Showing posts with label Bestfriends. Show all posts
Showing posts with label Bestfriends. Show all posts

Terbaik Dari Langit : Memang Terbaik !


Bila airmata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat
Terima kenyataan
Tak usah terus berduka 
Dan menangis macam bayi


Tengahari semalam sempat la tengok Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha. Director yang sama untuk filem KIL yang banyak gilaaa menang anaugerah kat Festival Filem Malaysia 26 last year. What to say about this film ? Macam filem-filem indie lain, cerita ni jugak kena tengok dari hati. Deeeeeeeeeeepp. Terbaik Dari Langit jugak tercalon dalam Festival Filem Antarabangsa Tokyo, tapi tak memenangi anugerah. 

Kalau korang expect nak tengok cerita straight to the point, korang silap beli tiket. But, seriously cerita ni best ! Meh nak bagi sinopsis pendek. Pendek je la ye. 

Cerita ni berkisarkan kisah 4 orang sahabat yang nak shooting cerita pasal UFO. So, diorang pon follow la idea sorang member ni yang konon-konon dah siap calculate tarikh UFO tu akan keluar based on pengalaman dia masa sekolah dulu. Sepanjang shooting tu macam-macam la perkara terjadi. 

Barisan pelakon utama :  Iedil Putra, Bront Palarae, Nadia Nissa, Megat Sharizal Mohamed Yusoff, Sharifah Amani and Amerul Affendi.
Turut mewarnai cerita Terbaik Dari Langit adalah pelakon yang muncul secara cameo : Anne James, Mamat Khalid ,Dain Iskandar Said, Allahyarham Aziz Satar, Zahiril Adzim, Aidil Rusli dan Nam Ron.

First rule tengok cerita ni : Jangan assume sesuatu dengan cepat. Tengok, tengok dan tengok sampai habis. Jangan baru 2 scene dah pepandai assume jalan cerita macam mana, ending macam mana.

Second rule tengok cerita ni : Jangan sempitkan fikiran. Buka minda, buka hati.

Third rule tengok cerita ni : Jangan expect storyline dan ending macam cerita mainstream.

Forth rule tengok Terbaik Dari Langit : Enjoy !




“Sesuatu yang dibuat mesti dengan jujur dan ikhlas. Teruskan.”


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Barakallah : Raikan Cinta



Tahniah buat member sekelas dari Form3 Al-Bukhari sampailah ke Form5 Ibnu Sina atas perkahwinan beliau dengan pasangan. Member AB yang perempuan tu ye. Tak sangka pulak dia yang naik pelamin dulu antara rakan sekelas dulu. Kalau dah jodoh, ye tak. Hehehe. Semoga berkekalan ke akhirat. Dikurniakan anak comel-comel and good luck for your Master.

Bila member sekelas dah ada yang naik pelamin, and kawan-kawan sebaya yang lain pun pakat naik pelamin hujung tahun ni, maka bermulalah soalan cepumas. : kau bila lagi? Hahahaha..hanya mampu tersenyum danbagi jawapan yang sama : Tunggu kerja dulu. Next two weeks pulak classmate AB masa sekolah rendah pulak nak kahwin. Musim orang kahwin sekarang ni. Dengan cuti sekolah lagi.


Antara rakan satu sekolah yang datang. Sikit je, ada yang tak dapat datang sebab kerja. Cikgu-cikgu pon ramai yang tak dapat jumpa sebab datang tak sama waktu. Naseb pakai heels, nampak la tinggi sikit. Kalau tak kat tengah-tengah tu pendek je. Hahahahha

Papehal pun, selamat pengantin baru buat semua yang melangsungkan perkahwinan. Semoga majlis kalian berjalan lancar dan diberkati. Selamat melangkah ke alam rumah tangga.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

TESL Dinner 2014 : Great Gatsby Gala

Assalamualaikum semua ! Rasa macam dah lama tak update blog ni. Memang lama pon sebenarnya. Gara-gara balik kampung, event dan jugak takda mood. Tertelan vitamin M banyak sangat ni. Entry kali ni nak share sikit pasal event terbaru hari Sabtu. 

Pada Sabtu lepas 8 November 2014, Bac Edu TESL UPM ada buat dinner night. Tema untuk tahun ini ialah : Great Gatsby Galan. Tujuan dinner ni adalah untuk meraikan senior final yea. AB ler tuu. Setiap tahun, event ni diadakan untuk pelajar tahun akhir dan dikelolakan oleh pelajar tahun dua. Macam course-course lain juga, TESL pon ada bagi nama untuk setiap batch. 

Final year : TITANS
3rd year : SPARTANS
2nd year : VALIANTS
1st year : BABIES

Tapi nama-nama tu batch tu akan pilih sendiri. Tapi untuk 1st year, memang wajib bawak nama BABIES, bila diorang masuk 2nd year barulah boleh tukar nama lain yang diorang pilih sendiri. Senior-senior kitorang pun macam-macam nama ada. Contohnya TESLICIOUS, ROCKERS, TERRORS. Ganas-ganas semua nama. Hahahaha. *rasa macam dah pernah story je pasal nama-nama ni*

So, untuk dinner meraikan TITANS malam tu, batch VALIANTS yang organize. Overall komen about the dinner AWESOME !. AB boleh cakap the most awesome TESL dinner everrrrrr. Million thanks to VALIANTS for the dinner. Memang awesome, superb, touching. Hahahaha.

Ok, bebel panjang sangat. Dinner tu diadakan di Equatorial Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi. Start from 8pm-11pm. Dan dinner kali ni jugak menjadi sejarah bilamana Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Dr. Soaib Asimiran sendiri menghadirkan diri. Dalam ucapan beliau, beliau juga mengatakan ini kali pertama beliau menghadiri dinner yang dianjurkan oleh TESL. Terharu denn ! 
Dr Soaib tengah bagi speech.

Selain tu, macam biasa penasihat TESL CLUB Madame Juridah pon datang. Dan lagi sorang VIP yang jugak sangat jarang datang majlis macam ni, Dr Arshad Abd Samad, Penasihat Akademik TITANS. Kire bapak kami ler tuuu.

Errr..nak story ape lagi ye. Jom belanja gambar.





Dengan Dr Arshad.

Dengan VIP. Dr Arshad, Dr Soaib, Mdm Juridah.




Ok, dahhhh. Tak dan ler AB nak upload semua gambar kat sini. Hehehehhe. Agak touching sepanjang persembahan dan wishes dari BABIES, VALIANTS dan SPARTANS. Tahun last dapat bersama-sama macam ni. Sem depan pon dah tak dekat UPM lagi. Again, thank you VALIANTS. That night is the most memorable night. Takkan lupa sampai bila-bila. Love you all BABIES, VALIANTS, SPARTANS and of course TITANS.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Graduation Day of My Bestfriend



Happy Graduation Day to my BFF and Congratulations !


Semalam AB selamat merempit ke UKM dengan bunga stokin mini tu. Naseb baik lawa lagi masa nak bagi kat kawan AB tu. Nampak tak, kecik molek ja bunga tu. 

Segan jugak semalam tengok orang lain bawak bunga besar-besar, bunga AB kecik je. Tapi tak pela. Yang penting ikhlas. Tambah pulak lagi bunga handmade gitu. HAHAHAHHA

Punya lama tunggu kawan AB ni keluar dewan. Sidang petang pulak tu. Lepas siap naik pentas tu, nak tunggu giliran dia amik gambar pulak. So, dalam pukul 7 jugak lah baru jumpa. Amik gambar pon dah sipi-ipi nak Maghrib masa tu.  

Apa-apa pun, AB ucapkan tahniah buat semua yang grad tahun ni. Tahun AB Insyallah tahun depan pulak. May ALLAH ease everything.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

10DPC Day 7 : A Photo of You And Your Best Friends

AB ada ramaiiiiiii bestfriends. Tapi AB pilih gambar ni untuk diupdate. Persahabatan yang dah menjangkau lebih 10 tahun. Kitorang kawan dari zaman sekolah menengah. Masa tu do asrama, so kawan-kawan ni la family kami. Teman berborak, teman lepas perasaan, menangis, ketawa, menggila semua sama-sama. Kene marah dengan warden pon sama-sama jugak. Hahahaha. Really glad to have them in my life *Nurul and Diyana, kalau korang baca ni sila menangis syahdu terharu. Hahahhaha*



Yang tudung hitam tu namanya Nordiyana. Dah berpunya. Sedang mencari kerja. Budak baru grad la katakan. 

Yang sebelah tu namanya Nurul Syafiqah. Masih memilih * ni ramai sangat calon*. Sedang belajar lagi. Bakal guru.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu