#DapurBerasap : Mashed Potato Homade !

Semalam tiba-tiba teringin pulak nak makan mashed potato. Nak ke KFC, malas pulak. Jadinye AB try la buat sendiri. Resepinya AB Google je. Anyway, banyak sangat blog AB Google so tak tau nak kredit ke siapa. Hehehehe. Ok jom buat !

BAHAN-BAHAN
Kentang lecek
-Kentang 10 biji saiz kecil
-Susu segar kotak kecil. AB gune freshmilk Goodday je
-Lada hitam
-Lada sulah
-Garam
-Perasa makanan (option)
-Butter 1 sudu besar

Gravy
-Bawang kecil 3 
-Bawang putih 2 ulas
-Kiub ayam
-Butter 2 sudu besar
-Tepung jagung 1 sudu besar
-Garam
-Perasa
-Air 2 cawan
-Lada hitam
-Lada sulah

CARA-CARA
Kentang lecek
Rebus kentang selama setengah jam. Nak lagi cepat, potong kentang dadu sederhana kecil.
Dah masak, toskan kentang.
Letak 1 sudu butter dan lecekkan kentang hingga hancur.
Letak lada hitam dan lada sulah secukup rasa. Tak payah banyak sangat pon tak pe.
Letak garam dan perasa.
Tambahkan susu segar. Yang ni sikit je. Tak habis pon sekotak susu kecil tu.
Lecek lagi hingga sebati.

Gravy
Tumbuk bawang putih dan bawah merah.
Cairkan butter dalam periuk. Masukkan bawang yang dah ditumbuk hancur.
Tunggu hingga bawang agak masak. Warna oren gitu.
Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau sebati.
Masukkan kiub ayam, gram dan perasa.
Masukkan air kalau kuah pekat sangat.
Masukkan lada sulah dan lada hitam.
Gaul sebati. 
Sejukkan kejap, lepastu blender gravy untuk dapatkan tekstur yang lebih smooth.

Ok siap !
Kat bawah ni AB share gambar ye.

Kentang yang dah dilecek

Yang ni dah siap tambah semua bahan dalam kentang. Tekstur die lembut sikit.

Untuk gravy. tumis bawang dalam butter

Gravy yang dah ditambah semua bahan. Tunggu masak sikit je lagi.





Tadaaaa..siap! Jemput makan. Siap topping daun pudina. Hasil rembatan dari pokok pudina mak AB kat belakang dapur. Hehehehhehe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment