Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Panduan Pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia




Alhamdulillah..selepas lebih setahun beroperasi barulah onlineshop AB berjaya didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. OK nak bagi panduan sikit untuk sesiapa yang tak tau macam mana nak daftar syarikat kat SSM ni.

Item yang perlu dibawa ke SSM :
1.Kad Pengenalan pemilik.
2.RM70
3.Pen Hitam
4.Senarai nama untuk cadangan nama syarikat. AB cadangkan sila la sediakan lebih dari 5 nama.

Cara-caranya :
1. Pergi ke kaunter pertanyaan untuk mintak borang pendaftaran syarikat.

2. Isi borang guna pen hitam dan huruf besar. Panduan ditampal di information board berdepan dengan tempat isi borang.

3. Ada 3 helaian yang anda kena isi. 
- borang PNA2
- borang A (2 pages)





4. Untuk nama syarikat, tulis 3 nama pilihan anda. Sesetengah pegawai akan tanya maksud nama tersebut. So better la cari jugak maksud nama2 yang anda nak cadangkan sebagai nama syarikat.

5. Dalam borang tu ada tulis tarikh permulaan perniagaan. Anda boleh backdatekan tarikh kurang 30 hari sebelum tarikh daftar. Lebih dari tu kena denda. Ala..bab tarikh ni memang AB tulis tarikh hari daftar je. Hahahaha

6. Dah siap isi, bawak borang tu ke kaunter pertayaan semula. Pegawai kat kaunter tu akan check semua maklumat dah diisi dengan betul baru dia bagi no giliran.

7. Bila tiba giliran anda, pegawai kaunter akan check nama2 pilihan. If semua nama cadangan dah digunakan oleh company lain, masa ni lah keluarkan senarai nama cadangan yang lain.

8. Done bab nama. Bayaran RM70 dikenakan. Sole RM70, yang partnership AB tak tau.

Resit


9. Lepas tu sila tunggu dalam setengah jam untuk pegawai proses maklumat syarikat. Dan be alert ya, pegawai akan panggil nama anda. No giliran dah tak guna masa ni. Pegawai akan serahkan 4 helai dokumen A4 size. Kat situ ada tulis no SSM anda dan nama syarikat dan maklumat-maklumat lain.

10. Siap! Jangan lupa ucap terima kasih kat pegawai 😊


Okayhhh..jom shopping kat Gobokita !!



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Tutorial Bunga Stokin Mini

Seperti yang dijanjikan. Akhirnya, dapat jugak AB taip and publish entry ni. Tutorial bunga stokin mini. Macam kt gambar bawah ni.



Bahan yang diperlukan :
1. Plier
2. Gunting
3. Floratip (yang biasa orang balut kat bunga telur tu)
4. Stokin nipis. Jangan pi guna stokin sekolah pulak ye. Warna ikut suka.
5. Hiasan. Yang ni optional.
6. Dawai bunga. Nama betul tak tau. Yang ni nipis and lembik utk kelopak bunga.
7. Dawai bunga no 30  kalau tak silap. Yang ni tebal sikit untuk dijadikan batang bunga.



Step by step :


amik dawai number 6 dan lilitkan pada pen marker/benda bulat yang ada kat korang. Lilitkan dalam 5 lilitan.

Dah lilit tu, matikan hujung dawai tu. Lilitkan hujung dawai tu sepaya bentuk bulat tu tak hilang. Ni di kira sekuntum bunga.

Ni contoh yang dah siap. korang buat la banyak-banyak ikut suka. Dalam sebatang dawai tu, AB boleh buat 3 kuntum bunga.

Untuk jadikan dia sekuntum bunga, sila tarik slow-slow lilitan tadi tu, kasi dia tersusun macam kelopak bunga.

Ni contoh yang dah siap. Korang kena buat baik-baik. Kalau ta nanti bunga senget benget.

Lepas tu, amik dawai no7 tadi, letak kt bwah bunga, kan ada lebih dawai bunga tadi. Korang lilitkan ke dawai no 7. So, bunga tu tak lari.

Amik stokin, sarungkan kat bunga dan tarik kebawah. Jangan tarik kuat sangat, nanti koyak. Tapi make sure dia 'string' la. Dah tarik tu, gunting lebihan stokin. dan lilitkan stokin kt bawah elopak bunga.

Untuk jadikan bunga tu nampak mcm kelopak lain-lain, amik benang. Korang masukkan benang tu celah-celah bunga, pusing la macam mana sekalipon, so nampak bunga tu mcm berkelopak.


Contoh dah siap lilit. Kan nampak kelopak tu terpisah, kalau tak dia macam flat je.

Lepas tu, amik pulak floratip ni. Balut la dari bawah kelopak sampai ke hujung dawai pemegang tu. Oh ya, dawai no7 tu korang boleh kerat dua guna plier kalau nak buat bunga pendek. Kalau nak buat bunga panjang, tak payah kerat.




Tadaaa..ni contoh-contoh yang dah siap. korang susun la bunga tu ikut suka korang cemana. Bunga besar kt tengah tu cara buat dia lain. Rujuk >> SINI <<.

Lepas susun bunga bunga tu and letak hiasa apa yang korang nak, korang boleh la lilit lagi sekali jambangan bunga tu guna floratip. So dia akan lawa je dan bunga-bunga tu tak bergerak. Lepas tu ikut suka korang nak cemana na gubah. Bab gubah ni AB memang failed giler. Nak bungkus guna kertas bunga tu pon dekat lunyai baru jadi. Hahahahha



Nah full view. Harap-harap la member AB suka. Nak bawak pi UKM kejap lagi ni. Dia naik pentas lepas Zuhur ni.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Blog Pon Nak Mekap Juga


Haaaaa..setelah dua hari berhempas pulas dengan line wifi yang hidup segan, mati tak mahu tu akhirnya hampir siap jugak la touch up blog AB ni. Ye, memang putih pucat je korang nampak blog ni. Hahahahha. Ade line line biru je kan. Tak pee..nanti kejap lagi  (yang kadang-kadang boleh membawa maksud seminggu dua) ada la background and benda-benda lain.



AB tak reti hias blog sarat-sarat sangat. Ni pon penat carik tutorial nak centrekan post title dengan sidebar title pon tak jumpa lagi. Papepon, Untuk harini punya touch up, sepenuh penghargaan buat blog Cikgu Kacamata. Sebabnya semua touchup ni AB ikut dari tutorial dari blog beliau. Terima Kasih ye CK.

Banyak lagi cacat kat blog ni sebenarnya, dengan header cinonet. Adoi..gelak je la tengok blog sendiri. Haip..korang jangan gelak pulak ye. Kalau blog ni diibaratkan macam muka, kira blog AB ni baru siap tepek bedak powder je. Blusher, lipstick, eyeshadow semua tak pakai lagi. Nanti kot-kot terlebih rajin, AB nak try pakaikan bulu mata Cik Ta sekali. Kot Nuffnang terlebih baik nak bagi CPUV beriburiban.

Oklah, macam biasa pesanan penaja 

Jangan lupa join >> GiveAway by Gobokita : Aksara Biru <<

Dan, jangan lupa jugak klik-klik iklan Nuffnang tu ye. Terima kasihhhh. Adioss Amigoss. Spaseeba. Da Svedaneeya.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Arghh Bengang !!!

AB nak dok godek blog ni. Kononnye nak cantikkanlah sikit. Sikit jeee..tak banyak pon. So, AB pon menyekroll la google dengan keyword yang berkenaan. rasanya semua blogger tau kan yang part edit coding blogspot dah lain sikit. Pada pendapat AB, macam menyusahkan je.

Yang buat AB bengang ni :

1. Entry takde tarikh
Biasa sebelum AB bukak link blog tutorial, AB akan klik entry yang terkini mengikut tarikh. Dengan harapan entry tu memang mengikut perubahan semasa la (biasanya tidokkk). Makanya benganglah saya bila banyak tutorial blog tu yang takde tarikh. So, AB pon tak bukak la. (nampak tak dah rugi pageviews disitu)


2. Disable Right Click
Yang ni memang bikin orang bengang, Awak dah la buat tutorial yang memerlukan orang copy link yang awak dah sediakan tu. TAPI, awak pi disable right click tu pehal pulak. Takkan awak expect kami nak taip satu-satu coding yang ada tu. Yelah, saya sedekah je la pageviews tu ye.


3. Iklan setepek penuh blog
Yang ni rasanya semua orang bengang kot kalau kena. Hahahaha. Kalau iklan Nuffnang normal tu ok la. ni siap iklan yang terbang melayang. Kalau kecik takpe. Ni besar gedabak sampai tutup entry. Bila scroll kebawah, iklan gemuk tu pon ikut kebawah. Abis tu nak baca ape? Baca iklan ? *haritu pon dah ada blogger bebel pasal bende ni*


4. Facebook Like
Yang ni biasa kalau bukak je blog tu akan terteralah satu kotak ditengah yang menyuruh kita mengelike page Facebook mereka. Kalau dah tekan Like terus pi kat entry takpe gak. Ni dah tekan Like pon ada lagi kotak tu. Kadang-kadang siap beratur belakang tu kotak iklan. Penat weh nak pangkah satu-satu baru dapat baca entry.


Cukup la kot setakat ini. Penat gak nak bebel panjang-panjang. Hilang sudah mood nak kemas blog. Siapa yang tahu blog tutorial yang senang + updated + takde iklan bertepek-tepek silalah tinggalkan link blog beliau ye.


Jangan lupa join Giveaway terbaru AB >> GiveAway by Gobokita : Aksara Biru <<
Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu