Sihir dan Syirik

Gambar Hiasan

Dulu AB pon agak kurang percaya dengan isu sihir menyihir ni. Yela, AB fikir dalam dunia serba moden macam ni, takkan ada lagi yang buat kerja pelik macam ni. Tapi tula, bila nampak depan mata sendiri baru AB percaya. 

Perjanjian antara jin dan manusia yang menyimpang dari ALQuran dan Sunnah. Ilmu agama Islam pun tak penuh lagi kat dada, buat apalah pergi menuntut ilmu syaitan. AB doakan manusia yang terlibat dengan sihir ni cepat-cepatlah bertaubat. Pintu taubat ALLAH sentiasa terbuka selagi belum kiamat. Minta maaflah dengan individu yang jadi mangsa anda tu.

Biasanya sebab sihir menyihir ni berlaku atas dasar tak puas hati. Tak puas hati tengok orang pandai, tak puas hati tengok orang kahwin, tak puas hati tengok orang bahagia, tak puas hati tengok orang kerja bagus. Dan macam-macam lagi. Bersihkanlah hati, terimalah bahawa rezeki setiap orang berbeza. Tak sama. Atas usaha yang berbeza jugak.

Kalau tak puas hati juga, pergilah jumpa orang tu face to face. Kalau tengok orang tu kerja bagus, tanya dia macam mana nak dapat kerja macam tu. Kalau orang tu pandai, belajar dengan dia macam mana nak pandai juga. Kalau tengok orang tu kahwin, doakan lah kebahagiaan dia. Jodoh dia dah sampai. Jangan pentingkan diri sangat. Jangan dengki tengok rezeki orang. 

Ingat ya, sihir tu boleh dikira syirik. Sebab menduakan ALLAH S.W.T dan bergantung kepada jin atau syaitan. Ditambah lagi dengan amalan-amalan khurafat untuk memohon bantuan jin atau syaitan itu. 

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuar peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah
Wallahu alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

3 comments:

  1. hai Ab....lame xdtg sini...sehat ker tuan rumah kite?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye aisya..alhamdulillah..sihat je =) tq sudi singgah..AB pon lama dah tak singgah Jindrisska..huhuhu

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian AB

    ReplyDelete