Showing posts with label #BloggerTalk. Show all posts
Showing posts with label #BloggerTalk. Show all posts

Shopping Sambil Simpan Duit!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Zaman sekarang ni semua benda kita settle through online services je kan. Bayar bil guna JomPAY or online banking, shopping kat LAZADA, Shoppee and instashop je. Mudah dan menjimatkan masa. AB nak bagitau, kalau korang shopping online dengan LAZADA, Shoppee or 11street korang boleh shopping sambil menyimpan duit tau!

Jom, AB tunjukkan macam mana.

First, korang klik link ni >>  SHOPBACK << then pergi Playstore dan cari Shopback. dan install dalam smartphone korang For iOs users AB tak tau la ade ke tak dalam Apple Store. You can try find it first.

 


Lepas install, macam biasa isi information yang diperlukan. And then, korang boleh start shopping!
Selain dari shopping site, Shopback pon cover banyak kategori lain macam travel, beauty products and reload.


Antara brand lain yang berkolaborasi dengan Shopback adalah Hotels.com, airbnb, CatchThatBus, Traveloka, MAS, agoda, Booking.com, Expedia, Zalora, FahionValet, Sephora, Hermo,Cotton On, Adidas, NIKE, JD dan banyakkkk lagi.

How this apps work? Ok, setiap item belian anda akan ada berapa percent diperuntukkan untuk masuk ke akaun anda di Shopback. Dia kira ikut item ya, bukan belian. Untuk dapatkan percent tu, anda kena bukak apps Shopback ni dulu, lepas tu baru pilih site yang awak nak pergi, Lazada ke, Shoppee ke. Nak checkout pon makesure kena bukak melalui apps Shopback. Kalau tak, dia tak dapat trace belian anda. So nanti tak dapat la duit nak menyimpan.

Tak rugi pon, malah menguntungkan anda lagi kalau guna apps ni. Duit yang kita dapat tu, bila dah confirm boleh shopping beli barang lain pulak. And AB baca, ada yang dah dapat simpan RM15K ye dengan shopback ni. Banyak tuuu. So, korang apa lagi, jom shopping sambil menyimpan !

>> SHOPBACK <<


>>SHOPBACK <<

>> SHOPBACK <<



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

After A Year

Setahun sudah selepas entry terakhir AB. Dalam setahun ni macam-macam perkara terjadi. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi tuhan. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menaip butir-butir kata di blog ini. Harapnya korang pon dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya.

Insyallah AB akan kembali aktif diblog selepas ini. Korang semua apa khabar? harapnya baik-baik sahaja ya. Kalau baca entry ni, silalah tinggalkan komen. Boleh AB blogwalk and follow korang semua.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

SELAMAT HARI RAYA

Alhamdulillah..akhirnya dapat jugak update blog. Lamakan menyepi..cewahh..ada sebabnya. Sebab laptop AB tak boleh bukak. Agaknye dah sampai masa dia. Huhuhu. Nak update guna handphone pon, handphone AB buat hal. Haihh..dugaan betul.

Dikesempatan ini, AB nak minta maaf kalau ada komen-komen atau entry AB yang menyinggung perasaan mana-mana readers dan followers AB. Maklumlah, tulisan dialam maya ni, kalau salah baca ikut intonasi yang betul boleh jadi salah faham jugak kan. 

Terima kasih buat semua yang click-click Piggybank AB kat tepi and atas ni. Naik jugaklah duit raya AB. Hehehe

Meh ler beraya rumah AB sapa yang kat Muar tu. K, bersediaaa semuaa. AB nak blogwalk ni. Lepas gian lama tak dapat bukak blog. Siapa nak AB singgah blog anda, sila tinggalkan link kat komen yeee..


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Jom Hantar Kad Raya!



Assalamualaikum !

Alhamdulillah, demam dah semakin kebah. Tapi harini AB cuti lagi. Hehehehe..Hampir seminggu jugaklah cuti gara-gara demam mengejut ni. Dah lama tak demam teruk, sekali kenan, makan hari tak bangun.

Korang ingat lagi tak, last korang terima atau kad raya bila? Kalau AB, rasanya tahun 2009 kot tahun last AB dapat kad raya dari bff. Hahaha. Gila lama kan. Siap by post gitu hantar. Padahal tiap-tiap hari nampak muka. Tapi feeling raya gitu,kenalah abang posmen yang hantarkan.

Untuk tahun ni, AB rasa nak buat tukar-tukar kad raya la dengan korang. Ye! Korang yang tengah baca entry AB ni. Ni bukan la contest ke giveaway ke, ni saje-saje je. Korang hantar kad raya kat AB, AB akan buat entry siap backlink ke blog korang (satu kad raya, satu entry) dan of course la, AB akan balas balik kad raya korang tu!

Meriah laaaa kalau ramai yang hantar kad raya nanti ye. Sambil-sambil kita naikkan pageviews blog memasing. Wahh, macam syiok pulak. Harap-harapnya adalah yang sudi hantar kad raya kat AB ni ha. Kalau tak, krik krik je la benda ni. Sedihhhh

Sesiapa yang nak hantar tu, sila refer alamat ni :

Siti Su'aidah binti Ali
TL 32, Parit Pinang Seribu,
Jalan Temenggong Ahmad,
84150, Muar, Johor.

Dalam kad raya tu korang WAJIB sertakan
  1. Nama dan alamat korang
  2. Nama dan link blog korang
DUA tu je. Kalau takde alamat, cemana AB nak balas ye dak. Kalau takde link blog, cemana AB nak backlinkkan entry AB nanti. Haaa.. So, Jom hantar kad raya!

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

CPUV Nuffnang Berderet


Assalamualaikum

Alhamdulillah dalam kesibukan bekerja siang dan malam and dalam ketidaksempatan AB update blog ni, Nuffnang baik hati bagi CPUV berderet-deret. Hehehehe

Ok, janganler tengok total earning kite tu.. Sikit jeee. Tak macam blogger lain. Nak tau, last AB dapat CPUV adalah pada Oktober 2010. Ha kauuu...6 tahun gitu jarak. Nampak beno tak rajin update kan masa 2011-2015 tu. Tak rajin update, pageviews pon menurun (seperti yang sedang berlaku dikala ini.)

Makanya, AB gigih la nak menstabilkan balik pageview blog ni. So, kenalah rajin update entry baru. Insyallah.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Jarang Update, Sorry

comel tak? Ni badge AB design untuk anak-anak murid AB. Saje bagi diorang sebagai tanda ingatan.


Maaf dipinta dari hujung kuku sampai hujung kuku. Hahahaha.. k nak buat lawak tak sampai. Aduhhh..Sedih den. 

Minggu ni baru barapa kali AB update blog kan. Ni ha nak bagitau, AB da start kerja siang. So, jarang benor le nak update. Nak kongsi cerita. Nanti ada masa AB update ape2 ye.

Namun begitu, aktiviti blogwalking masih lagi AB jalankan. So kamu-kamu senmua jangan malu jangan segan tinggalkan jejak kat shoutbox atau kat komen. Boleh AB singgah meyinggah.



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Kat Mana Nak Komen ?


Sejak dua menjak ni AB agak rajin update blog and blogwalking blog orang lain. Kadang-kadang AB rajin jugak tinggalkan komen atau chat di cbox atau shout box. Dek kerana kerajinan berblogwalking itu, AB jumpa banyakkkkk blog-blog lain yang awesome gila. Template lawa, design lawa, isinya pon best. Memang WOW la.

Tapi dalam ketika berblogwalk tu, kadang-kadang AB fed-up jugak. Bukannye apa, kalau dah template blog tu power sangat, sampai AB taktau nak komen kat mana pon payah jugak. Menjajar jari kat mana ruangan komen tapi tak jumpa. Sudahnye singgah cenggitu jela.

Kalau ada cbox/shoutbox boleh jugak AB tinggalkan jejak. Tapi tak jumpe jugak. Huaaaaa..taktau la kot-kot owner hidekan cbox tu, and AB tak tau mana nak cari. Hahahaha..sedih betul. 

Ok la, korang tinggalkan lah komen ye. Nanti AB boleh blogwalk kat blog korang. Sambil-sambil naikkan view Nuffnang tu.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Susahnya Nak Dapat Kerja



Ini bukan rungutan, cuma luahan perasaan. AB tengah sedih ni. Sob sob sob. Hampir setahun AB habis belajar, tapi masih tak ada kerja tetap. Masa habis belajar bulan Mei tahun lepas, AB ada join kem motivasi untuk  anak-anak TNB, jadi fasilitator. Dapatlah duit poket sikit. 

Balik Muar, AB kerja di kedai alatulis sekejap, lepas tu berhenti sebab exboss AB dekat BHPetrol called suruh masuk kerja sana sebab dia tahu AB tak posting lagi. So, kerja la situ tapi ikat kontrak sampai bulan Februari 2016 je. Sebabnya nak ikutkan interview dan posting adalah dalam waktu tu. So, bos awal-awal cakap. Dan lepas bulan Februari haritu, AB start mengajar tuisen pada sebelah malam. Pada sebelah pagi, AB jadi kerani di pusat tuisen tu, tapi yang kerani bertahan untuk setengah bulan je atas sebab-sebab peribadi. AB ada update entry kalau tak silap pasal tu.

So, dari bulan Mac, sampailah bulan Mei ni AB dok menganggur. Haihh. Memandangkan malam AB ada ajar tuisen, so kerja-kerja yang AB cari semua untuk sebelah siang sahaja. Banyak kot tempat sekitar Muar ni AB try mintak, guru sandaran, Mahkamah Muar, office Ah Long berdaftar, kedai perkakas, belum lagi yang online. UMP, MRSM, UITM, MAIWP dann banyak lagi. Haihhh.

Eh, ade degree pon susah ke? Secara jujurnya mostly company-company kat Muar ni taknak amik AB kerja sebabkan degree ni la.

 "Awak ada degree ni, nanti mesti nak gaji tinggi"

"Ni degree pendidikan, nanti mesti jadi cikgukan. Duduk rumah je la tunggu posting"

"Ada degree ni nanti mesti kena panggil kerja dengan government"

"Kami nak pekerja tetap, awak kalau dapat posting mesti awak pergikan?"

Haihh..sedihnyela hati. Tiap-tiap kali sebelum tido, lepas bangun tido or tengah tengok tv mesti AB bukak group Anak-Anak Muar, cari mana-mana post berkaitan kerja kosong. Tapi tula, bila kata boleh kerja siang je, kene rejek pulak. Malam AB mengajar tuisen dah, takkan nak berhenti yang tu, kesian anak-anak tuisen kat situ.

Buat resume 10 salinan pon dah habis, gambar passport sampai 3 kali cuci dah untuk letak akt resume dan borang. 

Bila la nak keluar keputusan interview dan posting ni. Haihhh. Dah la dah nak raya ni. Kalau duduk sorang tak pe lagi, Tapi duduk dengan family, dah la tak dapat tolong bayar duit motor, tak dapat hulur mak abah duit. Sedihhhh. Nak harapkan duit mengajar tuisen tu alahai, RM400 je sebulan.

Penat pulak meroyan kat sini. Hahahahha. Kbaii..korang yang nak beli jubah untuk raya tu pi singgah onlineshop AB. Link ada kat bawah post ni, yang sebelah kanan. Jemput shopping la yeee.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

#BloggerTalk : Apa tu ?

Mesti semua visitors AB dah perasan kelainan blog ni kan. AB sempat touch up sikit blog ni. Hehehhe..Ala, setakat tukar background pon nak kecoh kan. Watlek watpis.



Nampak tak banner black and white kat atas ni ? Banner apa tu ? Nak tau, boleh klik banner tu. Tapi Ab nak jugak terangkan secara ringkasnya.

#BloggerTalk ni merupakan satu idea yang diketengahkan oleh blogger Amal Espraza dalam group Sahabat Blogger di Facebook. sesiapa je boleh join #Blogger Talk ni. Tapi kena lah menepati syarat-syarat penyertaan (seperti yang tertera didalam blog Amal Espraza) :
  1. Mempunyai blog
  2. Update mengikut tajuk/tema yang diberikan
  3. Update sebelum tamat tempoh yang di berikan
  4. Tajuk tidak boleh mengenai bab politik, agama, perkauman dan hiburan
  5. Tempoh submission setakat ini adalah diberi selama 3 hari.
  6. Tajuk entri mestilah disertakan dengan hashtag #BloggerTalk
  7. Semua peserta diwajibkan mengunjungi blog peserta lain dan meninggalkan komen di entri yang dibincangkan
  8. Entri yang dibuat mestilah mengandungi unsur unsur perbincangan. Entri yang tidak serius tidak wajib di kunjungi dan tidak perlu untuk komen di entri tersebut.
  9. Semoga segmen ini akan terus berjalan setiap minggu. (target seminggu sehari jer dulu).

Macam biasalah, selain dari merapatkan silaturrahim antara bloggers, #BloggerTalk ni jugak membantu kita mencari idea untuk tulis entry. Biasalah, selalu  tak tau nak tulis apa kan. Time ada benda yang nak ditulis, masa pulak tak de. 

Okayhlah, maka dengan ini, marilah kita bersama-sama join #BloggerTalk ye.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu