Showing posts with label Germany. Show all posts
Showing posts with label Germany. Show all posts

Trending Topik untuk 2014




Pejam celik-pejam celik hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2014. Alhamdulillah, masih dkurniakan nafas dan hayat ketika ini. Esok lusa, wallahualam. Seperti yang kita tau, sepanjang 2014 macam-macam perkara berlaku samada diperingkat dunia mahupun negara.

So, jom kita tengok sikit topik yang trending di Google sepanjang tahun 2014 diperingkat dunia.

1. Robbin Williams
Pelakon Amerika Syarikat. Terkenal dengan membawa watak-watak komedi dan menjadi inspirasi. Pernah membawakan watak Peter Pan dewasa, menjadi suara latar bagi genie dalam cerita Aladdin Disney, dan siapa boleh lupa lakonan beliau dalam cerita Dead Poet Sociey (bakal guru wajib tengok cerita ni). Dikenali sebagai stand up comedian, pelakon dan sentiasa mewarnai dunia Hollywood dengan sifat cerianya, beliau ditemui mati menggantung diri ketika berumur 63 tahun pada 11 Ogos 2014.

2. World Cup
Bolaa..bolaaa..dan bolaaaaa

3. Ebola
Virus Ebola yang berasal dari Afrika. Menular melalui direct contact dengan cecair badan seperti darah. Boleh berjangkit kepada haiwan. Menyebabkan kematian yang ramai di Afrika.

4. Malaysia Airlines
Jadi trending sebab ramai dok Google kes MH370 dan MH17.

5. ALS Ice Bucket Challenge
Tujuan asal diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menderma disamping merasai pengalaman pesakit amyotrophic lateral sclerosis . Something berkaitan dengan otak. Tetiba jadi viral sebab lepas buat Ice Bucket hallenge tu kena pulak namakan calon lain untuk buat benda yang sama. Tapi sebenarnya kalau yang real punya, bila dah buat challenge tu kena jugak menderma untuk tabung kesedaran, tapi tetibe jadi viral, orang buat challenge je tanpa menderma. Tujuan asal dah lari jauh niii. So macam sesaje je perabih ais batu tu.

Okay, sekarang kita tengok trending topik untuk dalam negara. Sumber dari Google jugak ye.


1. MH370
Kapal terbang milik syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dijadualkan terbang dari Malaysia ke Beijing China. Tapi dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu 8 Mac 2014 di perairan Laut China Selatan. Seramai 239 mangsa termasuk penumpang dan krew masih tidak diketahui nasib mereka hingga kini. Penumpang pesawat dari pelbagai negara termasuk China, Australia, Canada, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Belanda, New Zealand, Russia, Taiwan, Ukraine, US dan Malaysia. Kehilangan MH370 masih lagi misteri yang tak terungkai.

2. World Cup 2014
Pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa. Diadakan 4 tahun sekali. Untuk tahun 2014, diadakan di Brazil. WC2014 dijuarai oleh Jerman, tempat kedua Argentina dan tempat ketiga Netherlands. Tuan rumah dapat empat keempat sajoo. 
Golden Glove : Manuel Nueur - Jerman
Golden Boot : James Rodriguez - Colombia
Golden Ball : Lionel Messi - Argentina

3. MH17
Satu lagi pesawat dibawah MAS. Dijadualkan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur pasa 17 Juli 2014. Namun telah dilaporkan ditembak jatuh. Insiden membabitkan kesemua 238 penumpang dan 15 krew maut. Insiden yang sekali lagi mengaitkan MAS dengan 'tangan ghaib'. Punca dan siapa yang menembak jatuh pesawat ini tidak diketahui sehingga kini. Hanya spekulasi-spekulasi je yag tersebar. 

4. Astro Awani
Awani adalah merupakan salah satu cabang stesen televisen swasta, Astro. Awani merupakan siaran berita. So, rasanya Awani jadi trending berikutan isu MH370 dan MH17.

5. Perodua Axia
Satu lagu model kereta terbaru keluaran Perodua. Axia dikatakan mampu mencabar adik-beradik yag lain seperti Myvi dan Viva.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Postcards Giveaway from Czech & Germany




Syarat2 penyertaan:
  • Follow blog Jindrisska ni, dan blog Hanis Amanina. (wajib!)
  • Follow instagram ini LINK, kalau suka. (tak wajib pon! sunat jer)
  • Buat satu entry bertajuk 'Postcards Giveaway from Czech & Germany'
  • Bubuh banner dan backlinkkan ke salah satu blog penaja, iaitu INI atau INI.
  • Tag 3 orang rakan blogger, dan inform diorang sekali, jangan lupa :D
  • Tinggalkan URL korang di ruangan komen, salah seorang dari penaja. 

Giveaway tamat pada
09 Januari 2015
(11:59 malam, waktu Malaysia)



Ini kali kedua AB join GA dari Jindrisska. Kali pertama dulu menang postcard dari Paris..tapi abang posmen tak pos lagi..huhuhu..harap-harap kali ni dapat postcard dari Czech and Germany pulakkk.

So, rakan blogger yang AB tag ialahhhhh :



Meh le join Giveaway ni beramai-ramai !!!!

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany!!





Korang peminat Harry Potter? Korang peminat Germany? Almaklumlah, sejak Germany jadi champion FIFA 2014 tetibe ramai jadi peminat Germany. Hehehehehe. Okeyh tak buang masa lagi, AB nak promote satu Giveaway dari Jindrisska.

Sebelum tu, meh nak bodek sikit. Apa yang AB suka dengan blog Jindrisska ni yang first adalah header dia. Simple, mysterious, and perfect. Eventhough dia mention kat situ 'never perfect'. Ye la kan, manusia mana ada yang sempurna. Tapi serious header blog Jindrisska ni berjaya memukau mata AB. 

Dengan header begitu, AB pon bayangkanlah owner dia adalah student IPT yang single mingle sedang meniti alam remaja. TIDAK ! Andaian itu meleset sama sekali. Student engineering kat obersea rupenye Puan Aisya ni. Yup, puan. Umur sebaya aku dah jadi puan. Saya jealoussss..Nak kahwin jugakkkk ! Mak, kahwinkan dakuuuu *amboii*

Aisya ni selain berblog, beliau jugak rajin bertravel. Much jealous ! Nak tau dia dah pi mana? Apa kata check sendiri kat TRAVELOG JINDRISSKA . Sambil baca, sambil berangan bila laaa AB nak sampai kat tempat-tempat tu. Haihhhh

Satu lagi yang korang perlu tahu, Aisya pon suka cooking jugak. Ya ampunn, AB cuma reti goreng telur je. Hahahaha. Siapa rajin memasak meh kita terjah resipi-resipi Aisya di RESIPI JINDRISSKA. Anyone can cook gittuuuu.

Cukuplah tu AB membodek si Aisya ni. Harap-harap dapat la poskad Harry Potter bersetem Jerman. Hehehehe. Korang yang nak join GA ni boleh klik kat banner tu ya.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu