Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

LADAP : Tournament Bowling di MITC



Untuk pegetahuan semua, sekarang ni setiap sekolah diwajibkan buat LADAP. Dan semua guru dan juga staff diwajibkan join. Apa itu LADAP? LADAP ni bermaksud, Latihan Dalam Perkhidmatan. Banyak benda boleh dibuat untuk habiskan slot LADAP ni. Tapi dengan syarat kena ada input dan output yang berguna untuk cikgu dan staff la.

Kalau before this, diorang buat lawatan penanda aras kat sekolah wawasan, kali ni punya LADAP, kitorang buat main bowling. Hahahahha. Kat MITC lerr..tu je yang dekat. First time jugak AB pi main bowling kat situ. International Bowling Centre katanyaaa.

Oleh sebab dah lama tak main bowling, memang AB penyumbang tegar la. Sumbang apa? Sumbang bola ke longkang. Hahahahha. Aduhhh..dah la satu team dengan Tuan Pengetua. Pengetua pulak asik ler strike. Maluu denn..

Overall ok la kott. Dapat gak la merasa main bowling kat International Bowling Centre tu. Biasa main kat The Mines, tak pon Alamanda je. Huhuhu. Ok daaaa..



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Liga dan Majlis Farewell Handball


Berakhir sudah kelas kokurikulum bola baling. Bola baling ni merupakan antara cabang dalam subjek Kokurikulum FCE 3000 yang AB kena ambil. Dalam FCE 3000 ada 3 cabang ; kuliah teori, sukan dan kesenian. Yang kuliah teori tu macam biasa, dok dalam kelas, belajar pasal teori je sampai tersengguk-sengguk tido. Hahahha

Yang sukan ni kami diberi 3 pilihan iaitu bola baling, bola tampar dan bola keranjang. Oleh kerana dua yang lain tu memang AB tak tahu dan takda keyakinan nak join, so AB pilih untuk join bola baling. Dan, kebetulan pulak AB sorang je budak TESL sesat dalam group bola baling. Yang lain semua junior dari Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. 

Yang kesenian pulak, macam yang AB dah post dulu kat >> SINI << Dan, kami dah pon present koir tu Rabu lepas. Alhamdulillah, dapat markah tinggi jugaklah. Tak sia-sia berlatih. Nanti AB dah upload, AB share kat sini ya.

Malam Jumaat minggu lepas, merupakan malam terakhir kelas bola baling kami. Rasa macam sayu je, even tak rapat sangat dengan adik-adik tu, tapi kira boleh 'masuk' la kepala masing-masing. Cikgu Razak pon sempoi je mengajar. Sempena malam last, kitorang buat liga. Ok, team AB kalah. Hahahha.

Lepas habis liga, ada buat makan-makan sikit. Kitorang buat potluck. Setiap batch bawak juadah sendiri. Oleh sebab AB sorang je TESL, makanya AB volunteer untuk bawak pinggan, cawan, sudu, garfu je. Maklumlah, sorang je kann.



Banyak yang AB belajar dalam kelas ni. Macam mana nak mengadili perlawanan. Peraturan dan teknik lontaran. Benda yang dah belajar masa sekolah, tapi dah lupa. Huhuhu.

Thankyou to Cikgu Razak, adik-adik Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Ada masa, jumpa lagi. Goodluck menempuh 3 tahun lagi dalam UPM ni. Hakak cabut dulu. Hehehehhe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 4 : End

Day two morning session !

Hari kedua, hari terakhir jugak ! BTW, malam hari pertama tu, kami sempat la keluar jalan-jalan ke East Coast Mall. Cuci mata and rasa suasa malam di Kuantan je. 

Hari kedua ni kami cuma ada satu aktiviti sahaja iaitu Dinner Dash. Okay, AB tak tau apa student buat dalam aktiviti ni. Hahahhaha. Sebabnya, pagi hari kedua ni, AB dan beberapa fasi diberi pengecualian untuk join Dinner Dash. Sebabnya, AB sebagai AJK Multimedia kena buat montaj untuk majlis penutup. Ada beberapa fasi yang lain telibat untuk MC majlis, teknikal majlis dan penyediaan hadiah. So, gigihla buat montaj dalam masa tak sampai 2 jam tu.

Around 10.45am montaj dah siap dan pukul 11.00am majlis penutup pon bermula. Semuanya berjalan lancar tak sampai 5 minit. Lepas tu, seluruh sekolah blackout. So, montaj tak dapat ditayangkan. Agak terasa kecewa disitu. Tapi takpelah. Lepas habis semua pembahagian hadiah, ada sesi bergambar dan sesi amik autograf fasi. Terasalah fofularnya disitu bila students dok kerumun mintak autograf. Hahahha. Ada jugak yang mintak number phone tapi AB cakap elok-elok yang AB tak boleh bagi no phone kat diorang. 



Ni gambar fasilitators dan jugak cikgu-cikgu.

Dengan one of student yang speaking and listening disable. Tapi, dia boleh cakap jugak tau sikit-sikit. 


Sekian sahaja untuk school service kali ini. Memang berbeza dari school service yang dulu. Pengalaman yang kitorang dapat sepanjang program memang tak dapat kami lupakan walaupun cuma 2 hari je dapat bersama dengan pelajar disini. SMPKVK, ada rezeki kita jumpa lagi.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 3

Day One Evening Session !

Dua entry sebelum ni AB dah story pasal School Service Part One and Two. Kali ni cerita untuk Part Three tapi masih lagi pada hari yang sama ( Sabtu). Petang tu kami sambung dua lagi aktiviti iaitu Superstore dan Mini Sport. Untuk game Superstore, students bergerak dalam kumpulan yang lebih kecil dan mereka dikehendaki pergi ke setiap gerai untuk selesaikan task dan dapatkan kepingan picture puzzle untuk diorang combine diakhir game. 

Ni gambar kat gerai Match-It. Student kena matchkan ayat dengan gambar. BTW, student yang dalam gambar ni tengah bagi instruction sign language untuk students yang listening and speaking disable.

Yang ni gerai Dance Along. Senang je, cuma menari chicken dance je.

Yang ni gerai Blow It Away. Student kena tiup satu belon and pecahkan, Lepastu buat action yang dah ditulis dalam kertas dalam belon tu. Some students kami asingkan dari aktiviti ni sebab dia takut dengar bunyi belon pecah.


Selain dari ni, ada lagi 2 gerai lain iaitu Spell It Right dan Ohsemm. Untuk Spell It Right, student kena mengeja berdasarkan gambar yang diberi. Tapi kalau tak dapat eja, fasi akan bagi ejaan, student ikut. Untuk Ohsemm pulak, student cuma perlu main Scissors, Paper, Rock je dengan fasi. Tapi kena menang 3 kali la. Dan untuk gerai ni, kami dah sediakan picture sign. So, student just tunjuk picture sign tu je, tak payah la main sorok tangan tu.

Macam ini. 


Okayh, habis game Superstore ni, kami rehat sekejap dan sambung dengan Mini Sport. Dalam Mini Sport, setiap group perlu berlumba untuk transfer belon berisi air. Group paling cepat siap dan semua belon ada dikira pemenang. Tapi dalam game ni ada empat round. Dan kesemua round dimenangi oleh kumpulan pelajar yang listening and speaking disable. Kira gempak gak la. Group diorang ni menang 3 aktiviti dalam 2 hari program. Cayalah. 




Dah habis game, fasinya la pulak main baling-baling belon. Hahahahha





Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 2

Day one Morning Session !

Haritu AB dah cerita sikitttt je pasal Part One KLIK SINI. Part Two ni adalah pada hari yang sama (Sabtu) tapi pada sebelah petang. Pagi tu K\kitorang dah berkenalan, dan bahagikan kumpulan. So each group akan ada around 3 students. Kecuali satu group untuk pelajar masalah pendengaran dan percakapan. Diorang ada dalam 29 orang dan sikumpulkan dalam satu group bagi memudahkan aktiviti berlangsung. 

Pagi tu aktiviti yang dijalankan ialah Morning Exercise, Ice Breaking, Simon Says dan Para Para Ayumi Dance. Masa Ice Breaking dan Simon Says nampak students macam kurang berminat. Sebabnya diorang just duduk dan bercakap and participate time perlu je. Tapi diorang sangat suka buat Para Ayumi Dance. So, agak mencabar jugak la nak tarik perhatian diorang dan buat diorang participate dalam aktiviti.


Both gambar ni masa Morning Exercise

Yang ni masa Ice Breaking. Diorang tengah lukis gambar diri sendiri untuk kawan teka.

Yang ni masa Para Para Ayumi Dance. Semua excited masa ni.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

School Service Part 1

Selamat tengahari !

Alhamdulillah selesai separuh hari pertama program hari ni. Penat gila. Rasa lagi penat dari masa program school service dengan SMS Banting. Padahal SMS Banting tu kitorang buat program tepi pantai kot..dari pagi sampai petang. Ni buat program dalam dewan je.

Tapi mungkin tu jugak la yg menyumbang. Sebab dalam dewan tak rasa angin. Aircond pon tak de. However, kitorang agak terkejut dengan performance students kat sini la. Diorang macam normal students biasa je. Kelakar, respond kat kitorang. Totally different dari apa yang diberitahu kepada kami sebelum ni.

Nah belanja sikit gambar.




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Clash of Clan Punya Pasal


Tadi dok scroll FB, AB terjumpa ada orang post bende ni. Haihh..dasyat tu game punya pasal. Kalau dulu kecoh pasal game Candy Crush, sekrang ni Clash of Clan pulak. 

MrA pon suka main game ni. Kalau kitorang keluar, ada la die pi main kejap. Kutip duit dengan buat port katanya. Iye la. AB pon selalu gak main hp kalau keluar dengan dia. Bukak Twitter la, Insta la, FB la, watsapp dengan kawan la. Hahahahha. Mesti dia bengang je.

Tapi kalau dah sampai tahap akak ni punya post, bahaya la jugak. Mintak dijauhkann. 

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu