Showing posts with label Challenge. Show all posts
Showing posts with label Challenge. Show all posts

Trending Topik untuk 2014




Pejam celik-pejam celik hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2014. Alhamdulillah, masih dkurniakan nafas dan hayat ketika ini. Esok lusa, wallahualam. Seperti yang kita tau, sepanjang 2014 macam-macam perkara berlaku samada diperingkat dunia mahupun negara.

So, jom kita tengok sikit topik yang trending di Google sepanjang tahun 2014 diperingkat dunia.

1. Robbin Williams
Pelakon Amerika Syarikat. Terkenal dengan membawa watak-watak komedi dan menjadi inspirasi. Pernah membawakan watak Peter Pan dewasa, menjadi suara latar bagi genie dalam cerita Aladdin Disney, dan siapa boleh lupa lakonan beliau dalam cerita Dead Poet Sociey (bakal guru wajib tengok cerita ni). Dikenali sebagai stand up comedian, pelakon dan sentiasa mewarnai dunia Hollywood dengan sifat cerianya, beliau ditemui mati menggantung diri ketika berumur 63 tahun pada 11 Ogos 2014.

2. World Cup
Bolaa..bolaaa..dan bolaaaaa

3. Ebola
Virus Ebola yang berasal dari Afrika. Menular melalui direct contact dengan cecair badan seperti darah. Boleh berjangkit kepada haiwan. Menyebabkan kematian yang ramai di Afrika.

4. Malaysia Airlines
Jadi trending sebab ramai dok Google kes MH370 dan MH17.

5. ALS Ice Bucket Challenge
Tujuan asal diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menderma disamping merasai pengalaman pesakit amyotrophic lateral sclerosis . Something berkaitan dengan otak. Tetiba jadi viral sebab lepas buat Ice Bucket hallenge tu kena pulak namakan calon lain untuk buat benda yang sama. Tapi sebenarnya kalau yang real punya, bila dah buat challenge tu kena jugak menderma untuk tabung kesedaran, tapi tetibe jadi viral, orang buat challenge je tanpa menderma. Tujuan asal dah lari jauh niii. So macam sesaje je perabih ais batu tu.

Okay, sekarang kita tengok trending topik untuk dalam negara. Sumber dari Google jugak ye.


1. MH370
Kapal terbang milik syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dijadualkan terbang dari Malaysia ke Beijing China. Tapi dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu 8 Mac 2014 di perairan Laut China Selatan. Seramai 239 mangsa termasuk penumpang dan krew masih tidak diketahui nasib mereka hingga kini. Penumpang pesawat dari pelbagai negara termasuk China, Australia, Canada, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Belanda, New Zealand, Russia, Taiwan, Ukraine, US dan Malaysia. Kehilangan MH370 masih lagi misteri yang tak terungkai.

2. World Cup 2014
Pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa. Diadakan 4 tahun sekali. Untuk tahun 2014, diadakan di Brazil. WC2014 dijuarai oleh Jerman, tempat kedua Argentina dan tempat ketiga Netherlands. Tuan rumah dapat empat keempat sajoo. 
Golden Glove : Manuel Nueur - Jerman
Golden Boot : James Rodriguez - Colombia
Golden Ball : Lionel Messi - Argentina

3. MH17
Satu lagi pesawat dibawah MAS. Dijadualkan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur pasa 17 Juli 2014. Namun telah dilaporkan ditembak jatuh. Insiden membabitkan kesemua 238 penumpang dan 15 krew maut. Insiden yang sekali lagi mengaitkan MAS dengan 'tangan ghaib'. Punca dan siapa yang menembak jatuh pesawat ini tidak diketahui sehingga kini. Hanya spekulasi-spekulasi je yag tersebar. 

4. Astro Awani
Awani adalah merupakan salah satu cabang stesen televisen swasta, Astro. Awani merupakan siaran berita. So, rasanya Awani jadi trending berikutan isu MH370 dan MH17.

5. Perodua Axia
Satu lagu model kereta terbaru keluaran Perodua. Axia dikatakan mampu mencabar adik-beradik yag lain seperti Myvi dan Viva.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Blogger Buat Duit Online


Alhamdulillah, nama AB tersenarai lagi dalam peserta cabaran terakhir iPhone 5s anjuran Denai Hati. Kali ni semua top 70 peserta perlu membuat entry bertajuk 'Blogger Buat Duit Online'. Pengalaman AB dalam dunia blogger ni walaupun sejak dari sekolah menengah, tapi tak terlalu aktif masa tu. Nak buat duit melalui blog pon tak reti lagi. Tak tahupon kewujudan Nuffnang, Innity tu semua. So, melalui entry kali ni AB akan ceritakan sikit pengalaman AB berniaga secara online.

Zaman IT macam sekarang ni, semuanya dah dihujung jari. Nak baca berita, nak dengar lagu, nak tengok movie, nak beli baju, semua klik kat hujung jari je. Tak payah nak pergi kedai, beli surat khabar, pergi pawagam tengok movie, pergi butik beli baju. Sejajar dengan perkembangan IT ni jugaklah ramai blogger mula bergiat dalam perniagaan online. 

Bersesuaian dengan tajuk untuk cabaran  terakhir Iphone 5s ni, iaitu 'Blogger Buat Duit Online'. Jangan silap faham ye, buat duit tak semestinya berniaga sahaja. Lagi-lagi dalam dunia blogging ni yang mana cabang buat duit sangat banyak. Guna medium pengiklanan pon boleh jana pendapatan. Sebagai contoh melalui Nuffnang, ChurpChurp, Innity, Heartbeat dan sebagainya. Banyak lagi yang AB tak tau pasal medium pengiklanan ni.

Tapi melalui entry kali ni AB akan ceritakan pengalaman AB sendiri buat duit secara online. Tapi cerita pasal berniaga la ye. Macam yang semua dah tahu, AB sendiri ada online bisnes yang menjual aksesori dan pakaian wanita. Kalau nak cari wideshawls, blouse, hijab pin, Marsjar dan skirt boleh lah ke GOBOKITA. Bisnes ni adalah usahasama antara AB dengan MrA. Partnership la kiranya.

Pada awal bisnes which is bulan Oktober 2013, kami mula berniaga dengan modal RM600. Masa tu ambil stok secara atas talian jugak dengan peniaga online yang lain. Alhamdulillah, first batch masa tu boleh rolling modal dan kami ambil stok yang seterusnya. Tapi masa tu kami start ambil dengan agent lain. Modal yang digunakan pon dalam sekitar RM300 sahaja. 

Sasaran pelanggan masa tu adalah melalui BLOG, FACEBOOK, INSTAGRAM dan kawan-kawan. Maklumlah masa tu memang wideshawl tengah popular. Dalam kelas pon ramai yang pakai wideshawl. Tapi akaun blog Gobokita masa tu kurang mendapat sambutan, so AB banyak promote melalui blog lama AB sahaja. Unfortunately, akaun blog tu AB dah delete. Makanya, sekarang ni AB promote melalui blog Aksara Biruu jugaklah.



  

Dalam berniaga online ni banyak pasang surutnya. Pesaing pon banyak. Nak tarik minat pembeli pon bukannya senang, tak semua orang suka apa yang kita suka. Oleh sebab tu kami cuba untuk dapatkan pasaran yang lebih luas, kami jugak adakan pertandingan, giveaway. Giveaway pertama oleh Gobokita adalah di Instagram. 3 pemenang telah dipilih berdasarkan cabutan bertuah menggunakan random.org. Giveway kali kedua adalah melalui blog Aksara Biru sendiri yang telahpon tamat pada 1 November lalu. Sekali lagi, 3 pemenang dipilih melalui random.org.

Berdasarkan pengalaman AB, berniaga melalui blog lebih berjaya. Sebabnya, kata kunci yang digunakan oleh blogger tu sendiri dalam setiap entry untuk pasarkan produk dia. Contohnya macam AB sendiri, masa dulu-dulu AB nak beli wideshawl ni AB akan Google keyword 'wideshawl murah', 'wideshawl Malaysia', 'wideshawl KL'. Dan secara langsung Google akan terus listkan blog-blog yang ada keyword ni dalam entry diorang. Jarang sekali jumpa Facebook atau Instagram dalam top10 senarai yang dicadangkan oleh Google.

Alhamdulillah, sehingga kini setelah setahun Gobokita berada dipasaran online dengan bantuan promosi di Blog, Facebook, Instagram dan yang terbaru Carousell pulangan yang AB dapat agak memuaskan.

Selain dari berniaga secara online, ada juga blogger lain yang menumpukan sepenuhnya dengan pengiklanan diblog untuk menjana pendapatan. Ada juga blogger lain yang menceburkan diri dengan perniagaan ebook online, dan sudah pastilah yang paling popular ialah affiliate. Tuan Denai Hati sendiri turut menceburkan diri dalam affiliate ini. 



Tapi, kalau dibicarakan soal blogger buat duit online, AB akan jadikan Vivy Yusof sebagai idola. Memang latar belakang kami jauh berbeza. Ayah beliau adalah seorang Dato', ayah AB cuma datuk 15 cucu je. Tapi bila tengok macam mana beliau berkembang dari seorang blogger biasa yang akhirnya mempunyai FashionValet sebagai platform berniaga beliau, AB sangat kagum. Dibawah FashionValet itu sendiri banyak jenama-jenama lain yang dipromosikan olehnya sebagai contoh MimpiKita, CalaQisya, Madeena dan tak lupa Nora Danish for FashionValet. Kolobrasi pertama  FV dengan artis Malaysia menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sekian sahaja entry kali ini. Harap-harapnya menepati segala syarat untuk cabaran terakhir ini. Terima kasih buat tuan Denai Hati dan barisan penaja. All the best buat semua peserta.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

10DPC Day 9 : A Photo of Something You Made

Rasanya semua dah tau AB buat bunga stokin tu kan. Dengan DIY hias botol kaca kosong. Kalau nak baca boleh klik link bawah ni ye.


So, hari ni AB nak tunjuk benda lain pulak yang AB buat. 



Okay ni terlebih bagi 2 gambar pulak. Huhuhu. Ni semua keychain yang AB buat masa cuti semester 2 tahun lepas. Masa ni dok kat rumah tak buat apa-apa, so buat la keychain. Lepas tu adik AB nak, AB buatkan la. Lepas tu kawan-kawan dia nak, AB buatkan jugak. Kira jual la. Dapat jugak la duit poket sikit. Hehehehe. Buat yang simple-simple je masa ni. nak buat yang power-poer tak reti lagi. Tapi jenuh la nak menjahit tu. 

Sekarang ni tak dan dah nak buat. Lapas keychain felt ni, AB ade kejap terjebak dengan perler beads. Ada haritu AB janji nak cerita pasal perler beads ni. Tapi tak menyemat lagi. Insyallah nanti ada masa AB story.






Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

10DPC Day 8 : Your Most Recent Photo of You

Gambar terbaru ? Secara jujurnye yang terbaru semua gambar tak semenggah. Hahahha. So ni AB pilih gambar yang ok sikit la dan kira yang terbaru jugak. 


Gambar ni diambil last week masa AB pergi Blue Lagoon kat Port Dickson. Rare tak pi tepi pantai pakai sweater. Hahahhaha. Masa ni baru lepas hujan, so memang agak sejuk la. Ditambah lagi dengan angin laut. Fuhhhh.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Naikkan Follower dengan join Segment dan Giveaway !!!!





Dengan ini AB mengucapkan rasa terima kasih sesangat untuk korang yang sudi singgah klik tabung ayam Nuffnang AB ni. Sebelum ni kosong je yang viewers tu, sekali tengok okaylah, dah jadi sederet.

Follower AB pon meningkat naik dengan jayanyaa..YEAYYYY..Hehehehehe.. AB tau, ramai yang datang dari segment and giveaway yang AB join sejak 2 hari lepas. Thankyou too kepada Karya Mahirah and Siti Aisya sebab organise segment dan jugak giveaway niiiiii ^_^. AB pon dah blogwalked and follow blog korang yang join segment and giveaway tersebut. Kepada readers yag nak tau segment and giveaway ape tu boleh klik banner kat bawah yeeee..






Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah



Jom ramai-ramai join Segment BlogWalking Ogos by Karya Mahirah. Selain dapat kenal blogger-blogger lain dan tambah bilangan follower kita, segment ini jugak ada sediakan hadiah ! Opsss...ya HADIAH !

So, jom join. Boleh click kat banner kat atas tu. Nanti dia akan direct ke blog Karya Mahirah. So boleh la dapatkan details segment ni macam mana. Don't worry, simple je details dia.

Okeyh, AB nak blogwalking kat blog peserta-peserta lain pulak. Sape nak ikut sila join segment ni ya ^_^


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu