Showing posts with label Islamik. Show all posts
Showing posts with label Islamik. Show all posts

Selamat Manyambut Ramadhan 1437H / 2016M



Assalamualaikum

Alhamdulillah, dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Hari ni, akan bermulalah ye ibadah berpuasa di bulan Ramadhan. Harap-harap segalanya berjalan dengan sempurna.

Alhamdulillah juga, diawal Ramadhan nanti Insyallah Gobokita akan release satu lagi design terbaru untuk plain wideshawls.

Jangan lupa ye bangun sahur, dan jangan lupa untuk niat berpuasa sebelum tidur. So, kalau tertinggal sahur takdelah alasan lupa nak niat kan. Hihihihhi. Mudah-mudahan puasa tahun ini dipermudahkan dan takde yang lompong. Kecuali la hal-hal yang tak dapat dielakkan. 

Beringat-ingat ketika berbuka atau ketika membeli juadah berbuka. Jangan dok beli macam-macam,tapi tak terhabis pon makan. Kesian rezeki tu terbuang. Membazir itu amalan syaitan yee.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sihir dan Syirik

Gambar Hiasan

Dulu AB pon agak kurang percaya dengan isu sihir menyihir ni. Yela, AB fikir dalam dunia serba moden macam ni, takkan ada lagi yang buat kerja pelik macam ni. Tapi tula, bila nampak depan mata sendiri baru AB percaya. 

Perjanjian antara jin dan manusia yang menyimpang dari ALQuran dan Sunnah. Ilmu agama Islam pun tak penuh lagi kat dada, buat apalah pergi menuntut ilmu syaitan. AB doakan manusia yang terlibat dengan sihir ni cepat-cepatlah bertaubat. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka selagi belum kiamat. Minta maaflah dengan individu yang jadi mangsa anda tu.

Biasanya sebab sihir menyihir ni berlaku atas dasar tak puas hati. Tak puas hati tengok orang pandai, tak puas hati tengok orang kahwin, tak puas hati tengok orang bahagia, tak puas hati tengok orang kerja bagus. Dan macam-macam lagi. Bersihkanlah hati, terimalah bahawa rezeki setiap orang berbeza. Tak sama. Atas usaha yang berbeza jugak.

Kalau tak puas hati juga, pergilah jumpa orang tu face to face. Kalau tengok orang tu kerja bagus, tanya dia macam mana nak dapat kerja macam tu. Kalau orang tu pandai, belajar dengan dia macam mana nak pandai juga. Kalau tengok orang tu kahwin, doakan lah kebahagiaan dia. Jodoh dia dah sampai. Jangan pentingkan diri sangat. Jangan dengki tengok rezeki orang. 

Ingat ya, sihir tu boleh dikira syirik. Sebab menduakan ALLAH S.W.T dan bergantung kepada jin atau syaitan. Ditambah lagi dengan amalan-amalan khurafat untuk memohon bantuan jin atau syaitan itu. 

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuar peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Pengantin Baling Bunga dalam Masjid

Releven lagi ke peribahasa 'Biar mati anak, jangan mati adat'? Pada pendapat AB, peribahasa tu tak releven langsung dan macam mana lah boleh jadi peribahasa. huhuhu. AB tergerak nak tulis entry ni sebab tadi AB scroll FB, AB nampak satu post. Dan AB tergerak nak baca komen-komen post tu. 


Sumber dari Sukan Star TV. Gambar pengantin perempuan membaling bunga tangan ke bridesmaid. Lokasi ni macam dalam kawasan masjid. Tapi tak pasti pulak masjid apa. Well, mostly yang komen memang bash habis-habislah individe dalam gambar ni sebab mengikut adat perkahwinan Kristian. Baling bunga kat bridesmaid. 

Ada juga komen yang menyebut baling bunga hanya adat dalam perkahwinan Kristian, bukan termasuk dalam amalan wajib agama itu sendiri. Sama juga seperti adat bersanding dan menepung tawar dalam perkahwinan Melayu. Ianya hanya adat yang dicedok dari perkahwinan di India dari agama Hindu (De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) 

Mungkin kita dah sebati dengan adat bersanding dan menepung tawar sehingga kita tak merasakan ianya menyimpang dari agama. Wallaualam. AB nak cakap lebih lebih pon tak boleh sebab AB sendiri belum kahwin. Nanti tak pasal-pasal AB kahwin pon ada Jugak adat ni mau kene kejar dengan blogger lain. hahahaha. Tapi tula, kalau boleh nak elakkanlah adat pelik-pelik ni. Dengan gaya perkahwinan sekarang yang semua nak gah. Siap prewedding shoot, prematernity bagai. Orang ada rezeki lebih kan, bertunang pon dah macam kahwin.

Akhir kata, toksah lah ikut adat pelik-pelik yang kita tak tau dari mana datang, apa tujuan adat tu. merepek meraban. Tak pasal-pasal viral kat laman sosial. Berkenaan dengan gambar tu, perkara first yang AB nampak macam menjengkelkan adalah si bridesmaid tu. Siap melompat dalam masjid (kalau betul tu masjid la ) sebab nak sambut bunga je pon. Kesian pengantin ni. tak pasal-pasal femes kejap. huhuhu


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sunnah di Hari Jumaat



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”

Salam Jumaat buat semua ! Jom kita buat perkara-perkara yang disunnahkan pada hari Jumaat ni.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Isu Program ' I Want To Touch A Dog' : JAKIM Bertindak



Dah berapa hari ni kalau bukak Facebook, mesti kecoh pasal program yang menggalakkan orang ramai terutamanya orang Islam untuk menghilangkan rasa takut terhadap anjing. Yela, pi bawak anjing comel-comel memang orang tak takut nak pegang. Cuba bawak anjing kurap tepi jalan, mesti semua tak nak pegang.

Dalam semua tengah bising pasal isu ni, ustaz-ustaz pon ada yang dah menjawab pasal hukum memegang anjing. AB ni kurang arif jugak pasal benda ni, so tak nak komen banyak-banyak. Senang cerita, dari buat benda yang kita tak tahu macam mana hukumnya (syubhah), eloklah dielakkan. Jangan kerana slogan 'Islam itu Mudah', habis semua perkara 'dimudahkan'.

Okeh, JAKIM dah pun keluarkan keterangan pasal program ni. Sumber dari Malaysiakini dan Bernama : 


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
    
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
    
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
    
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
    
"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di Kuala Terengganu, malam tadi.
    
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
    
Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
    
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
    
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
    
"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan lim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya.
    

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Mutiara Kata : Pelajari Sesuatu Yang Boleh Mengubah Hidup


Salam Jumaat,



Dalam perjalanan
Banyak persimpangan
Dimana kita bertukar arah
Engkau lurus kekiri
Aku tegak kekanan
Dimana kita tersilap langkah


-Apa Khabar
Joe Flizzow-SonaOne

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Puasa Enam : Sunat di Bulan Syawal


Imam An-Nawawi RH berkata:


"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud." [Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]



Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:



وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ



Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” [Surah Ali Imran:133]


Dalam isu puasa enam ini, kita selalu terkeliru bolehkah puasa enam digabungkan dengan puasa ganti. Banyak percanggahan pendapat dalam isu ini. Merujuk kepada Laman Web Rasmi Pusat Islam UniMAP adalah lebih baik jika tidak menggabungkan puasa enam dengan puasa ganti.

Diringkaskan, adalah lebih afdhal jika berpuasa ganti dahulu, selepas itu barulah berpuasa sunat enam. Hal ini diibaratkan seperti bersedekah dan bayar hutang. Bayar hutang adalah wajib, manakala bersedekah adalah sunat. Puasa ganti adalah wajib, manakala puasa enam adalah sunat.

Tetapi, sekiranya seseorang itu yakin, dia boleh menggantikan puasa gantinya sebelum Ramadhan yang akan datang, maka dia bolehlah berpuasa sunat enam terlebih dahulu.


sumber : Laman Web Rasmi Pusat Islam UniMAP dan iluvislam

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu