Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Kata Hikmah. Show all posts

Be Yourself, Love Yourself









Keep your chin up, girls. Stop feels insecure of yourself. Beauty is subjective. Be beautiful just the way you are.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Tapi Kita Tak Nampak


Kadang-kadang dalam kita sibuk pandang ke depan,
Ada orang disebelah yang sedang memerlukan kita
Tapi kita tak nampak

Kadang-kadang masa kita sibuk memperbetulkan kesilapan orang
Kita sendiri ada buat silap
Tapi kita tak nampak

Kadang-kadang dalam kita sibuk menanti suatu yang tak pasti
Ada jalan yang menunjukkan arah kepastian
Tapi kita tak nampak

Kadang-kadang masa kita terlalu sibuk dengan hidup
Kita lupa dengan DIA yang bagi kita hidup
DIA yang memang kita tak nampak

-AksaraBiru




Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah di Malaysia 2015




Tadaaaa...Hello Disember ! Pejam celik masa pon dah berlalu. Dah masuk Disember dah pun. Tetiba AB teringat satu quote ni :

"Isn't it funny how day by day nothing changes, but when you look back, everything is different..."

Kan..rasa macam tiap-tiap hari kita lalui rutin yang sama. Pergi kelas, buat assignments, main bola baling. praktis koir, rutin yang tak berubah pon. Tapi bila ingat balik, semua benda dah berubah. Sebab tu lah kita kena appreciate seiap detik yang kita lalui. Cewahhhh. Gittuww

Ok, oleh sebab 2014 dah hampir sampai ke penghujungnya, marilah kita siap sedia selak kalendar 2015 pulak. Kalau AB, biasa check cuti je dulu. Hahahahha. Ok, Meh nak share tarikh-tarikh cuti umum setiap negeri kat Malaysia ni. 

Tarikh
Cuti Umum
Negeri
1 Jan (Khamis)Tahun Baru 2015Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
3 Jan (Sabtu)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
14 Jan (Rabu)Hari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
18 Jan (Ahad)Hari Keputeraan Sultan KedahKedah
1 Feb (Ahad)Hari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
3 Feb (Selasa)Hari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
19 Feb (Khamis)Tahun Baru CinaSeluruh negara
20 Feb (Jumaat)Tahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 Mar (Rabu)Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
3 Apr (Jumaat)Good FridaySabah dan Sarawak
15 Apr (Rabu)Hari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 Apr (Ahad)Hari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 May (Jumaat)Hari PekerjaSeluruh negara
3 May (Ahad)Hari WesakSeluruh negara
7 May (Khamis)Hari HolPahang
16 May (Sabtu)Israk dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
17 May (Ahad)Hari Keputeraan Raja PerlisPerlis
30&31 May (Sabtu&Ahad)Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1&2 Jun (Isnin&Selasa)Perayaan Hari Gawai DayakSarawak
6 Jun (Sabtu)Hari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
18 Jun (Khamis)Awal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
4 Jul (Sabtu)Hari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
7 Jul (Selasa)Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 Jul (Sabtu)Hari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17&18 Jul (Jumaat&Sabtu)Hari Raya PuasaSeluruh negara
31 Aug (Isnin)Hari KebangsaanSeluruh negara
16 Sep (Rabu)Hari MalaysiaSeluruh negara
13 Sep (Sat)Hari Jadi YDP SarawakSarawak
24 Sep (Khamis)Hari Raya QurbanSeluruh negara
25 Sep (Jumaat)Hari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
3 Oct (Sabtu)Harijadi YDP SabahSabah
9 Oct (Jumaat)Hari Jadi YDP MelakaMelaka
14 Oct (Rabu)Awal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
24 Oct (Sabtu)Hari Keputeraan Sultan PahangPahang
10 Nov (Selasa)Hari DeepavaliKecuali Sarawak
11&12 Nov (Rabu&Khamis)Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
18 Nov (Rabu)Hari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 Nov (Ahad)Hari Keputeraan Sultan JohorJohor
27 Nov (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 Dec (Jumaat)Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 Dec (Khamis)Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 Dec (Jumaat)Hari KrismasSeluruh negara


Ok, yang bawah ni pulak untuk cuti sekolah. Excited pulok kite nengoknye..Maklumle, Tahun depan dah start praktikal. So, kenalah alert bab cuti sekolah ni.

Cuti
Tarikh
Cuti pertengahan Penggal 1
14.03.2015 - 22.03.2015
Cuti pertengahan tahun
30.05.2015 - 14.06.2015
Cuti pertengahan Penggal 2
19.09.2015 - 27.09.2015
Cuti akhir tahun
21.11.2015 - 03.01.2016

Sumber dai : malaysiatercinta.com

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sihir dan Syirik

Gambar Hiasan

Dulu AB pon agak kurang percaya dengan isu sihir menyihir ni. Yela, AB fikir dalam dunia serba moden macam ni, takkan ada lagi yang buat kerja pelik macam ni. Tapi tula, bila nampak depan mata sendiri baru AB percaya. 

Perjanjian antara jin dan manusia yang menyimpang dari ALQuran dan Sunnah. Ilmu agama Islam pun tak penuh lagi kat dada, buat apalah pergi menuntut ilmu syaitan. AB doakan manusia yang terlibat dengan sihir ni cepat-cepatlah bertaubat. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka selagi belum kiamat. Minta maaflah dengan individu yang jadi mangsa anda tu.

Biasanya sebab sihir menyihir ni berlaku atas dasar tak puas hati. Tak puas hati tengok orang pandai, tak puas hati tengok orang kahwin, tak puas hati tengok orang bahagia, tak puas hati tengok orang kerja bagus. Dan macam-macam lagi. Bersihkanlah hati, terimalah bahawa rezeki setiap orang berbeza. Tak sama. Atas usaha yang berbeza jugak.

Kalau tak puas hati juga, pergilah jumpa orang tu face to face. Kalau tengok orang tu kerja bagus, tanya dia macam mana nak dapat kerja macam tu. Kalau orang tu pandai, belajar dengan dia macam mana nak pandai juga. Kalau tengok orang tu kahwin, doakan lah kebahagiaan dia. Jodoh dia dah sampai. Jangan pentingkan diri sangat. Jangan dengki tengok rezeki orang. 

Ingat ya, sihir tu boleh dikira syirik. Sebab menduakan ALLAH S.W.T dan bergantung kepada jin atau syaitan. Ditambah lagi dengan amalan-amalan khurafat untuk memohon bantuan jin atau syaitan itu. 

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuar peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Sunnah di Hari Jumaat



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.”

Salam Jumaat buat semua ! Jom kita buat perkara-perkara yang disunnahkan pada hari Jumaat ni.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Mutiara Kata : Pelajari Sesuatu Yang Boleh Mengubah Hidup


Salam Jumaat,



Dalam perjalanan
Banyak persimpangan
Dimana kita bertukar arah
Engkau lurus kekiri
Aku tegak kekanan
Dimana kita tersilap langkah


-Apa Khabar
Joe Flizzow-SonaOne

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu