Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Kereta Penyokong Bola 'Disagat' Treler di Stadium Hang Jebat


Sebelum masuk main topik, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang memenangi perlawanan malam tadi melawan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pagi tadi AB bukak Facebook kecoh cerita pasal puluhan kereta yang diparkir ditepi jalan menjadi mangsa dilanggar lori treler. Takziah diucapkan kepada pemilik-pemilik kereta yang menjadi mangsa. Dalam keseronokan nak tengok bola,jangan lupa patuhi peraturan.



Difahamkan Stadium Hang Jebat menyediakan kawasan parkir yang secukupnya, tapi terdapat segelintir penyokong yang berdegil nak jugak parkir kat tepi jalan. Sebagai orang awam,kita sendiri patut faham, tepi jalan memang bukan kawasan parkir kereta. Lebih-lebih lagi dijalan utama yang mana ianya menjadi jalan utama untuk masuk ke lebuhraya PLUS.

Dalam kejadian ni, kalau bawak kemahkamah sekalipon,driver treler tersebut tak akan disalahkan. Tu dah memang jalan dia. Takkan dia nak tunggu sampai habis perlawanan untuk lalu. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Bayangkan pula jika ada kenderaan polis,ambulans ataupun bomba yang nak lalu. Bertambah-tambah pula sesak.

Kesimpulannya, patuhilah undang-undang. Kalau tak tahu parkir kat mana, boleh Google. Nak dengan tak nak je. Yela,kawasan parkir yang disediakan pihak stadium katanya agak jauh daripada pintu masuk. Wallahualam.
Takziah sekali lagi buat pemilik kereta. Dan tahniah buat pasukan JDT.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

LADAP : Tournament Bowling di MITC



Untuk pegetahuan semua, sekarang ni setiap sekolah diwajibkan buat LADAP. Dan semua guru dan juga staff diwajibkan join. Apa itu LADAP? LADAP ni bermaksud, Latihan Dalam Perkhidmatan. Banyak benda boleh dibuat untuk habiskan slot LADAP ni. Tapi dengan syarat kena ada input dan output yang berguna untuk cikgu dan staff la.

Kalau before this, diorang buat lawatan penanda aras kat sekolah wawasan, kali ni punya LADAP, kitorang buat main bowling. Hahahahha. Kat MITC lerr..tu je yang dekat. First time jugak AB pi main bowling kat situ. International Bowling Centre katanyaaa.

Oleh sebab dah lama tak main bowling, memang AB penyumbang tegar la. Sumbang apa? Sumbang bola ke longkang. Hahahahha. Aduhhh..dah la satu team dengan Tuan Pengetua. Pengetua pulak asik ler strike. Maluu denn..

Overall ok la kott. Dapat gak la merasa main bowling kat International Bowling Centre tu. Biasa main kat The Mines, tak pon Alamanda je. Huhuhu. Ok daaaa..



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Trending Topik untuk 2014




Pejam celik-pejam celik hari ni merupakan hari terakhir kita berada dalam tahun 2014. Alhamdulillah, masih dkurniakan nafas dan hayat ketika ini. Esok lusa, wallahualam. Seperti yang kita tau, sepanjang 2014 macam-macam perkara berlaku samada diperingkat dunia mahupun negara.

So, jom kita tengok sikit topik yang trending di Google sepanjang tahun 2014 diperingkat dunia.

1. Robbin Williams
Pelakon Amerika Syarikat. Terkenal dengan membawa watak-watak komedi dan menjadi inspirasi. Pernah membawakan watak Peter Pan dewasa, menjadi suara latar bagi genie dalam cerita Aladdin Disney, dan siapa boleh lupa lakonan beliau dalam cerita Dead Poet Sociey (bakal guru wajib tengok cerita ni). Dikenali sebagai stand up comedian, pelakon dan sentiasa mewarnai dunia Hollywood dengan sifat cerianya, beliau ditemui mati menggantung diri ketika berumur 63 tahun pada 11 Ogos 2014.

2. World Cup
Bolaa..bolaaa..dan bolaaaaa

3. Ebola
Virus Ebola yang berasal dari Afrika. Menular melalui direct contact dengan cecair badan seperti darah. Boleh berjangkit kepada haiwan. Menyebabkan kematian yang ramai di Afrika.

4. Malaysia Airlines
Jadi trending sebab ramai dok Google kes MH370 dan MH17.

5. ALS Ice Bucket Challenge
Tujuan asal diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai menderma disamping merasai pengalaman pesakit amyotrophic lateral sclerosis . Something berkaitan dengan otak. Tetiba jadi viral sebab lepas buat Ice Bucket hallenge tu kena pulak namakan calon lain untuk buat benda yang sama. Tapi sebenarnya kalau yang real punya, bila dah buat challenge tu kena jugak menderma untuk tabung kesedaran, tapi tetibe jadi viral, orang buat challenge je tanpa menderma. Tujuan asal dah lari jauh niii. So macam sesaje je perabih ais batu tu.

Okay, sekarang kita tengok trending topik untuk dalam negara. Sumber dari Google jugak ye.


1. MH370
Kapal terbang milik syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS dijadualkan terbang dari Malaysia ke Beijing China. Tapi dilaporkan hilang dari radar pada Sabtu 8 Mac 2014 di perairan Laut China Selatan. Seramai 239 mangsa termasuk penumpang dan krew masih tidak diketahui nasib mereka hingga kini. Penumpang pesawat dari pelbagai negara termasuk China, Australia, Canada, Perancis, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Belanda, New Zealand, Russia, Taiwan, Ukraine, US dan Malaysia. Kehilangan MH370 masih lagi misteri yang tak terungkai.

2. World Cup 2014
Pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa. Diadakan 4 tahun sekali. Untuk tahun 2014, diadakan di Brazil. WC2014 dijuarai oleh Jerman, tempat kedua Argentina dan tempat ketiga Netherlands. Tuan rumah dapat empat keempat sajoo. 
Golden Glove : Manuel Nueur - Jerman
Golden Boot : James Rodriguez - Colombia
Golden Ball : Lionel Messi - Argentina

3. MH17
Satu lagi pesawat dibawah MAS. Dijadualkan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur pasa 17 Juli 2014. Namun telah dilaporkan ditembak jatuh. Insiden membabitkan kesemua 238 penumpang dan 15 krew maut. Insiden yang sekali lagi mengaitkan MAS dengan 'tangan ghaib'. Punca dan siapa yang menembak jatuh pesawat ini tidak diketahui sehingga kini. Hanya spekulasi-spekulasi je yag tersebar. 

4. Astro Awani
Awani adalah merupakan salah satu cabang stesen televisen swasta, Astro. Awani merupakan siaran berita. So, rasanya Awani jadi trending berikutan isu MH370 dan MH17.

5. Perodua Axia
Satu lagu model kereta terbaru keluaran Perodua. Axia dikatakan mampu mencabar adik-beradik yag lain seperti Myvi dan Viva.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Liga dan Majlis Farewell Handball


Berakhir sudah kelas kokurikulum bola baling. Bola baling ni merupakan antara cabang dalam subjek Kokurikulum FCE 3000 yang AB kena ambil. Dalam FCE 3000 ada 3 cabang ; kuliah teori, sukan dan kesenian. Yang kuliah teori tu macam biasa, dok dalam kelas, belajar pasal teori je sampai tersengguk-sengguk tido. Hahahha

Yang sukan ni kami diberi 3 pilihan iaitu bola baling, bola tampar dan bola keranjang. Oleh kerana dua yang lain tu memang AB tak tahu dan takda keyakinan nak join, so AB pilih untuk join bola baling. Dan, kebetulan pulak AB sorang je budak TESL sesat dalam group bola baling. Yang lain semua junior dari Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. 

Yang kesenian pulak, macam yang AB dah post dulu kat >> SINI << Dan, kami dah pon present koir tu Rabu lepas. Alhamdulillah, dapat markah tinggi jugaklah. Tak sia-sia berlatih. Nanti AB dah upload, AB share kat sini ya.

Malam Jumaat minggu lepas, merupakan malam terakhir kelas bola baling kami. Rasa macam sayu je, even tak rapat sangat dengan adik-adik tu, tapi kira boleh 'masuk' la kepala masing-masing. Cikgu Razak pon sempoi je mengajar. Sempena malam last, kitorang buat liga. Ok, team AB kalah. Hahahha.

Lepas habis liga, ada buat makan-makan sikit. Kitorang buat potluck. Setiap batch bawak juadah sendiri. Oleh sebab AB sorang je TESL, makanya AB volunteer untuk bawak pinggan, cawan, sudu, garfu je. Maklumlah, sorang je kann.



Banyak yang AB belajar dalam kelas ni. Macam mana nak mengadili perlawanan. Peraturan dan teknik lontaran. Benda yang dah belajar masa sekolah, tapi dah lupa. Huhuhu.

Thankyou to Cikgu Razak, adik-adik Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Ada masa, jumpa lagi. Goodluck menempuh 3 tahun lagi dalam UPM ni. Hakak cabut dulu. Hehehehhe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Final Year Project : Road To VIVA




Alhamdulilah, selesai sudah analisis data guna SPSS. Dah tunjuk kat supervisor tadi. Alhamdulillah jugak la takde masalah dengan result analisis data. Plus, she's in a good mood. Siap boleh gelak lagi tadi. Rasa macam nak sujud syukur kat situ. Maklumlah, AB punya supervisor ni unpredictable. Kejap ribut taufan, kejap mendung, kejap cerah je.

So, lepas ni boleh proceed siapkan Chapter 4 dan Chapter 5. After that, kene revise balik Chapter 1, Chapter 2 dan Chapter 3. Betulkan mana yang dah ditegur semester lepas. Siap je draft, kena VIVA pulak. Warghhhh. Rintangan terakhir sebelum bebas dari Final Year Project ni. May ALLAH ease everything. Cuak tak hengat. Jangan comfused ye, VIVA ni bukan kereta tau, ni kira presentation. AB kene present hasil kajian FYP ni kat beberapa pensyarah yang dipilih sebagai panel. Presentation dalam kelas depan kengkawan pon dah cuak, inikan pula VIVA. 

Ok, enough pasal VIVA, la ni tengah selak-selak nota bola baling. Malam ni ada test. Dok la hafal undang-udang permainan, saiz bola, ukuran gelanggang ni. Mintak-mintak boleh jawab malam ni. Esok pulak, balik Muar !!! Yeayyyy. Balik kampungggg




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Salam kemenangan buat pasukan dan penyokong Pahang. Tahniah sebab menang Piala Malaysia 2014. Tahniah juga untuk Johor Darul Takzim sebab main sampai final ni. Tahniah buat Safiq Rahim sebab jadi best player game hari ni. Tahniah buat Diaz sebab pamerkan rentak permainan yang bagus. Tahniah buat Matyo.

Haihh..bengang beul AB dengan Matyo ni. Nak bebel banyak-anyak malas pulak. Tapi memang bengang. Alahai Matyo oh Matyo.

Pahang menang dengan sepakan penalti. Pahang 5. JDT 3. Terima kasih Matyo. Sebelum tu Pahang and JDT seri dengan masing-masing dua gol pada masa peuh dan masa tambahan.

Masa penuh
Gol Pahang :
Nwakaeme (min 14)
Nwakaeme (min 70)

Gol Johor :
Jorge Pereyra (min 30)
Luciano Figueroa (min 33)

Tahnaih Pahang muncul juara walaupun dengan 10 pemain sahaja. Buat Johor, kalah menang kami tetap bersamamu.

Ayuh Johoor !! Ayuh Johoor !!
Luaskan Kuasamu Johor
Kami ada ! Kami ada ! 
Setia bersama mu Johor
Ale ale.. ale ale..ale ale 




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu