Kereta Penyokong Bola 'Disagat' Treler di Stadium Hang Jebat


Sebelum masuk main topik, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang memenangi perlawanan malam tadi melawan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Pagi tadi AB bukak Facebook kecoh cerita pasal puluhan kereta yang diparkir ditepi jalan menjadi mangsa dilanggar lori treler. Takziah diucapkan kepada pemilik-pemilik kereta yang menjadi mangsa. Dalam keseronokan nak tengok bola,jangan lupa patuhi peraturan.



Difahamkan Stadium Hang Jebat menyediakan kawasan parkir yang secukupnya, tapi terdapat segelintir penyokong yang berdegil nak jugak parkir kat tepi jalan. Sebagai orang awam,kita sendiri patut faham, tepi jalan memang bukan kawasan parkir kereta. Lebih-lebih lagi dijalan utama yang mana ianya menjadi jalan utama untuk masuk ke lebuhraya PLUS.

Dalam kejadian ni, kalau bawak kemahkamah sekalipon,driver treler tersebut tak akan disalahkan. Tu dah memang jalan dia. Takkan dia nak tunggu sampai habis perlawanan untuk lalu. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. Bayangkan pula jika ada kenderaan polis,ambulans ataupun bomba yang nak lalu. Bertambah-tambah pula sesak.

Kesimpulannya, patuhilah undang-undang. Kalau tak tahu parkir kat mana, boleh Google. Nak dengan tak nak je. Yela,kawasan parkir yang disediakan pihak stadium katanya agak jauh daripada pintu masuk. Wallahualam.
Takziah sekali lagi buat pemilik kereta. Dan tahniah buat pasukan JDT.


Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment