Liga dan Majlis Farewell Handball


Berakhir sudah kelas kokurikulum bola baling. Bola baling ni merupakan antara cabang dalam subjek Kokurikulum FCE 3000 yang AB kena ambil. Dalam FCE 3000 ada 3 cabang ; kuliah teori, sukan dan kesenian. Yang kuliah teori tu macam biasa, dok dalam kelas, belajar pasal teori je sampai tersengguk-sengguk tido. Hahahha

Yang sukan ni kami diberi 3 pilihan iaitu bola baling, bola tampar dan bola keranjang. Oleh kerana dua yang lain tu memang AB tak tahu dan takda keyakinan nak join, so AB pilih untuk join bola baling. Dan, kebetulan pulak AB sorang je budak TESL sesat dalam group bola baling. Yang lain semua junior dari Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. 

Yang kesenian pulak, macam yang AB dah post dulu kat >> SINI << Dan, kami dah pon present koir tu Rabu lepas. Alhamdulillah, dapat markah tinggi jugaklah. Tak sia-sia berlatih. Nanti AB dah upload, AB share kat sini ya.

Malam Jumaat minggu lepas, merupakan malam terakhir kelas bola baling kami. Rasa macam sayu je, even tak rapat sangat dengan adik-adik tu, tapi kira boleh 'masuk' la kepala masing-masing. Cikgu Razak pon sempoi je mengajar. Sempena malam last, kitorang buat liga. Ok, team AB kalah. Hahahha.

Lepas habis liga, ada buat makan-makan sikit. Kitorang buat potluck. Setiap batch bawak juadah sendiri. Oleh sebab AB sorang je TESL, makanya AB volunteer untuk bawak pinggan, cawan, sudu, garfu je. Maklumlah, sorang je kann.



Banyak yang AB belajar dalam kelas ni. Macam mana nak mengadili perlawanan. Peraturan dan teknik lontaran. Benda yang dah belajar masa sekolah, tapi dah lupa. Huhuhu.

Thankyou to Cikgu Razak, adik-adik Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Ada masa, jumpa lagi. Goodluck menempuh 3 tahun lagi dalam UPM ni. Hakak cabut dulu. Hehehehhe



Sila tinggalkan komen untuk AB balas semula kunjungan. Jangan lupa klik-klik sekali ye Piggybank AB tu

No comments:

Post a Comment