terutamanya pada sepasang mata yang memukau.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini, yang dizahirkan dengan cara dan gaya yang unik dan tersendiri : "Orang Muo, Gaya Muo".

Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam "Malaysia Book Of Records" sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.

Projek ini telah diterajui Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman, merupakan satu-satunya projek seumpama ini di Negeri Johor Darul Ta'zim. Beliau telah menggalakkan kolaborasi bestari dalam kalangan warga Muar untuk berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha menyemarakkan budaya tempatan dan memperkasakan perpaduan kaum melalui seni.

Volchkova (tengah) sewaktu penganugerahan Malaysian Book of Records dihadapan mural potret lukisannya.

Wajah sebenar adik beradik The Loving Sisters
 Nur Najwa Aliesya (7 tahun) dan adiknya Nur Najiyah Amani (3 tahun)

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Kembara Mahkota Johor 2016




Assalamualaikum!

Sebagai warga Johor, tiap-tiap tahun memang kami menantikan Kembara Mahkota Johor (KMJ) ni. KMJ yang dahulunya diasaskan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail (kini bergelar Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor). KMJ merupakan satu kembara bermotosikal yang diketuai oleh Sultan Ibrahim dengan bertujuan untuk melawat daerah-daerah jajahan Johor. Pada zaman dahulu, kembara seperti ini juga telah dilakukan oleh pemerintah beraja negeri, tetapi dengan menaiki gajah.


Namun, nampaknya pada tahun ini ada sedikit keistimewaan kerana MACK Truck Sultan Ibrahim yang terbaru akan turut serta dalam KMJ kali ini. Bukan satu, tapi tiga ! Wahhh, tak sabarnyaaa. Boleh la tengok dekat-dekat rupa truck MACK tu memandangkan antara persinggahan KMJ kali ini adalah di Pekan Parit Bakar. Dekat dah tu dengan rumah AB.

Dulu masa zaman sekolah, kalau KMJ lalu depan sekolah kami, mesti kami kena beratur tepi jalan. Memandangkan sekolah kami ditepi jalan utama yang menghubungkan Pagoh-Muar. Dapat la lambai-lambai kat group konvoi KMJ dan Tengku Mahkota pada waktu itu. Goosebump rasanya kalau nampak Tengku Mahkota. Hihihihi

Ok, AB nak share jadual perjalanan KMJ pada tahun 2016 ini. Pada tahun ini KMJ akan bermula pada 14 Mei 2016 (Sabtu) hingga 17 Mei (Selasa).

Jadual KMJ


Peta Laluan KMJ


Jangan lupa click banner Mr Nuffie ka atas tu ye.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu