- Jun 2015 : Tamat semester akhir di UPM Serdang
- 1 November 2015 : Majlis Konvokesyen UPM Serdang (Alhamdulillah, berjaya akhirnya bergelar graduan BAC EDU TESL)
- 12 April 2016 : Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 di Putrajaya
- 26 Jun 2016 : Keputusan temuduga SPP keluar (baru tahu keputusan interview SAHAJA. Belum confirm posting)
- Julai : Keputusan SPP baru tahu dapat negeri mana ( Mula buat medical checkup di hospital dan cop segala salinan sijil yang dinyatakan dalam surat tawaran penempatan)
- 14 Ogos : Keputusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 keluar ( Masa ni baru tahu dapat daerah mana, nama sekolah belum tahu)
- 15 Ogos 2016 : Taklimat di PPD Muar dan tahu dapat sekolah mana.
- 16 Ogos 2016 : Lapor diri disekolah dan bermulalah perjalanan hidup sebagai pendidik
Penantian Suatu Penyiksaan
My New Life!
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebulan kan blog ni menyepi tanpa entry terbaru. Maaf ye, laptop tuan tanah rosak,takmau hidup dah. Handphone pon rosak. Haihh..dugaan. Semua nak rosak.
Sepanjang sebulan tanpa entry ni, adà macam-macam perkara dah berlaku. Yang happy, yang tak happy. Semua ada.
Yang tak happy, laptop rosak, handphone pon rosak. Memang takler berupdate blog ni. Nak update kat handphone,kurang rajin. Tak puas tengok skrin. Tapi ni AB gagahkan jugak taip kat phone. Handphone AB yang Honor3c tu pon dah arwah dah. La ni guna handphone murah je, ExMobiles. Bolehla untuk call,whatsapp tu.
Yang happy, Alhamdulillah sekarang ni AB dah posting!!! Yeayyyy..lebih setahun menunggu lepas habis semester akhir. I'm officially a teacher now! Tapi masih belum sah jawatan la. Huhuhuhu. Tapi xpe. At least dah bekerja tetap. Alhamdulillah jugak posting sekolah yang agak dekat dengan rumah. So, berulang je. Jimat duit sewa rumah. Dah ler kena tunggak gaji. Lepas 3 bulan baru dapat gaji. Huhuhuhu
Sekarang ni agak terhad nk blogwalking. Nanti AB dapat gaji, beli laptop baru, AB blogwalk ye kt blog korang semua. Harap-harap Pakcik Nuffnang tak kedekut la bagi CPUV lagi.
Okkk..see ya all soon!
Keputusan Temuduga SPP : Alhamdulillah !
Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016
TopTen : 10 Pekerjaan Yang Boleh Membantu Menyelamatkan Bumi
Jarang Update, Sorry
Susahnya Nak Dapat Kerja
Teacher, malaslah nak buat essay !
Part IV : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016
- GENERAL INFORMATION
- Nyatakan ciri-ciri guru cemerlang.
- Adakah anda ada ciri-ciri guru cemerlang yang anda nyatakan tadi?
- Apa yang akan anda lakukan untuk menjadi guru cemerlang?
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan : Bagaimana anda nak memastikan FPK dapat dicapai?
- Adakah FPK penting?
- Kenapa anda katakan objektif FPK masih belum tercapai 100%?
- Siapa yang memainkan peranan penting dalam memastikan FPK dapat dicapai?
- Anda setuju guru memainkan peranan penting? Kenapa?
- TESL / TEACHING RELATED
- Apakah cabaran mengajar Bahasa Inggeris?
- Adakah anda setuju dengan 'codeswitching'?
- Apakah yang diajar oleh pensyarah anda berkaitan 'codeswitching'?
- Kenapa guru perlu mengadakan aktiviti 'fun learning'?
- Nyatakan satu aktiviti kokurikulum yang pernah anda jalankan dan kaitkan dengan subjek Bahasa Inggeris.
- Adakah pelajar berasa seronok sepanjang aktiviti kokurikulum tersebut dijalankan?
- Apakah objektif sebenar aktiviti kokurikulum tersebut? Adakah untuk pelajar berasa seronok sahaja?
- Berkerja dibawah tekanan. Adakah anda bersedia?
- Adakah mengajar susah?? (ini soalan trik wooo)
- Elakkan meminta panel ulang soalan. Tu nampak beno korang berangan. Jangan berangan yeee.
- JANGAN terburu-buru nak jadi orang pertama yang jawab. Takde extra marks pon. Panel nak cari jawapan yang ringkas tapi tepat. Kalau korang jawab awal dan panjang-panjang tapi takde point pon tak guna jugak.
- JANGAN ulang point jawapan yang calon lain dah bagi.
- Jawab dengan yakin. Cuba kurangkan gagap. Kurangkan juga penggunaan 'errrr' , 'aaaa'
- JANGAN guna bahasa pasar. Eye contact itu penting. Tengok je mata panel yang bercakap tu. Sesekali anggukkan kepala menandakan anda memberi sepenuh perhatian terhadap panel.
- Kalau tak tahu/tak pasti jawapan yang tepat, jangan goreng. Cuba untuk jawab tapi intro la dulu "I'm not very sure about this topic, but in my opinion......" "I'm sorry but i don't know the exact answer for this question. However I will try to do some research about this topic after this". Ni menunjukkan effort, if korang tak tahu pon korang still nak carik jawapannye.
Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.
Part III : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016
- LELAKI DAN PEREMPUAN
- Nametag.
- LELAKI
- Kemeja (seeloknya putih)
- Seluar slack (seeloknya hitam)
- Tali leher (seeloknya berwarna merah)
- Tali pinggang sama warna dengan kasut.
- Kasut berwarna gelap.
- Stokin hanya mempunyai 1 warna dan seeloknya berwarna gelap.
- Rambut disisir kemas. Bagi yang memakai songkok, pastikan songkok bersih, dan dipakai dengan kemas, NO rambut panjang.
- Kot :
- PEREMPUAN
- Baju kurung/baju kebangsaan mengikut kaum
- Warna pada baju seeloknya tidak melebihi 3 tona warna.
- Bagi calon muslimah, seeloknya pakai tudung bawal dan elakkan shawl melilit yang over.
- Gunakan brooch yang sederhana. Elakkan guna brooch yang bergugus macam buah anggur tu. Pinkan ditempat yang sepatutnya.
- Bagi calon non-muslim yang berambut panjang, ikatkan rambut anda secara 'ponytail' ataupun 'bun'. Bagi yang rambut pendek, sisir rapi. Pakai la conditioner/minyak rambut untuk pastikan rambut kelihatan bermaya dan tak menggerbang.
- Kurangkan pemakaian aksesori.
- Kenakan solekan yang sederhana. Supaya muka tak nampak pucat.
- Stokin hanya mempunyai 1 warna dan seeloknya berwarna coklat/beige.
- Kasut tumit tinggi plain berwarna gelap. Jangan pakai yang ada reben, bunga-bungaan,lace dan sebagainya. Ada kes, calon tak dibenarkan masuk sebab kasut ade bunga-bunga. Tinggi tumit lebih kurang 1 inci pon dah ok.
- Kot. Ada sedikit perbezaan antara kot lelaki dan kot perempuan :
- Jejak kaki kat entrance JPM je,terus pakai kot. Ingat, 1st impression tu penting.
- Sewaktu beratur tepi bilik tu, sila butangkan kot anda. Butang 1 je pon ok.
- Bila panel dah suruh duduk, pastikan butang dah dibukak dulu sebelum duduk. Panel akan judge ye siapa yang duduk tanpa bukak butang. Siaplah korang kene sound nanti.
Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.
Part II : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016
- Dokumen Original (mengikut susunan dalam clear folder) :
- Kad Pengenalan
- Sijil Lahir
- DIVIDER (ACADEMIC TRANSCRIPT)
- Sijil STPM
- Sijil SPM
- Sijil Degree
- Transkrip Degree
- Pengiktirafan Kelayakan Kursus Universiti. Boleh klik >>SINI<< untuk check.
- Sijil Berhenti Sekolah STPM
- Sijil Berhenti Sekolah SPM
- Result MUET
- DIVIDER (COCURRICULAR TRANSCRIPT)
- Sijil Penilaian Kourikulum STPM
- Sijil Penilaian Kokurikulum SPM
- Sijil-sijil Kokurikulum
- Yang terkini kat atas.
- Yang menang - sijil penghargaan - sijil penyertaan
- Dokumen salinan :
- Kad Pengenalan
- Sijil Lahir
- Sijil STPM
- Sijil SPM
- Sijil Degree
- Transkrip Degree
- Pengiktirafan Kelayakan Kursus Universiti
- Slip Panggilan Temuduga SPP
- Sijil Berhenti Sekolah STPM
- Result MUET
- Sijil Penilaian Kourikulum STPM
- 3 sijil-sijil Kokurikulum Tertinggi (Yang paling gempak habis la)
Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.
Part I : Pengalaman Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 (SPP) 2016
Lama tak sempat nak update blog ni. OK, since AB baru je lepas interview untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 atau pon nama lainnye, 'guru' AB nak share sikit pengalaman AB. AB akan share dari start sampailah habis ye. Maaflah, korang kena baca panjang lebar entry kali ni. Hehehe
1. Entrance untuk calon temuduga adalah di Gate 3. Disebelah kanan pintu pagar main entrance Jabatan Perdana Menteri, Entrance yang sama untuk pekerja-pekerja am masuk. Berhadapan dengan kawasan parkir kereta.
2. Sila datang awal sekurang-kurangnya setengah jam awal dah daftar di entrance. Sesi AB pukul 7,30am, AB datang pukul 7.10am pon pakguard kat situ dah bising. Oh ye, pakguard kat situ agak garang tapi don't worry semua baik-baik. Kat entrance kena tinggalkan lesen memandu untuk dapatkan pas masuk.
3. Kalau dah ramai yang sampai, pakguard akan suruh kita jalan dulu. Dia just bagi direction je nak pergi ke SPP tu. Kena jalan sikit la. Tapi tak jauh pon and takde la bersimpang siur kena belok.
4. Masuk je hall tempat berkumpul tu, sila sign attendance anda dimeja urusetia. Tengok sign kat meja tu. Satu meja, satu bilik. Kat slip panggilan temuduga kan dah tertera kita bilik berapa, so refer situ. Masa sign tu sila la check nama panel yang akan menemuduga anda. Kat atas attendance tu ada nama panel. Masa AB, sorang tu Dato' Seri sorang lagi guru cemerlang.
5. Dah sign attendance, sila duduk ditempat yang disediakan. Jangan bising-bising, anda bakal guru. Tunjukkan contoh yang terbaik. Memanglah takde orang nilai masa kat luar tu,tapi attitude beb. Tunggu sehingga urusetia panggil nama anda. Dia panggil sebab nak check dokumen-dokumen yang diperlukan. Sila refer senarai checklist yang anda print dari website SPP ye. Kalau nak tengok dokumen yang AB bawak, klik >> SINI<<
6. Kalau semua dah complete. Urusetia tu akan bagitahu anda kumpulan berapa. Biasanya 5person per group. Group based on nama kat attendance. Macam AB nama kat no12, tapi dapat masuk group kedua sebab ada 2 orang dari group tu lambat datang.
7. Sementara tunggu tu, baca la nota ke ape. AB pi borak dengan member. Mentang-mentanglah ade geng sama group. Hahaha. AB tak boleh baca last minit macam tu, nanti lagi nervous gila. So, kita tenang-tenangkan jiwa dengan berborak.
8. Nanti bila tiba giliran anda, urusetia akan panggil nama. Beratur ditepi pintu bilik mengikut no giliran. Jangan terus masuk. Tunggu bunyi loceng dari dalam dulu baru boleh masuk. Bila dah bunyi tu, orang 1st sila ketuk pintu dulu, bukak pintu dan bagi salam. Kalau bagi salam sebelum bukak pintu nanti panel kat dalam tak dengar.
9. Masuk dengan tertib. Diri dedepan kerusi masing-masing. Siapa yang bawak lesson plan tu boleh letak buku lesson plan anda diatas meja panel. Jangan duduk selagi panel tak suruh duduk. Maniskan muka tapi jangan tersengeh macam kerang busuk.
Ok kat atas tu pengalaman secara general. AB nak share soalan-soalan yang ditanya pulak.
Jangan marah ye kene banyak klik. hehehhe. Klik la jugak iklan Nuffnang kat atas tu. Korang kan baikkkk.
Terima Kasih
Dari Engineer Sekarang Jual Ketupat Bawah Pokok
New Literature Component for Secondary School.
Nak story ni. Semalam AB tido pukul 4 pagi tau sebab nak buat nota untuk students tuisen. AB plan nak ajar literature minggu ni. So semalam dok la Google literature component yang terbaru. Dulu masa zaman belajar kat UPM, kitorang ade jugak revise literature components bebudak sekolah ni untuk seluruh Malaysia. Dan kitorang difahamkan, novels, poems dan short stories yang kitorang revise tu adalah yang paling latest ( baru tukar kalau tak silap). Masa tu dalam tahun 2013/2014.
La ni AB nak buat notes, tetibe perasan semua cerita lain dengan apa yang kitorang revise dulu. Aduhaiii. Sakit jiwa. Asal tukar menteri je, semua benda die nak tukar. Dia tak fikir ke yang kat bawah ni nak catch-up bukan senang. Nak kene ajar students lagi, kalau salah ajar, kena marah, kena complaint.
Ok la. Nak citer tu je. hahahahha. Nanti AB share ye notes yang AB dah buat. Kita manfaatkan sama-sama. Geram tak habis lagi ni.
Temuduga Terbuka JobsMalaysia Point Muar
Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Mac 2016
Masa : 9.30 pg hingga 4.00 ptg
Tempat: Jobsmalaysia Point Muar
Pejabat Tenaga Kerja Muar, Jalan Othman, Muar Johor
Antara jawatan yang ditawarkan :
a) Welder - 25 kekosongan
b) Mekanik - 5 kekosongan
c) Sprayer - 5 kekosongan
d) Kerani - 3 kekosongan
e) Pemandu - 2 kekosongan
f) Operator - 20 kekosongan
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pejabat JobsMalaysia Point Muar di talian 06-9520625.
Terima kasih
Kerja : Paksa Rela
#JobTalk : Freelance Designer
Internship : Once Upon A Time
Gila lama tak menulis. Haritu kengkonon post pasal #BloggerTalk sebab nak merajinkan diri tulis blog. Tapi apakan daya kekangan masa membuatkan AB terus hanyut. LOL. Over sangat.
Alhamdulillah dah genap sebulan AB berinternship di SMK Jasin. Well, everythings seems to be on the right trail. If don't, i hope it will be. Sooner or later. Huahuahua.
Lecturer AB dan guru pembimbing pon dah datang observed pengajaran AB. Huaaaaaaa. Markah tidak ler A. But, yeahh..biasala kot 1st observation dapat rendah. So, nanti masa 2nd observation boleh dapat lagi tinggi. Konon-konon ada improvement la. Konon-konon je.
Esok sekolah *menangis*. Bukan students je yang Monday Blues tau, cikgu pon sama. Haihh..2 days are not enough for weekend.
Zaman students dulu bolehla ponteng-ponteng kelas. Siap bajet lagi kuota untuk ponteng ada berapa hari *perangai tak senonoh*. Sekarang ni, takde maknanya semua ituuuuuuu.
BTW, ni entry pertama AB tulis guna Blogger apps. Baru je install dari Playstore. Kat mana yek nak justify tulisan ni?





















