Showing posts with label Muar. Show all posts
Showing posts with label Muar. Show all posts

Mural Potret Terbesar diMalaysia berada di Muar Bandar Diraja, Johor Darul Takzim.

"THE LOVING SISTERS" (ADIKKU SAYANG)

Mural berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter yang tertera di dinding ini telah dilukis oleh Julia Volchkova, 28, seorang pelukis mural dari Rusia. Terletak di Jalan Arab, Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor, lukisan mural ini telah disiapkan dalam tempoh 10 hari pada 17 Julai 2016.

"The Loving Sisters" atau "Adikku Sayang" dalam versi Melayu, diilhamkan dari wajah-wajah Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Julia yang terserempak dengan dua beradik ini di Tanjung Emas di sini telah sempat merakamkan potret gadis-gadis cilik tersebut dan diabadikan dalam mural ini dengan ekspresi raut wajah yang menarik terutamanya pada sepasang mata yang memukau.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini, yang dizahirkan dengan cara dan gaya yang unik dan tersendiri : "Orang Muo, Gaya Muo".

Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam "Malaysia Book Of Records" sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.

Projek ini telah diterajui Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman, merupakan satu-satunya projek seumpama ini di Negeri Johor Darul Ta'zim. Beliau telah menggalakkan kolaborasi bestari dalam kalangan warga Muar untuk berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha menyemarakkan budaya tempatan dan memperkasakan perpaduan kaum melalui seni.

Volchkova (tengah) sewaktu penganugerahan Malaysian Book of Records dihadapan mural potret lukisannya.

Wajah sebenar adik beradik The Loving Sisters
 Nur Najwa Aliesya (7 tahun) dan adiknya Nur Najiyah Amani (3 tahun)

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Misteri Duit Dalam Akaun


Haaa..gituu..tajuknye misteri sangatkan. AB nak share kejadian semalam petang. Akak AB ade whatsapp bagitahu dia dah masukkan duit bulanan untuk makabah. Biasanya adalah dalam RM500 dia masukkan. And kebetulan dalam akaun AB tinggal RM19.00 je (sedih gila hidup seorang pengganggur ni).

So, semalam petang AB pergi Maybank, cucuk kad dalam mesin ATM. Masukkan password semua and check baki akaun. Jeng jeng jenggggg die tulis kat skrin tu RM3339.00. WHAT??? Mustahil sangat akak AB nak masukkan sampai RM3K lebih, sebab gaji die pon tak sebanyak tu. Hahahaha. AB pon lupa nak check online dulu berapa jumlah yang dia masukkan. 



Dalam keadaan bingung tu, AB tekan cancel, and AB tekan balik button check baki akaun. Kali ni keluar satu nama Cina, dan baki akaun RM10K something. Nak cancel kat screen AB tak reti sebab semua tulisan cina. Tindakan refleks, AB pandang keliling bank tu sebab nak panggil staff Maybank, kalau ada yang nampak la. Tapi takde pulak. Ada sorang uncle ni tengah beratur kat mesin ATM sebelah AB dah pandang pelik je. Hahahaha. In the end, AB cancelkan kat keyboard je.

Lepas tu tukar mesin ATM terus, barulah baki yang sepatutnya keluar. Fuhhh..Misteri betul. Agaknye mesin ATM tu rosak kot. Masa keluar baki RM3k tu sejujurnya AB berbelah bahagi, nak cancel atau nak withdraw. Hahaha..duit tuu. sape tak nak. Dah la tengah kering. Tapi AB teringat kes baru-baru ni yang mana tiba-tiba ada sejumlah duit dalam akaun seorang wanita ni,dia guna and kena bayar balik. beratus ribu pulak tu. Nasib baik AB tak jadi nak withdraw. 

Baru nak fefeling putera Arab masukkan derma..hihihihi

Agaknya apa yang korang nak buat ye kalau benda yang sama berlaku kat korang? Nak keluarkan ke? Nak cancelkan?



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Dari Engineer Sekarang Jual Ketupat Bawah Pokok


Tengah malam tadi lepas post entry Random Act of Kindness , AB ternampak sorang saudara ni post dalam group Facebook Anak Jati Muar. Berkenaan anak sedaranya yang kin menjalankan perniagaan menjual ketupat dan lauk pauk hari raya. So, AB nak share la kat sini. Siapa yang berminat boleh call no bawah tu ye. Kat bawah ni AB copy and paste kan post saudara Baharuddin Mohamed.





Ini gambar anak saudara saya Ariff. Umurnya 23 tahun, Lepasan pelajar UiTM dan seorang bekas pelajar fakulti kejuruteraan dan seorang engineer. 

Ibu ayahnya mengharapkan dia menjadi seorang engineer tetapi dari belum habis belajar pun dia sudah minat berniaga. Setiap hujung minggu berulang alik ke Muar dari shah alam ikut projek catering, bekerja di dimpian hotel dan dimpian kopitiam. 

Sekarang dari engineer dia jual ketupat. Orang kata kalau dah nak berniaga tak payah belajar pandai. Tapi saya kata nak pandai kena berniaga.

Dia buka kedai kecil-kecil. Dia anyam ketupat sendiri. Sehari buat 50 lakunya 10. Dia tak putus asa. Sekarang setiap hari boleh laku 100 biji. 

Dah mula ada orang buat tempahan untuk majlis kenduri. Sekarang musim buat duit bukan buat bisnes. Fokus kecil-kecil asal berhasil. Inilah impian saya semua keluarga saya berfikir menjadi usahawan. Minda bisnes. 

Di sekolah dan di universiti mengajar anda bagaimana bekerja kuat untuk mendapat duit. Anda perlu belajar bagaimana menjana duit dari duit bekerja untuk anda. 

Sebarang tempahan dan penghantaran boleh dibuat melalui sma atau whatsapp ke +60146445237.

Berjual ditepi jalan di Parit Perupuk, Jalan Abdul Rahman. Sebelahan kedai Martabak Salman. Dari jam 3 hingga jam 7 petang setiap hari.

Saya cakap dengan ariff. Ramai lepasan ijazah mengharapkan bekerja dengan orang lain. Itu juga baik dalam mencari pengalaman. Tetapi alangkan baiknya ramai yang berfikir untuk berkerja untuk diri sendiri dari bekerja untuk orang lain. orang muda perlukan jati diri yang tinggi.

Oang muda perlu lambatkan kegembiraannya untuk kejayaan yang lebih besar. kejayaan adalah progrees bukan tujuaan yang dituju dan dicari. jika kita tiada impian sebenarnya kita mengejar impian orang lain. 

#biarkecilasalberhasil 
#BantuAnakMudaBerniaga






Adesss, lapar pulak AB tengok gambar-gambar ni. Semoga murah rezeki adik Ariff ni ya. Aminn.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

Temuduga Terbuka JobsMalaysia Point Muar



Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   : 26 Mac 2016
Masa    : 9.30 pg hingga 4.00 ptg
Tempat: Jobsmalaysia Point Muar
                Pejabat Tenaga Kerja Muar, Jalan Othman, Muar Johor

Antara jawatan yang ditawarkan :
a) Welder - 25 kekosongan
b) Mekanik - 5 kekosongan
c) Sprayer - 5 kekosongan
d) Kerani - 3 kekosongan
e) Pemandu - 2 kekosongan
f) Operator - 20 kekosongan

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pejabat JobsMalaysia Point Muar di talian 06-9520625.

Terima kasih
Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

#FOODTALK : Burger D'Raje Cafe and Western Food Muar

Malam semalam AB dinner kat Burger D'Raje. Haritu post pasal Burger Er6 kan..nak baca boleh KLIK SINI , yang Burger D'Raje ni lain pulak. Bertempat di Parit Besar,Jalan Temenggong Ahmad, Muar. Kalau dari arah Batu Pahat, kedainya kat sebelah kiri. And memang betul-betul tepi jalan besar, banyak lampu dan banyak kereta parking tepi. So, confirm nampak.

Harga kat sini berbaloi dengan portion yang korang dapat. Mula-mula AB tengok menu, rasa macam 'uihh..agak mahal la'. Tapi bila pinggan dah sampai, memang rasa sepadan la harga tu. 

Menu kat sini semua western. Ada burger,chicken chop,lamb chop. Main menu ofcourse la burger. Macam-macam jenis burger kat sini. Tapi AB not fans of burger. So,tadi tak order la burger. Hehehe

Owners dan founders kedai ni merupakan senior AB dulu kat sekolah. Tapi kenal nama je la. Huhuhu. Bagus diorang ni. Sama-sama bukak kedai. Dulu bukak gerai je kat kedai makan orang lain. Sekarang ada kedai sendiri guyss. Bak kata orang lama, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, bersusah-susah dahulu bersenang kemudian. Doakan AB pon akan ada satu butik sendiri suatu hari nanti ye ^_^

Ok. Macam biasa. Gambar last la ye.

Kiri : Chicken Chop Nachos (RM 13)
Kanan : Chicken Chop (RM9)
Air : Teh o Ais & Honeydew Milkshake.
Total : RM26.00

Ni AB punya. Chicken Chop Nachos. Ayamnye ade tersorok kat bawah tu. Sides ada kobis halus,salad,fries,kacang.

Ni peta. Boleh la korang Waze ke, Google Maps ke. 

Alhamdulillah. Kenyang gila. Sos black pepper die mengancam habis. Nice sangat. This place pon AB recommended sangat untuk korang yang suka makan western and burger.

Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

#FOODTALK : Burger ER6 Muar

Salah satu port untuk makan hidangan western kat Muar ni adalah di Burger ER6. AB dah makan lebih 2 kali kat sini. Menu specialnya ialah Air Buah Naga Special. Tapi menu ni cuma ada pada bulan puasa sahaja. The other 11 months, takde menu ni.



Untuk makan pulak, AB suka Chicken Chop kat sini. Kat sini segala adik beradik chop adalah digrill ya. tak ada yang goreng tu. Tapi sedap ! Gravy blackpeppernya tak pekat sangat, tak cair sangat. Sedang elok je. Selain dari tu, AB pon suka makan Meatball kat sini. Mampat meatballnye. Penuh daging tau! Bukan mampat dengan tepung je.




Lagiii...Chicken Wrap ! Roti tortilla yang bungkus tu sedap. Tak liat and sejuk kebatun je. Ayam yang diwrap tu pon banyak. Takde la kes ayam sikit, sayur je banyak.



Another menu yang famous kat sini ialah Nanchos. Tapi AB tak pernah try lagi. Nanti lain kali kot cuba.

Overall. Kat sini best ! Suasana makan pon best. Ada angin sepoi-sepoi bahasa. Makan kat luar ye. Jauh dari jalan pulak tu. So, takde la korang nak suap ayam, yang masuknya pulak asap kereta. Harga yang dikenakan pon berpatutan. Macam contohnya AB makan semua menu kat atas ni (Chicken Chop,Meatball,Chicken Wrap dan Air) total tak sampai RM40 pon ! Serious ni !!! Portion pon banyak. Dalam one plate Chicken Chop tu ada side fries, coleslaw,salad. Confirm kenyang.

Dekat mana Burger ER6 ni? Bertempat di Kampung Dato Bentara Luar. Ada satu lorong kecil sebelah carwash. Kalau dari Bandar Muar menghala Parit Jawa, lorongnya sebelah kiri. Selepas TNB, sebelum traffic light Parit Kadhi. Tak boleh imagine? Ok, tengok peta !

Yang merah tu lokasinye ye. Kat tepi simpang Jalan Temenggong Ahmad tu ada banner 'Burger ER6'



Pssttt...jangan lupa klik-klik Tabung PTPTN AB tu yeeeee


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu