10DC Day 1 : 1 Picture

Ten days challenge bermula hari ni ! Untuk hari ni tema dia '1 gambar'. So, i decided to post this picture.


Yang kat atas tu memang watermark AB masa guna blog lama. Siapa ada follow AB yerk kat blog tu? Hehehehhe..Tak lama lagi nak delete dah blog tu. Tinggal kenangannnn.

Gambar kat atas tu semua gambar handphones and jam-jam AB yang lama. Kemas-kemas almari terjumpa balik. Gila kau sampai tanggal keypad and cover pon AB guna lagi tau Nokia 3310 tu. Hp Butterfly tu berapa kali tukar cover pon masih lagi setia berkhidmat sampai kehujung nyawa beliau. Lepas tu mak belikan hp LG lipat tu. Masa tu zaman Motorola lipat tengah power. Tapi nak beli Motorola tak mampu, mahal benor. Dan last sekali, Nokia Express Music. Dibeli dengan gaji pertama masa AB kerja kat tadika ABIM masa lepas STPM.

Yang jam-jam tu semua AB takde beli. Tu semua AB dapat free masa buat cermin mata. Uncle kedai tu bagi free je. Kadang-kadang dapat 2 jam. Hehehehhe. Maklum la, pelanggan tetap. Satu family pulak tu buat cermin mata kat situ.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

1 comment: